Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

25 August, 2011

Laut Kasih XXVIII

Aku jadi tidak peduli
andai tiada siapa memahami
kehendak hatiku
mencurah kasih padamu dinda
kerana kutahu pada dirimu ada selautan kasih
terima kasih sayang
memberi ruang diriku bertakhta di hatimu.

Aku jadi tidak peduli
andai tiada siapa mengerti
keinginan jiwaku
membelai cinta limpahan laut kasihmu
kerana kutahu pada dirimu ada kasih sayang sejati
terima kasih sayang
memberi peluang diriku mengasihi dirimu.

CNM, 25/8/11, 10.34 am

No comments:

Post a Comment