Penting untuk pencegahan Elak dari berdekatan Nanti virus berjangkitan Jarak akan kedudukan Ambil langkah bertepatan Ramai yang boleh faham Amalan demi kebaikan Kesihatan bukan hal main-main Akibatnya ada yang terkorban Nasib buruk boleh dihindarkan Sepatutnya semua warga main peranan Orang ramai tidak berkumpulan Seharusnya duduk dalam kediaman Ikut arahan pihak kerajaan Aktiviti luar ditangguhkan Laksana penuh keikhlasan. CNM |
Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
21 March, 2020
PENJARAKAN SOSIAL
20 March, 2020
PILIHAN DI TANGAN
Padan alam yang memesan
Iktibar ambil jadikan sempadan
Laluan ke kebun kelazatan
Impian semua makhluk Tuhan
Hindar perit nyalaan kedukaan
Akibat nafsu yang memesongkan
Nikmat mana ingin didustakan?
Dia beri panduan
Iblis musuh menyesatkan
Tadah tangan mohon dipermudahkan
Allah pasti memberi pertolongan
Nasib berubah atas usaha kaum berkenaan
Gagal bertindak itu satu kelemahan
Ambil langkah ikhtiar menyelesaikan
Nah! Baru tawakal kepada yang menciptakan.
CNM
KITA JAGA KITA
Kita jaga kita
Impian masyarakat semua
Tolong ambil cakna
Arahan kawal pergerakan negara
Tolong ambil cakna
Arahan kawal pergerakan negara
Jangan keluar bersepah
Aktiviti hadkan di rumah
Gagal mematuhi satu jenayah
Akibatnya virus makin bercambah
Aktiviti hadkan di rumah
Gagal mematuhi satu jenayah
Akibatnya virus makin bercambah
Kita jaga kita
Indah saling mendoa
Tulus ikhlas mohon kepadaNya
Agar berakhir ujian menimpa
Indah saling mendoa
Tulus ikhlas mohon kepadaNya
Agar berakhir ujian menimpa
CNM
COVID19
Covid19
Onak kehidupan
Virus jadi igauan
Ilahi didik jaga kebersihan
Dalam era bersaing kecanggihan
1 dunia diuji penularan
9 purnama belum tentu berkesudahan
CNM
Onak kehidupan
Virus jadi igauan
Ilahi didik jaga kebersihan
Dalam era bersaing kecanggihan
1 dunia diuji penularan
9 purnama belum tentu berkesudahan
CNM
DUDUK DI RUMAH
Duduk di rumah
Untuk kekang virus bercambah
Dengar arahan pihak diberi amanah
Usah panik dengan perintah
Kekal tenang jangan menggelabah
Diuji Allah
Insaf diri dan muhasabah
Ramai yang masih tiada hemah
Urusan berjalan walau ditegah
Mungkin tak efektif usaha mencegah
Ambil mudah isu bawa padah
Hakikat nyata masyarakat kurang endah
CNM
Untuk kekang virus bercambah
Dengar arahan pihak diberi amanah
Usah panik dengan perintah
Kekal tenang jangan menggelabah
Diuji Allah
Insaf diri dan muhasabah
Ramai yang masih tiada hemah
Urusan berjalan walau ditegah
Mungkin tak efektif usaha mencegah
Ambil mudah isu bawa padah
Hakikat nyata masyarakat kurang endah
CNM
Subscribe to:
Posts (Atom)