Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

04 August, 2011

Jaga Nama

Junjunglah nama ini sehingga terhenti nafas
kerana yang memilih kita sendiri
jika tiada secebis rasa mencintai tugas ini
adalah lebih baik mengundur diri
kerana tingginya harapan
ya! harapan orang tua mereka
agar anak-anak terdidik
di bahu kita tergalas amanah ini.

Dan kita juga pasti punyai anak sendiri
pada siapa harapan mendidik anak ini
tentu pada rakan pendidik jua
jadi beramanahlah melaksanakan amanah
agar anak-anak sendiri
terdidik oleh guru-guru yang amanah
yang tahu akan besar harapan orang tuanya
InsyaAllah teman.

CNM, 4/8/11, 13.53 pm

No comments:

Post a Comment