Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Senja ini
hati bagai digembur
merona warna merah saga
wangi bagai haruman mawar
manis bagai senyuman bermadu
dan lengkung bibir ini meleretkan sebuah senyuman
tanda bunga-bunga bahagia berputik mekar
menghiasi indah taman hati
menghijau jadi redupan pada mata memandang
tiada gurisan pada layar kehidupan
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment