Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

30 December, 2012

Petang ini

Petang ini

aku duduk
membaca puisi
puisi yang menangis
puisi yang tertawa
puisi yang bergurau senda
puisi yang menikam ke dada
puisi yang meluah rasa
semua ada
aku hanya mencerna
mencari makna
buat bekalan di hari muka
menempuh pancaroba
alam maya...

CNM, 30/12/12, 4.25 pm, THMK.

Jam Dua Petang

Jam Dua Petang

Sunyi sepi laman ini, kukira ramai yang buat persiapan, melengkapkan keperluan anak-anak kembali ke sesi persekolahan. Tahiah kepada ibubapa yang cemerlang sentiasa peka dengan keperluan sekolah anak-anak. Berikan yang terbaik semoga mereka muncul jadi insan yang terbaik.

Membekalkan ilmu lebih bermakna dari mewariskan wang berjuta.

CNM

rela kukorbankan

rela kukorbankan

setelah kutemui jawapan
rela kukorbankan
apa yang teramat kusayang.

telah kaupertahankan
tangan-tangan yang melakar kudus
tentang kenabian
tentang kerasulan
di dinding-dinding awam...

kaulupa
kaualpa
tangan-tangas yang melakar kudus
menconteng dinding-dinding sendiri
dengan pornografi
sungguh keji...

CNM

putar

putar

setelah terlanjur bicara
aku hulurkan kemaafan
atas keterlanjuranmu
yang kufikir tak disengaja...

kausering memutar kata
memainkan sandiwara
kata menghina kuterima buat kali kedua
tak mampuku hulurkan lagi salam kemaafan
kuserah kepada ketentuan-Nya...

CNM

Duri Kata

Duri Kata

duri kata
yang telah kautabur
dalam madah-madah yang takbur
suatu detik akan melebur
menjadi racun menghancur
kehormatan diri yang kauanggap masyhur...

CNM

hinaanmu

hinaanmu

kata hinaanmu
kusagat hancur
kuracik halus
untuk kutaburkan
ke pusara keegoanmu
biar tumbuh rerumput
yang mendoakan keinsafanmu...

CNM

Laut Kasih 248

Laut Kasih 248

degup-degup rasa
meniti gelora
teroleng di samudera
menuju pulau cinta di laut kasihmu...

CNM

Suka Tak Suka IV

Suka Tak Suka IV

Suka tak suka
kita bukan raja
nak bergolek dari pagi sampai senja
bangkit berusaha
rezeki ada di mana-mana.

Suka tak suka
kena ada ilmu di dada
hidup di dunia tak semudah disangka
banyak tipu daya
silap langkah terpedaya.

Suka tak suka
wang kena ada
semua benda ada harga
masuk tandas pun diletak harga
30 sen kalau tak silap saya.

Suka tak suka
zaman sekarang komputer kena ada
banyak urusan secara online di laman maya
yang ketinggalan dianggap buta
tak celik multimedia.

Suka tak suka
zaman dah berubah era
tak sama dengan era datuk nenek kita
kena sentiasa peka
kena selalu bersedia hal-hal luar jangka.

Suka tak suka
dah makin susah didik anak muda
pengaruh globalisasi kian melanda
budaya asing dipuja
budaya sendiri semakin dilupa.

Suka tak suka
ibubapa harus lebih peka
anak-anak amanah Yang Esa
corakkan dengan warna yang diredha
hidup aman sejahtera.

Suka tak suka
kembali kepada agama
perkukuh didikan di awal usia
itu jalan terbaik membentuk remaja
jadi manusia berguna.

Suka tak suka
cabaran makin berganda
persikataran makin berbahaya
penjenayah ada di mana-mana
menunggu kita lalai dan leka.

Suka tak suka
kena lebih waspada
jaga diri dan juga keluarga
mohon perlindungan Yang Esa
dijauhkan segala musibah dunia.

Suka tak suka
versi keempat sampai di sini saja
mudahan ada lagi idea
berpesan sesama
ke arah kebaikan bersama.

CNM, 29/12/12, 11.55am, THMK.

khatulistiwa cinta

khatulistiwa cinta

khatulistiwa cinta
sentiasa hangat membara
pohon-pohon rindu menghijau rimbun silara
memayungi taman kasih di jiwa
pelangi asmara mewarnai langit sukma
beburung menyanyikan lagu bahagia
indah panorama
di daerah khatulistiwa cinta...

CNM

seulas rindu

seulas rindu

aku mengesani
di sebalik tenang tampangmu
ada seulas rindu
yang mekar mewangi
kaupamirkan pada rona merah bibir senyumanmu...

CNM

Globalisasi

Globalisasi

Globalisasi
dunia di hujung jari
canggih berbunyi
hati-hati
boleh mengundang tragedi...

zaman ICT
mengubah cara komunikasi
gadget dan pelbagai peranti
sungguh digilai
sampai sanggup mencuri...

video internet pelbagai aksi
melambak dalam kad memori
yang elok tak apa lagi
yang tak elok menjadi-jadi
anak-anak sekolah tumpang sekaki...

ibubapa zaman kini
usah telalu percaya anak-anak dewasa ini
di rumah pijak semut tak mati
di luar apa pun boleh terjadi
kenali anak sendiri...

jadikan globalisasi
pembina generasi
ke arah diredhai Ilahi.

CNM

Laut Kasih 247

Laut Kasih 247

bersaksikan
deruan ombak dan desiran angin laut kasihmu
aku sering merindui senyuman nakalmu...

CNM

Bapa

Bapa

siapa itu bapa?
pangkat hakiki kurniaan yang Esa
tinggi martabatnya
ketua keluarga
yang mencorak bangsa negara dan agama.

bapa
berat tanggungjawabnya
mencari rezeki halal buat keluarga
kerana jika haram sumbernya
maka jadi bahan bakar nereka.

bapa
kena beri contoh mulia
mendidik anak-anak berjaya
berpegang kepada landasan agama
patuh kepada suruhan-Nya.

bapa
jangan leka
alpa dengan laman maya
anak isteri tak terjaga
porak peranda keluarga.

bapa
pangkatmu mulia
jaga nama jaga air muka
anak isteri bergantung sepenuhnya
berkualiti bapa berkualiti keluarga.

mengingatkan kaum bapa termasuk saya.

CNM, 28/12/12, 3.49pm, THMK

Sama tak serupa

Sama tak serupa

kedidi menari-nari
helang terbang tinggi
merpati menyendiri
murai heboh sana sini
dengan bersayap mereka serupa
cuma lain-lain hala...

kita ada pegangan agama
sama tak serupa
berbeza budaya
berlainan bangsa
pelbagai bahasa
rencam gaya dan cerita.

CNM, 27/12/12, 7.23am, THMK.

Puisi Gebu

Puisi Gebu

Ah! Mataku tak tertahan
sungguh terangsang
melihat bantal dan tilam
dalam pakaian nipis memberahi
nafsu tidurku memuncak...

Selamat Malam.

CNM

26 December, 2012

Mana Satu

Mana Satu

eh!
dah lebih berat
nak berjalan tak larat
makan kena kerat
boleh kurang lemak berkarat...

eh!
kurang sangat berat
nak berdiri pun tak larat
kena makan banyak biar bulat
tambah lemak segenap tempat...

mana satu yang dimahu
tak pernah kena timbangan itu.

CNM, 26/12/12, 10.27pm, THMK.

Penyu menangis

Penyu menangis

setelah meninggalkan zuriat
air matanya menitis menyejat
entah ketemu pewaris
entah jadi habuan penghuni alam
begitulah tertakdir
anak-anak penyu berdikari
demi kelangsungan hidup...

manusia tak termampu
hidup sendiri tanpa dibantu
jadi hargailah orang di sekelilingmu
jangan meninggi diri
jangan lupa asal usul di mana pun berdiri
contohi penyu yang kembali
ke pantai pertama kali melihat mentari...

CNM

mataku membayang

mataku membayang

mataku telah membayang
kepalaku rebah di ribaan bantal gebu
badanku berbaring di belakang tilam baldu
wangian kamar membelai lelah di mindaku...

CNM

menggembur cinta

menggembur cinta

kugembur cintamu
dengan memeluk sekujur rindu
dengan mengucup wangian kasihmu
dengan mendengar syair cintammu
dengan memotret wajah cinta sucimu...

dan kuvideokan untuk tatapanmu.

CNM

Berehat



Ilhamku berehat
katanya agak penat
selalu dihambat
jemari yang mengeliat
ingin tarikan yang terhebat
buat tatapan para sahabat
yang berminat
menghayat
puisiku yang mengingat
sebelum terlambat
sebelum diikat
sebelum disebat
sebelum dirembat
mari kita pakat-pakat
bertaubat
mudahan selamat
dunia dan akhirat.

CNM

Bila Bah

Bila Bah

hujan mencurah
air bertambah
banjir mencelah,

segalanya payah
rasa nak rebah
hati gundah,

kain habis basah
tak kering sampai sudah
dingin menjarah,

pokok getah basah
penoreh menggelabah
anak dah nak sekolah,

nelayan makin parah
laut bergelora mengundang padah
rezeki makin susah.

CNM

air naik

air naik

air naik lagi
bergenang gudah di hati
apakah akan ada tragedi?
lemas banjir paras buku lali
hati-hati
anak-anak jangan dilepas sendiri
kelak tak tertangisi
bah meragut zuriat dikasihi.

CNM

ayo yo!

ayo yo!

likat
pekat
nikmat
melekat
terkulat-kulat
lazat.

Ummp! sedapnya kopi hangat...

CNM

Disember Duapuluh Lima

Disember Duapuluh Lima

Disember Duapuluh Lima
aku masih di laman tinta hati menitip kata
mencoret apa yang ada di minda
kulakarkan ke dada maya
dalam anyaman bahasa.

Disember Duapuluh Lima
aku tersedar 2012 ke penghujung usia
kalendar 2013 akan tiba
apa yang telah dikerja
moga mendapat redha.

Disember Duapuluh Lima
aku bersyukur kepada-Nya
masih dikurnia nikmat dunia
sihat sejahtera
berkongsi ilham rasa.

Disember Duapuluh Lima
aku lihat pelbagai peristiwa
banjir sini sana
bencana alam melanda
Ya Allah jauhkan kami dari bala.

Disember Duapuluh Lima
aku saksikan kekejaman manusia
membunuh tanpa apa-apa rasa
perang melata
Ya Allah amankan dunia.

Disember Duapuluh Lima
aku ingin lihat sahabat bahagia
senyuman menghiasi muka
melupakan duka
Ya Allah gembirakan hati mereka.

Disember Duapuluh Lima
aku mahu menghabiskan masa
bergembira bersama keluarga
januari akan tiba kerja akan berganda
Ya Allah berikan kekuatan seiring usia.

Disember Duapuluh Lima
aku rasa makin tua
banyak benda sering terlupa
ingatan menuju senja
Ya Allah waraskan minda.

Disember Duapuluh Lima
aku akan terus mencuba
memperbaiki diri mencari redha
kerana janji-Nya di sana
ada nikmat syurga.

Disember Duapuluh Lima
aku bertekad sepenuh jiwa
berusaha dan terus berusaha
berbakti kepada bangsa, negara dan agama
dengan izin yang Maha Berkuasa.

CNM, Disember Duapuluh Lima, 9.40am, THMK

Jika

Jika

jika kamu telah lelah
berhentilah sejenak sebelum tersungkur rebah,
jika kamu telah berhenti sejenak
berfikirlah sebelum mengatur langkah bertindak,
jika kamu telah berfikir mengatur langkah
gabung jalinlah kelebihan dan peluang yang diolah,
jika kamu telah mengabung jalin kelebihan dan peluang
kajilah halangan dan kekurangan yang perlu dibuang,
jika kamu telah mengkaji apa yang perlu diperbaiki
buatlah seperti yang telah kamu temui dengan pasti.

Selamat Mencuba.

CNM, 25/12/12, 9.02 am, THMK

Semalam

Semalam

semalam telah pergi
persis angin berhembus sepi
meninggalkan segumpal memori
kekal meniti hari ke hari
menyakiti atau memberahi
semalam adalah kenangan pasti
terpahat kekal tak berubah lagi
yang tinggal sekeping hati
andai luka dilukai
rawat diri
andai tawa mengemai
muhasabah diri
duduk dan berhenti
merenung kembali
jalan terbaik menambahbaik diri...

CNM, 25/12/12, 8.46am, THMK

Salam Sejahtera



Disember Duapuluh Lima
kesejahteraan kalian kudoa
semoga dalam limpahan rahmat dan nikmat-Nya
beroleh kesejahteraan ke hujung nyawa
berupaya menegak syariat Yang Esa
mampu berbakti kepada keluarga, bangsa dan agama
moga tergolong kita dalam kalangan yang berjasa
diredha Yang Maha Berkuasa
dianugerahkan nikmat Syurga.

CNM, 25 Dis 2012, 7.50am, THMK

25 December, 2012

makna

makna

kalau tersilap ejaan
apa maknanya?
mahu kamu tahu?

itu tanda
aku letih penat ngantuk
kalau faham, angguk...

CNM

cuba ingat siapa?

cuba ingat siapa?

cuba ingat siapa
kala kamu demam
dia tak tidur malam
menjarang air ke kepalamu...

cuba ingat siapa
kala kamu selsema
dia serba tak kena
menyedut keluar hingus dari hidungmu...

cuba ingat siapa
SIAPA!

dah ingat berdoalah untuk mereka.

CNM

Bersyukurlah

Bersyukurlah

andai baringmu bukan bertilamkan simen,
andai bantalmu bukan batu bata bahan binaan,
andai selimutmu bukan titisan embun dingin,
andai bumbungmu bukan langit kelam.

ramai lagi yang nasibnya malang.

CNM

Di dan Cinta

Di dan Cinta

di matamu ada sinar cinta, di lehermu ada nadi cinta, di dadamu ada debaran cinta, di hatimu ada kamar cinta.

di teratak jiwaku ada sinar cinta yang berdenyut-denyut dan berdebaran pabila bertamu ke kamar cintamu.

CNM

Tilam

Tilam

Pong! Pong!
tilam, tilam!
tilam, tilam!

macam-macam
janji boleh cari makan...

CNM

air dan api

air dan api

dua-dua
anugerah Ilahi.

jadilah seperti air
akur menyusur alur
menuju muara menyatu.

jangan seperti api
marak membakar
akhirnya mati sendiri.

CNM

Puisi

Puisi

i.
Puisi
adalah hujan ilham
anugerah Tuhan.

ii.
harapan satu
pembaca itu adalan span
yang menyerap hujan ilham
walau sedikit.

iii.
harapan dua
pembaca bukan daun keladi
yang menyahkan hujan ilham
tak ingin memaknai.

CNM, 24/12/12, 12.03, THMK

Kipas

Kipas

aku bukan kipas
jadi aku tidak boleh mengipas
yang mengipas adalah kipas
kipas selalunya berpusing
yang berpusing mendatangkan pening
yang pening mungkin terkipas
yang terkipas selalunya terbabas
yang terbabas selalunya tumpas.

jangan berpusing-pusing
nanti dikata pengipas
yang culas...

CNM, 23/12/12, 11.18pm, THMK

100pp: tentang esok

100pp: tentang esok

...bicara tentang esok yang telah tercatat di lohmahfuz. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku. Pengharapan dan berdoalah, semoga yang baik-baik tertakdir. Usah terlalu memikirkan tentang hari esok. Usah menyenakkan tenang minda. Esok ini sesuatu yang belum pasti. Esok adalah takdir. Jika hari semalam membawa luka yang dalam, jadi punca kesedihan. Hari esok belum tentu mendung terus bergumpalan. Mentari sentiasa ada untuk zahirkan seri pelangi. Biarkan hari esok tiba. Tempuhi dengan redha, terima bahawa ketentuannya adalah ketetapan yang terbaik buat kita. Sepertinya angin biarkan ia datang dan biar ia berlalu. Apapun yang bakal berlaku, hari esok akan berlalu pergi...

CNM, 23/12/12, 10.17pm, THMK

esok

esok

esok;
belum tahu,
belum tentu,
belum berlaku,
belum bertamu.

tunggu;
tanpa ragu
tanpa jemu
tanpa keliru
tanpa celaru.

tunggulah hari esok.

CNM

Refleksi


I
Dia adalah puisi
isi minda yang dianyam rapi
terbingkai dek tari jemari.

II
Kaji
maknai
walau sukar menembusi

III
kita ada tali
tali pegangan menuju Ilahi.

CNM

23 December, 2012

Ingin Bahagia?

Ingin Bahagia?

ramai yang ingin bahagia
tapi tak cuba berlapang dada
membuka minda berfikir secara rasional
bukan mengikut akal yang tak profesional
aku mencadangkan pada diriku dan juga kalian;

i.
usah senakkan fikiran
permudahkan
yang baik amalkan
yang buruk tinggalkan,

ii.
murahkan senyuman
serikan raut wajah yang sopan
pasti ramai tertawan
mendekati tanpa rasa bosan,

iii.
jauhkan diri dari lubang hutang
kerana hutang menambah beban
diri akan rasa tertekan
takut dengan bayang-bayang pemiutang,

iv.
belajar berkasih sayang
mengungkap kata-kata kerinduan
cinta akan berputik dan berkembang
jiwa akan rasa bahagia dan tenang,

v.
cuba memaafkan
kerana kemaafan membunuh dendam
hati yang bersih akan tenteram
tiada titik hitam,

vi.
ucapkan syukur kepada-Nya
perbanyakkan berdoa
agar dipermudah urusan dunia
diredha dan dianugerah syurga,

cubalah
InsyaAllah
hidup lebih menyerlah
hilang resah dan gundah
bahagia akan dinikmati dengan izin Allah.

CNM, 23/12/12, 3.16pm, THMK

Suka Tak Suka III



Suka tak suka
kita perlu berkata-kata
jaga bahasa
jangan sampai menghina
ada hati yang terluka.

Suka tak suka
orang akan berbicara
jaga tingkah
jaga air muka
elak diri diperkata.

Suka tak suka
ada orang suka mengata
biarkan saja
yang baik tetap baik di sisi-Nya
yang buruk DIA tentukan di sana.

Suka tak suka
pendapat tentu berbeza
hormati hak mereka
selagi tidak mencerca
fikir dan amalkan jika berguna.

Suka tak suka
usah terlalu berduka
di sana belum tentu bahagia
amat rugi membuang masa
dengan hal tak membahagia.

Suka tak suka
harta kita ada sebahagian hak mereka
sucikan harta
beri zakat dengan rela
mudahan rezeki berlipat ganda.

Suka tak suka
perpisahan akan berlaku juga
kehilangan ayah bonda
kehilangan apa jua
bersedia sepenuh jiwa.

Suka tak suka
apa yang dicita
tak akan semua dirasa
pasti ada kurnia tak disangka
kerana DIA mengatur yang terbaik buat kita.

Suka tak suka
kesilapan tak akan terlepas dari kita
lapangkan dada
jadikan ia pengajaran berguna
perbaiki diri mencapai jaya.

Suka tak suka
baik buruk ada hikmahnya
bersyukurlah dengan apa yang dikurnia
kerana ada yang lebih susah dari kita
teraniaya terhina tanpa rela.

Suka tak suka
ini versi ketiga
alhamdulillah jemari bertenaga
menitip kata
tinta hati dari kamar minda.

CNM, 23/12/12, 2.12pm, THMK.

Sedar Tak Sedar

Sedar Tak Sedar

Sedar tak sedar
kita dah di akhir kelendar
bangkitlah dan sedar
masa terus menjalar
kita dikejar dan harus mengejar.

Sedar tak sedar
kita rasa tercabar
banyak hal perlu digusar
dikhuatiri tak mencapai sasar
jauh tersasar.

Sedar tak sedar
mulut jangan celupar
jangan bercakap kasar
menghina mencerca kena hindar
nasib tak baik kena penampar.

Sedar tak sedar
jangan suka menyelongkar
kisah orang usah dibongkar
Rasul tak mengajar
keaiban orang didegar-degar.

Sedar tak sedar
upaya diri tersesar
penglihatan makin pudar
ingatan sering tercalar
itu tanda masa terus beredar.

Sedar tak sedar
banyak perlu diikhtiar
jalan-jalan kebenaran telah terpapar
pilih ke arah diredha Yang Maha Besar
selamat dunia dan akhirat dari dibakar.

Sedar tak sedar
umur makin pudar
garisan penamat hampir benar
Allahuakbar
tunjukkan kami jalan yang benar.

Sedar tak sedar
kita akan keseorangan di dasar
menunggu dibangkitkan ke padang Mahsyar
amalan di dunia akan diperdengar
moga yang baik-baik tersiar.

CNM, 23/12/12, 12.51pm, THMK.

Tetap Ada

Tetap Ada

sahabat
tinggalkan duka semalam
yang hanya membuat hatimu kelam
hari sudah siang, berbuat sesuatu sebelum malam
tiada guna hidup terusan dalam gelap dendam...

sahabat
pandang ke hadapan
bahawa luas alam langit kebiruan
akan tiba pelangi yang membawa kecerian
hilang sesuatu tidak bermakna kita hilang Tuhan...

bahawa Allah tetap ada untuk kita.

CNM, 23 Dis 2012, 8.47am, THMK.

air mata Air Mata

air mata Air Mata

mengalir air mata Air Mata
kerana merajuk pada saya
yang menyekang bola mata
pedih menusuk ke minda
rajuknya kian membara
undur dulu teman semua
saya khuatir esok mata tak mahu terbuka
kala fajar mengetuk jendela
mengejutkan saya sujud kepada-Nya.

CNM

Elemen Alam



Elemen Alam

mentari
ciptaan Ilahi
menjana hidupan di bumi
tak terperi
nikmat yang diberi.

hujan
hasil pemeluwapan
titisan air yang dikandung awan
mencurah ke bumi gersang
menyubur pepohonan.

angin
membawa hujan
mendebunga tumbuhan
melata di pelusuk alam
jadi sumber rezeki hidupan.

awan
menirai di angkasa
pelbagai warna
ada ketika hitam merona
ada ketika putih diperaga.

ombak
pemuja pantai
adakala membadai
adakala tenang santai
beralun gelora membuai.

pantai
lambang kesetiaan
walau dipukul gelombang
walau diterjah taufan
tetap mendepa tangan.

pasiran
memutih tenang
jadi lambang kedamaian
tempat insan bercandaran
memupuk kasih sayang.

pepohonan
melambai-lambai girang
ditiup angin timuran
lemah gemalai menari lagu riang
tanda harmoni seisi alam.

CNM, 22/12/12, 5.50pm, THMK

Mulut Benci Hati Sayang

Mulut Benci Hati Sayang

mulut kata benci
dek sikit rasa terkilan
merajuk tak nak makan
ditegur buat tak layan
sms tiada jawapan
itulah mainan hati geram...

hati kata sayang
dek rindu yang tak tertahan
menunggu rajuk dilayan
hati tersenyum bila terima sms rayuan
hati meronta minta pelukan
itulah mainan hati ingin disayang...

CNM, 22/12/12, 4.28pm, THMK

22 December, 2012

Suka Tak Suka II

Suka Tak Suka II

Suka tak suka
ada yang berkata
catatan sebelum ini terbaiklah pula
banyak pesanan berguna
membuka minda.

Suka tak suka
kita ada tanggungjawab kepada-Nya
menunaikan rukun Islam yang lima
menegakkan syariat agama
yang disampaikan rasul kita.

Suka tak suka
kita akan kembali kepada-Nya
diperhitung pahala dosa
sebelum diusung dengan keranda
ayuh! kita bersiap sedia.

Suka tak suka
kita perlu berusaha
rezeki tak akan datang begitu sahaja
berusaha dan berdoa
semoga dimurahkan rezeki oleh-Nya.

Suka tak suka
bila tiba masa
kita kena rehat seketika
pulihkan tenaga
untuk sihat sejahtera.

Suka tak suka
kita perlu berurusan sesama
maniskan muka
senyum penuh mesra
akan mudah urusan dengan manusia.

Suka tak suka
anak-anak anugerah Yang Esa
jagalah dengan redha
kerana mereka harta dunia
kelak kaya kita dengan doa mereka.

Suka tak suka
siang dan malam putaran alam semesta
sesuaikan diri dengan masa
sesungguhnya demi masa
kita dalam kerugian firman Yang Esa.

Suka tak suka
demi masa
kita harus berpesan sesama
moga kita tidak alpa
mengisi masa dengan aktiviti berguna.

Suka tak suka
esok tetap akan tiba
gelak tawa sedih duka
semuanya ujian Yang Esa
menguji keimanan kita kepada-Nya.

Suka tak suka
yang sudah berlaku tak akan dapat diubah semula
pujuk hati menerima
kerana DIA mengurnia
yang terbaik walau pahit buat kita.

Suka tak suka
ini versi kedua
kalau ada idea
saya sambung yang ketiga
insyaAllah dengan izin-Nya...

CNM, 22/12/12, 1.25pm, THMK

nyakut molek

nyakut molek (loghat klate)

hoh! nyakut molek
telo rebuh cicah budu
make nasik laju
bucit perut aku...

CNM

Status

Status

kalau kita suami
buat macam suami
jangan berlagak macam tak ada bini
jaga pandangan pada dara sunti
nanti isteri iri...

kalau kita isteri
buat macam isteri
jangan berlagak macam tak ada laki
jaga pergaulan hadkan aktiviti
nanti suami cari ganti...

kalau kita tunangan orang
buat macam tunang orang
jangan berlagak masih seorang
jaga janji setelah dipinang
nanti tak dikata curang...

kalau kita bapa
buat macam bapa
jangan berlagak masih uda
jaga anak-anak anugerah yang Esa
nanti anak-anak akan mendoa...

kalau kita bonda
buat macam bonda
jangan berlagak masih dara
jaga anak-anak dengan sempurna
nanti anak-anak jadi mulia...

kalau kita anak
buat macam anak
jangan berlagak macam tiada ayah bonda
jaga maruah keluarga
nanti tak dipandang hina...

pendek kata
kena tahu status kita
jangan ikut kata
guna kebijaksanaan minda
dalam mencari sebuah redha-Nya.

CNM, 22/12/12, 12.25pm, THMK.

Suka Tak Suka

Suka Tak Suka

Suka tak suka
itulah dia
terima sahaja
kerana dia
pelengkap hidup kita.

Suka tak suka
jangan mengada-ngada
buat saja
kerana itu kerja kita
ikhlas kerana-Nya.

Suka tak suka
itu ketentuan-Nya
belajar meredha
lebih baik dari menyumpah segala
ada hikmah setiap yang dikurnia.

Suka tak suka
inilah cara
aku berkongsi rasa
di laman maya
tiada agenda mengena sesiapa.

Suka tak suka
inilah titipan kata
aku tarikan buat tatapan semua
moga ada yang berguna
disimpan buat pedoman hari muka.

Suka tak suka
bukan kita yang menentukannya
kita merancang cuma
takdir mengatasi segala
perbanyakkan doa.

Suka tak suka
cuba belajar menerima
kasih sayang boleh dibaja
nafsu hanya memporak-peranda
musnah hubungan sesama.

Suka tak suka
masa tak berulang semula
yang buruk kena dilupa
yang baik perlu dikerja
baru hidup akan diredha.

Suka tak suka
diri akan menjadi tua
hitung pahala
pohon keampunan akan dosa
moga di sisi-Nya jadi mulia.

Suka tak suka
kita tak mampu puaskan hati semua
yang mampu terus mencuba
yang terbaik terus diusaha
itu tanda keihklasan di dada.

Suka tak suka
sampai di sini saja
kalau nak tulis akan panjang berjela
kalau ada idea
anda sambunglah pula...

CNM, 22/12/12, 9.45am, THMK.

Dahaga Kasih

Dahaga Kasih

dalam gelita malam
andai lenamu
terbuai dek mimpi
tentang seraut wajah
ketahuilah bahawa jiwamu
teramat dahagakan seteguk kasih...

CNM

Sirna Cinta

Sirna Cinta

sebuah penantian
yang tak terhurai simpulannya
adalah baja-baja menyubur sirna cinta...

sebuah perjanjian
yang tak ketahuan hujung pangkalnya
adalah titik-titik tanda sirna cinta...

sebuah perpisahan
yang tak jelas pertemuan seterusnya
adalah garis-garis menuju sirna cinta...

cuba mengertikan.

CNM

Atas bawah

Atas bawah

Kita masih di atas
masih bernafas
sujudlah kepada Yang Di Atas
mohonlah keampunan kepada Yang Di Atas
sebelum terlepas
apabila dihantar ke bawah
ke alam barzakh...

CNM

Bicara Hujan

Bicara Hujan

aku diutuskan
dalam kekalutan bahangan
menyuci sisa-sisa kekotoran
dek tangan-tangan insan
yang lupa memakmur khazanah alam...

aku diturunkan
menghulur tangan
pada bumi yang kekontangan
kering layu kegersangan
terbiar dek kealpaan insan...

aku dicurahkan
melata ke lembah kekeringan
menyambung hayat pepohonan
menyubur kembali dedaunan
yang membekalkan makanan...

aku disimbahkan
membasahi kejahilan
moga terluluh kebatilan
berpucuk kebenaran
tumbuh merimbun syariat Tuhan.

CNM, 19/12/12, 2.32pm, Kg. Joh - THMK

Dompet

Dompet

dompet! sesuatu yang menarik
di dalamnya ada kertas wang ringgit
kalau sendat, senyuman akan menarik
ramai yang akan tertarik
kalau kosong, senyuman melopong
tak ramai yang menyokong...

dompet! Sedia maklum
selalunya dalam poket atas punggung
jadi target pencopek cari untung
buat kerja keji
mencopek mencuri
dilaknat Ilahi...

dompet! Di dalamnya ada foto
kalau tiada jadi isu cemburu pada lelaki macho
konon tak suka letak isteri punya foto
sedangkan dia tak sanggup letak foto
di atas punggung
rasa canggung...

CNM, 19/12/12, 10.52am, THMK

21 December, 2012

Maha Suci Allah


Maha Suci Allah


Rama-rama


Semekar Mawar


Sayangku


Mawarku


Aku Rindu


Suara Ombak


Kasih


Di Seberang sana


Sedetik di Kemasik


Lingkaran kasihmu


Seri warna


Di Matamu


Jambu Air


Penawar Rindu


Mohon Maaf


Indah Alam-Mu


Harimau Malaya


Gelora Disember


Setangkai Rindu


Dia


Biasan


Putrajaya


Bunga & Kumbang


Merah Cinta


Manusiawi


Menyeri


Titisan Kasih


Izinkan


Ada Apa Pada Mata


Tamadun Bangsa


Jernih Air Di Kali


19 December, 2012

Cahaya


Bunga Bangsa


Pudar


Titisan Air


Wajah Bagai Bicara


Embun


Duri-duri Cinta


Disember Sembilanbelas

Disember Sembilanbelas

mentari sepertinya segan-segan
mengintai di balik tirai awan
cahayanya tenggelam
dingin mencengkam
mentari belum berbahang...

sepelusuk alam
menantikan sinar gemilang
membawa seribu harapan
menjalarkan semangat juang
dalam jiwa hidupan di bumi Tuhan...

unggas berlagu riang
menandakan hari telah siang
samar malam telah pulang
membawa mimpi-mimpi usang
yang tak pernah menjanjikan kepastian...

aku masih di bangku mengarang
menitipkan kata buat tatapan
sahabat yang bertandang
semoga kalian bertambah matang
dalam meniti titian kehidupan...

Ya Allah permudahkan segala urusan.

CNM, 18/12/12, 8.30am, Kg. Joh - THMK

Berikan kepastian

Berikan kepastian

duhai! pemain cinta
tanpa mengira siapa kekasihmu
berikan kepastian kepadanya
bahawa cinta
yang akan kamu beri
adalah cinta sejati...

usah menjanjikan;
segunung intan
andai intan pun tak kaukenali,
lebih baik menjunjung keikhlasan
yang akan jadi senjata menawan
sekeping hati insan pujaan...

CNM, 19/12/12, 7.59am, Kg. Joh - THMK

Berteman

Berteman

lihat dia berteman
telah dijadikan untuk berpasangan
bahagianya dia mencari makan
ke hulu ke hilir berduaan
bersama mengharungi kehidupan
tidakkah kamu mahu begitu kawan?...

carilah pasangan
memang jodoh dan ajal di tangan Tuhan
kita diberi pilihan
kita dianugerah akal fikiran
menentukan perjalanan
berteman atau sendirian...

CNM, 18/12/12, 10.34pm, Kg. Joh - THMK

Disember Lapanbelas

Disember Lapanbelas

Disember Lapanbelas
aku di kampung halaman
melepas rindu yang mencengkam
pada saudara dan rakan taulan
yang sekian lama kutinggalkan...

Disember Lapanbelas
aku mengintai kenangan
di setiap tapak permainan
menyelonggar cerita silam
buat mewangikan zaman keremajaan...

Disember Lapanbelas
aku perkisahkan kepada anak-anak
di sinilah tempat kelahiran abah
membesar dalam susah payah
menjadi insan yang beryukur akan anugerah Allah...

Disember Lapanbelas
hujan membasahkan sejarah
mengwapkan kembali kisah
hidup dalam pasrah
redha ketentuan Allah...

Disember Lapanbelas
kuucapkan syukur kepada Yang Di Atas
kerana rezeki yang meluas
kurniaan-Mu yang tak terbatas
dapat memberikan keluarga keperluan asas...

CNM, 18/12/12, 11.44am, Kg. Joh - THMK

naskah hati

naskah hati

naskah hatimu
telah kuperinci helaian demi helaian
topik demi topik
subtopik demi subtopik
sama saja
hanya tentang getar hati
menanti suatu keputusan
itulah keputusan masa depan
meneruskan pengajian
atau menerima peminangan...

ha, ha, ha gelak semi jahat...

CNM

Hujan Bertamu

Hujan Bertamu

Hujan bertamu
mendendang lagu
curahan rindu
aku termanggu
di bangku batu
memandang ke langit kelabu
ada titis laju
deras arus menuju
membasahi pepohon layu
membasahi bumi kering kaku
membawa seribu harapan baru
kepada alam di hujung waktu...

CNM, 18/12/12, 10.04am, Kg. Joh - THMK.

jejak

jejak

jejak-jejak keikhlasan
akan jelas kelihatan
terus menapak
terus bertapak
pada hati yang lunak
pada jiwa yang tiada onak
tiada apa yang bisa merosak
tiada apa yang bisa membolak
tegak terpacak ...

CNM, 17/12/12, 11.38am Kg. Joh -THMK

jangan mainkan VII

jangan mainkan VII

Kaukutip kuntuman gugur
Kaubaja kasihnya jadi subur
Kaulafazkan kasihmu tak akan berkubur...

Kauputarkan cerita
Kaurekakan peristiwa
biar rasa bersalah menyesak ke dada...

jika lafaz hanya gula-gula cinta, sia-sia menabur benih cinta.

CNM, 18/12/12, 9.16 am, Kg. Joh - THMK

Rindu Yang Tersimpan

Rindu Yang Tersimpan

kamu perantau?
bertahun meninggalkan kampung halaman
mencari rezeki di bumi asing
terpisah jauh dari sanak saudara
demi kehidupan sebuah keluarga
aku percaya
aku yakin
di dadamu tersimpan
kuntuman rindu yang sentiasa mewangi
seperti yang kualami
menyimpan rindu yang bernadi
hanya kenangan jadi pengubat hati...

CNM, 18/12/12, 8.32am, Kg Joh - THMK

Adapun

Adapun

...adapun jejak-jejak pulangku penuh berliku,
merentasi denai kehidupan,
menyusuri lembah ujian,
menghampiri muara kejayaan,
langkahku langkah mencari sebuah keredhaan,
restui perjalananku,
duhai Penguasa Alam...

CNM, 17/12/12, 10.40pm, Kg. Joh - THMK

Warna diri



Warna diri

warna diri
kita yang pilih
putih suci atau karat mengelat
demi kehidupan di akhirat
ayuh! kita ikut syariat
semoga terkecuali dari yang dilaknat
mendapat syafaat
dipermudah akan hisab
dikurniakan syurga penuh nikmat.

CNM, 17/12/12, 10.00 am, Kg. Joh - THMK

Angin Timur Laut

Angin Timur Laut

angin timur laut
dinginnya menerjah ke tulang
membawa hujan kenangan
mencurah ke bumbung mindaku
kelopak mata jadi bergenangan
rona merah mewarnai rasa
ada titis membasah ke pipi...

nostalgia angin timur laut
tak pernah luput
melumut
di lipatan sejarah hidup.

CNM, 17/12/12, 9.32am, Kg. Joh - THMK.

Huje

Huje

Huje di Klate
huje menyambut aku pule
belum sempat berjale
huje turun sampa ko male...

CNM, 16/12/12, PLNM

Berikan Senyumanmu

Berikan Senyumanmu

sahabat
seperti kata Qalam Bertinta
andai ada hadiah terhebat
yang nak dihadiahkan
tentulah aku memilih senyuman...

sahabat
pada ulas bibir yang ikhlas
terpancar nur pengubat
hati rasa tertambat
damai mengikat...

berikan senyuman terhebat.

CNM, 15/12/12, 11.48pm, THMK

Kasihku Padanya

Kasihku Padanya

inilah anak bujangku teristimewa
kasihku tak ternilai padanya
demi dia
sanggupku gadaikan nyawa...

Ya Allah
syukur atas satu anugerah
susah payah
bukan suatu masalah
cabaran untuk terus bertabah...

CNM, 15/12/12, 7.03pm, THMK

Dingin Memanggang Rindu

Dingin Memanggang Rindu

di gigian pantai rindu
dingin bayu menyelubung kalbu
gebar asmara menggamit kita
menghangat kasih yang membara
engkau dan aku menyatu di ranjang cinta...

CNM, 15/12/12, 6.44pm, THMK

sepetang yang bisu

sepetang yang bisu

hanya bayu bersuara sendu
membisik ke kalbu
bahawa rindu kian berlagu
mengenangkan sang ratu
yang kupuja selalu
tanpa ragu
tanpa jemu...

CNM, THMK, 5.43pm

fajar menghampiri

fajar menghampiri

sebelum fajar
mengetuk jendela kamar
inginku lena sebentar
moga esok bangkit segar
sujud kepada-Nya dalam sedar
bukan dalam nanar...

CNM

telah tertulis

telah tertulis

telah ada petanda
jika di lubuk sendiri
yang menggunakan peraturan silat
gagal menjatuhkan sang juara tomoi
tak akan mampu sang juara silat
menguasai gelanggang tomoi
yang peraturannya di luar dugaan.

telah tertulis...

CNM, 13/12/12, 10.07pm, THMK

muka buku

muka buku

hebat muka buku
satu dunia boleh bertemu
macam-macam perkara ada di situ
dari hal dalam kelambu
boleh sampai hal atas tandu
semua boleh cari dalam muka buku...

hebat lagi muka buku Yang Satu
hanya dua penulis tak pernah jemu
tiada satu pun yang terlepas dicatat jitu
darihal perilaku dan tingkah laku
sejak zaman dulu
hingga hari khiamat yang kita tak tahu...

CNM

Bo'la - Bola

Bo'la - Bola

Bo'la! bo'la!
guano tak pehe
oghe tuo pese doh
tak soh duk tebeng
kalu oghe tak sir...

Bola! Bola!
gajah putih nak pijak harimau malaya
jangan cari pasal
diterkam dek rimau
putih biji mata...

CNM

aku masih ingat

aku masih ingat

malam!
jangan bersedih
aku masih ingat pesananmu.

malam!
jangan merajuk
aku akan tunai permintaamu.

malam telah berkata kepadaku;
"tidur adalah cara terbaik merawat diri".

terima kasih malam menunjuk jalan.

CNM, 12/12/12, 11.38pm, THMK

12 December, 2012

jangan mainkan VI

jangan mainkan VI

setelah kaugantungkan buaian kasih
kaudodoikan dia hingga tak termimpi yang lain
terlena dalam ayunan ayat-ayat cinta
menyayangimu seindah purnama...

tapi mengapa
setelah dia terjaga
kautiada dalam pandangan di sisinya
kaubiarkan dia nanar dalam dahaga cinta...

ke mana engkau memburu cinta?

CNM, 12/12/12, 5.44pm, THMK

jangan mainkan V

jangan mainkan V

andai engkau
bukan makhluk sempurna
jangan mainkan hati wanita
dengan janji-janji yang tak terlunas
kerana retak hatinya tak akan tercantum kembali...

andai engkau
bukan makhluk sempurna
belajar menghargai seorang wanita
mengenali isi hatinya dengan penuh rela
kerana dia pelengkap hidupmu utusan-Nya...

CNM, 12/12/12, 12.52pm, THMK

jangan mainkan IV

jangan mainkan IV

setelah kauhulurkan tangan harapan
memimpin dia ke pelantar asmara
kaucoretkan syair-syair cinta
kaulakarkan warna pelangi
kaulukiskan taman syurga
di kanvas hatinya...

mengapa bayu kepalsuan
kaubiar mengalih arah
berpaling dan menyembilu hatinya...

CNM, 12/12/12, 12.24pm, THMK

jangan mainkan III

jangan mainkan III

kamu yang memilih dia
kamu juga yang menyakiti dia
kamu ciptakan lagu cinta
kamu juga yang taburkan racun sandiwara...

apa permainan yang ingin kaucipta?

CNM, 12/12/12, 10.19am, THMK

Peristiwa

Peristiwa

...dari jarak beberapa ela,
aku melihat gugur berderai airmata,
api kekecewaan merah menyala memarakkan bara luka,
seorang wanita longlai langkahnya terjelepuk di bangku duka,
terisak menahan sebak di dada,
barangkali cuba memujuk jiwa,
setelah pertemuan terakhir kujangka,
tampangnya berwajah sengsara,
ada sendu yang tak terkawal dek dirinya,
tinggal lagi laungan bergema di sukma,
terzahir pada deraian manik berkaca,
lalu aku berkata kepadanya,
tiada apa yang dapat kulakukan melainkan berdoa,
moga sisa-sisa kecaian hatinya bercantum dengan arus redha...

CNM, 12,12,12, 11.35am, THMK

Maknai

Maknai

saat sendirian
tika kelopak mata menyatu
yang hadir bayangan si dia membelai jiwa
maknai
bahawa dirimu sebenarnya tersuntik virus cinta...

saat berdampingan
tika genggaman bersulam jemari
yang hadir rasa engan berpisah dengan si dia
maknai
bahawa dirimu telah ditawan virus cinta...

rasa itu kamu yang rasa.

CNM, 12/12/12, 9.54am, THMK.

Daerah Tanpa Nama

Daerah Tanpa Nama

...bila rasa ini bermula di daerah tanpa nama
dunia bagai aku yang punya
dilamun cinta
merindu sepanjang masa...

...bila rasa bertamu di daerah tanpa nama
aku jadi teruja
semangat membara
hidup disulam gelak tawa
indah rasa di dada...

...bila rasa menginap di daerah tanpa nama
bersama yang dipuja
tiada apa yang lebih istimewa
melainkan memadu kasih mesra
menuai janji taat setia...

...bila rasa menetap di daerah tanpa nama
seluruh jiwa raga
menyerah segala
memupuk kurniaan Yang Esa
mencari redha menuju ke syurga...

CNM, 12 Dis 12, 8.30am, THMK

11 December, 2012

jangan mainkan II

jangan mainkan II

wanita
pada dia kaukata setia
pada dia kauucapkan cinta
pada dia kaubisikkan rindu membara...

wanita
mengapa dia kaubohongi
mengapa dia kaucurangi
mengapa dia kaukhianati...

mengapa kaumainkan hati
setelah cintanya kaubeli
lebih baik dari awal kauhindari...

CNM, 11/12/12, 8.12pm, THMK

jangan mainkan

jangan mainkan

lelaki
dia yang kaupilih
dia yang kautabur kasih
dia yang kautagih...

lelaki
mengapa dia kausakiti
mengapa ayat-ayat cinta yang kaupuisi
mengapa lafaz-lafaz janji kaukhianati...

mengapa kaumainkan hati
lepaskan dia pergi
dari kauterus menyakiti...

CNM, 11/12/12, 7.04pm, THMK

jangan gelak

jangan gelak

...bila aku buat tak tahu kaumenyanyi-nyanyi,
bila aku melayan kehendakmu kaumula kembang diri...

...kembang ke depan kembang ke tepi,
timbanganku semakin meninggi...

oh! Perut sampainya hati...

CNM, 11/12/12, 4.55pm, THMK

Mentari

Mentari

Ya Ilahi
indahnya ciptaan-Mu
hanya satu mentari
mampu menyeri
pelusuk alam penuh misteri...

kerana mentari
angin menari-nari
mengerakkan awan gemawan di langit tinggi
membawa hujan membasahi bumi
tumbuh pepohon warna warni...

kerana mentari
alam bersimfoni
kicau burung riuh menyanyi
menikmati indah suria pagi
langit membiru dihiasi jaluran pelangi...

CNM, 11/12/12, 4.14pm, THMK

Kecil Besar

Kecil Besar

gaji besar
kereta besar
rumah besar
pangkat besar
segalanya besar...

sahabat kecil
pergaulan kecil
hidup memencil
hidup dalam jahil
hidup dalam bakhil...

kurniaan besar diperkecil.

CNM, 11/12/12, 12.31pm, THMK

halus kasar

halus kasar

kasar muka
kasar bicara
kasar bahasa
kasar semangat jiwa...

halus perasaan
halus senyuman
halus pendapatan
halus keperibadian...

dia buruh kasar
hatinya tulus...

CNM, 11/12/12, 12.16pm, THMK

Disember Sebelas

Disember Sebelas

Disember sebelas
bangkitlah jangan bermalas
kita perlu bergerak pantas
kita harus bertindak tuntas
kita mesti sentiasa cergas
demi melaksana amanah dan tugas...

di bahu kita tergalas
tanggungjawab syariat Yang Di Atas
jangan biasakan diri culas
tiada satu pun yang akan terlepas
janji-janji-Nya akan dibalas
marilah kita sucikan diri jadi yang bebas
pada hari yang tiada belas...

CNM, 11/12/12, 9.41am, THMK

tidak boleh terus

tidak boleh terus

malam telah meletakkan papan tanda
tidak boleh terus atau kena melencong ke lain hala
makanya aku berhenti di hentian maya
untuk beradu seketika
esok pula berjumpa
setelah fajar datang mengetuk jendela
segera bersujud kepada-Nya memanjat doa
moga dikurnia sejahtera sepanjang masa...

CNM, 10/12/12, 11.52pm, THMK

Laut Kasih 244

Laut Kasih 244

tanpa lentera alam
tanpa neon menerangi malam
rintik-rintik embun jadi saksi
tangan cintaku dan cintamu berpaut
berpimpin ke teratak laut kasih
menutupi jendela rindu
menghangatkan ranjang kasih
dan kita hanyut dalam lena yang mengasyikkan...

CNM, 10/12/12, 11.35pm THMK

Tentang Rindu Cinta Kasih Sayang

Tentang Rindu Cinta Kasih Sayang

sepertinya angin
rindu cinta kasih dan sayang
tak kelihatan cuma dapat dirasakan
akan kehadiran...

angin
jika dalam kawalan
menyamankan menyejukkan
rindu cinta kasih dan sayang
andai dalam kawalan amat mengasyikkan...

angin
jika melampau kekuatan
mampu membinasakan
rindu cinta kasih dan sayang
andai bukan pada haknya bisa menyakitkan...

CNM, 10/12/12, 9.20pm, THMK

Laut Kasih 243

Laut Kasih 243

sayang
kala hujan romantis berlagu
membisik elus ke cuping hatiku
aku jadi rindu pada bisikan cintamu
yang menghangatkan gelora laut kasihku...

sayang
kala hujan menarikan tarian cinta
jemariku bangkit melakarkan rasa
bahawa hangatan laut kasih kudamba
datang dalam pelukanku dinda...

CNM, 10/12/12, 11.20pm THMK

aku lihat

aku lihat

pabila
mataku dan matamu bersatu
pada titik yang paling romantis
dadamu berombak kencang
nafas tertahan
mengapa?

pabila
jemariku dan jemarimu bergenggaman
terasa akan aliran denyutan asmara
bicaramu tercungap-cungap
sekujur tubuhmu longlai
mengapa?

jawapan pada cinta yang kauserahkan.

CNM, 10/12/12, 4.59pm, THMK

Setitis

Setitis

setitis madu cinta yang ditabur
belum mampu menyubur
rasa kasih dan sayang
yang mendalam...

setitis racun cinta yang dituba
belum mampu meluluhawa
rasa kasih dan sayang
yang telah tertanam...

CNM, 10/12/12, 9.36am, THMK

Disember Sepuluh



Disember sepuluh
adakah hati mengeruh?
tersakiti dek bicara yang meluluh
bersabarlah usah mengeluh
moga hatimu cepat sembuh...

Disember sepuluh
apakah yang dikeluh?
takdirnya harus ditempuh
perbanyakkan doa agar disuluh
ke jalan yang ampuh...

Disember sepuluh
bila mana hatimu tersentuh
dek provokasi musuh
bawa bertenang usah kecoh
berdiam diri keperibadianmu tetap teguh...

Disember sepuluh
aku menyusun jari sepuluh
andai ada yang jiwanya terbunuh
bukan niatku meruntuh
semoga ukhwah bertambah utuh.

CNM, 10/12/12, 8.38am, THMK

redha

redha

bila hati merona
seraut wajah terwarna
ada warna-warna pelangi
ada warna-warna gerimis
suka duka tawa tangis
segalanya didatangkan buat menguji...

CNM, 10/12/12, 8.00am, THMK

Janji

Janji

i.
janjinya sebelum datang
akan menuruti perintah Tuhan
setelah dilahirkan
dibolak balik kejahilan...

ii.
janjinya sepanjang perjalanan pulang
pelbagai warna catatan
ada putih ada kehitaman
semoga ada keampunan...

iii.
janji-Nya
tidak didusta
moga diredha
menuju syurga.

CNM, 10/12/12, 7.53am, THMK

Selamat Pagi

Selamat Pagi

selamat pagi teman
andai kamu senyum
senyumlah dengan penuh kasih sayang
tanpa titik kiasan di dalam...

selamat pagi teman
andai kamu marah
marahlah dengan penuh kasih sayang
tanpa titis kebencian di dalam...

CNM, 10 Dis 12, 7.39am, THMK

cuti panje (loghat klate)

cuti panje (loghat klate)

kawe,
nak cuti panje
nak kelik klate
nak cari budu paye
nak lawat sain-sain kawe
nak jupo adik beradik kawe
nak beli baju batik comei-comei
buat persediae taho depe...

CNM

jangan gelak



aku ingin ketawa
suaranya merajuk entah ke mana
aku ingin menagis
air matanya telah habis
aku ingin menulis
ilhamnya tak datang, sungguh tragis
aku ingin keluar laman
tapi ramai di sini teman...

aku duduk melayan.

CNM

jangan gelak



...jika hatimu terbakar, tak perlu maklumkan kepadaku kerana bomba berpesan mereka tak mampu memadamnya, hanya doa dan redha bisa meranapkan bara-bara yang menyala...

CNM

Disember Lapan

Disember Lapan

disember lapan
terang suria pagi memberi harapan
bahawa mendung awan semalam
tak selamanya datang mengelam
syukur kepada-Mu tuhan...

disember lapan
apakah yang bermain di fikiran
tahun baru bakal menjelang
sudahkah tercapai impian
yang disasar penuh pengharapan...

disember lapan
masih berbaki waktu menunaikan
hajat yang didambakan
sebelum mengucapkan selamat jalan
kepada tahun yang pergi meninggalkan.

disember lapan
ilham masih bertandang
menitip kata buat peringatan
sesama kita yang bergelar insan
sesungguh demi masa perlu berpesan-pesan...

disember lapan
andai telah jauh keterlanjuran
kembalilah ke pangkal jalan
kuhulurkan tangan
tanda memberi sokongan...

disember lapan
orang tua berpesan
jangan diremehkan suruhan tuhan
kelak menyesal badan
setelah dijemput pergi tiada jalan pulang...

disember lapan
mari kita eratkan persahabatan
saling bantu membantu dalam penulisan
lupakan mereka yang melempar penghinaan
karya kita, kitalah yang harus martabatkan...

disember lapan
andai aku membaca dan membetulkan
bukan bertujuan mencari kesalahan
sekadar berkongsi kebenaran
lumrah aku, kamu dan sesiapa ada kekhilafan...

disember lapan
teruskan menitipkan nukilan
sama-sama kita berpuisi penuh kejujuran
berkongsi akan kepuitisan
menyusun bait kata jadi tatapan...

disember lapan
esok dan disember sembilan
moga yang baik-baik bertandang
dijauhi segala kedukaan
dikurniakan kesejahteraan...

berhenti dulu ya, banyak kalau nak tuliskan.

CNM, 8 Dis 2012, 9.04pm, THMK

malam mendodoi



malam telah lama mendodoi
kusekang mata ini
demi sahabat
kumembaja akrab
tiada hijab
sama-sama menggarap...

CNM

fetus pun mampu memaknai

fetus pun mampu memaknai

ludah
yang kaukahakkan ke mukaku
kaukata adalah titis embun...

seluruh alam tertawa
akan teater kemunafikan
yang kaupentaskan
ketahuilah fetus pun mampu memaknainya...

CNM, 7/12/12, 9.09pm, THMK

07 December, 2012

Gedung Abjad

Gedung Abjad

kutercampak
ke dalam gedung abjad
lantas kupilih satu persatu
untuk kususun menjadi rangkap puisi
buat kubisikkan kepadamu...

bahawa
bukan hanya alam tercemar
manusia yang hidup hingar bingar
tersasar dek tingkah yang melanggar
syariat yang telah diperdengar...

kembalilah
ke jalan Allah
pertingkat ibadah
mencontohi Rasulullah
sebelum perjalanan ke alam barzakh.

CNM, 7/12/12, 4.24pm, THMK

Membisu

Membisu

suatu provokasi
yang adakala menjadi
yang adakala menyakitkan hati
yang adakala menambah kekusutan tali
yang adakala memerangkap diri sendiri dalam kamar benci.

suatu bantahan sepi, penuh bara-bara api.

CNM

beri jawapan

beri jawapan

andai kamu yang ditunggu
usah mendera hati yang menunggu
berikan jawapan keputusanmu
meneruskan atau berlalu
itu lebih baik bagimu...

andai kamu yang diharapkan
usah memainkan perasaan
katakan ketetapan
mengikat janji atau melepaskan
itu lebih menyenangkan...

penantian suatu penyiksaan tanpa kepastian,
kepastian suatu azimat dalam penantian.

CNM, 7/12/12, 9.32am, THMK

Tua

Tua

tua mengejar kita
tak terlepas walau di mana
masa begitu pantas menerpa
siapa yang bersedia
dia lebih selesa...

tua mengejar kita
banyak sudah yang terlupa
satu petanda
meninggi sudah usia
sucikan diri sebelum dijemput Dia...

tua mengejar kita
diri dah tak bertenaga
bukan lagi di usia remaja
semangat tinggi cergas sentiasa
pantas bergerak ke mana saja..

tua mengejar kita
sedarlah sahabat semua
waktu pergi tak bertandang semula
yang tinggal kita
menghitung pahala dan dosa...

tua dah kita!!!

CNM, 7/12/12, 8.39pm, THMK

lidah keluli

lidah keluli

tak sesekali kusesali
setelah memberi apa yang kumiliki
tanpa menghitung untung rugi
demi perkongsian suci
tetapi
setelah memiliki
apa yang dikehendaki
lembut lidah memejal jadi keluli
gigi besi melebur jadi jeli...

CNM, 6/12/12, 11.14pm, THMK

melakar warna

melakar warna

gebar putih
anugerah Yang Maha Pengasih
terconteng dek tangan ayah bonda
warna-warna kehidupan
suci jernih mahu pun kelam mengeruh
setelah sempurna menjadi insan
warna-warna bisa dironai dek keampunan...

dan bancuhlah warna yang diredha-Nya.

CNM, 6/12/12, 10.50pm, THMK

Mengekor

Mengekor

tadi lalu jalan seremban kuala pilah
terlihat luas terbentang sawah
lalu aku menyinggah
meragam panorama indah
sawah dibajak sebelum semaian dipindah...

terkenang zaman dulu-dulu
mengekor traktor mengutip sepat dan puyu
sungguh nostalgia pengalaman itu
terpahat ampuh dalam memoriku
sehingga kini segar menggamit kenangan lalu...

CNM, 6/12/12, 8.33pm, THMK

daun keladi

daun keladi

ada peranan dijadi
memberi
oksigen sudah pasti
ada ubi boleh digali
meneduh dari hujan barangkali...

aku tak ingin seperti
daun keladi
yang dicurah air berkali
tak diserapi
hanya menumpahkan ke bumi...

CNM, 6/12/12, 9.11am, THMK

Disember Enam

Disember Enam

suria menelan hitam
terang mengantikan kelam
kupohon kepada-Mu Tuhan
anugerahkan nur-Mu mencerahkan ilham
agar tiada salah faham
agar tiada rona suram
yang tertanam...

CNM

aku belajar

aku belajar

manusia ada macam-macam onar;

ada yang celupar
ada yang kurang ajar
ada yang cerdik tak boleh mengajar
ada yang bodoh tak mahu diajar
ada yang ego tak boleh diajar
ada yang sombong tak makan dek ajar...

aku nak belajar
tolonglah ajar
atau sama-sama kita belajar
belajar mendengar
belajar cara belajar
belajar menerima apa yang diajar...

semoga jadi kita orang yang belajar.

CNM, 5/12/12, 11.46pm THMK.

nak ke seberang

nak ke seberang

banyak jalan
melompat
menyelam
titian
yang penting
tiba dalam redha-Nya.

CNM

Kosong, Kosong, Kosong

Kosong, Kosong, Kosong

tiada apa yang nak kusyairkan,
kata-kataku kosong.
tiada apa kelihatan pada malam gelita,
hitam pekat kosong.

tiada apa yang nak dimakan,
perut menyanyi kosong.

tiada apa yang nak diceritakan,
pandangan berkerdip kosong.

tiada siapa yang sudi meneman,
jiwa terasa kosong.

nukilan ini kucoretkan,
buat mengisi ruang kosong.

CNM

Sepayung berdua

Sepayung berdua

yang diamuk cinta
asyiknya
sepayung berdua
nikmati hangat mentari kasih
mengejar seri pelangi rindu
tewas dan lemas
dalam gelora asmara
ingat dik!
jangan sampai
dibasahi hujan duka sendirian...

CNM, 4/12,12, 8.21pm, THMK

makan suap

makan suap

hais! makan suap
kedengaran macam tak elok
berbuat sesuatu jenayah
ambil rasuah
beri rasuah...

bukan itu maksud saya
makan suap maknanya makan bersuap
hah! hah!
kenapa tersenyum?
bila kali terakhir kamu makan bersuap
yang suami bila kali terakhir suapkan isteri?
yang isteri pula bila kali terakhir menyuapkan suami?

makan bersuap
semarakkan rasa kasih
cuba lihat bayi
rasa kasih pada ibu menebal
kerana ibu yang menyuapkan makan
anak sulungku dah tingkatan lima
kalau nak makan minta disuapkan
maknanya ia rasa dikasihi disayangi...

suami isteri
suapkan pasangan
baru timbul rasa kasih sayang sejati
kemesraan terjalin
cubalah amalkan
mudahan mengesankan
jadi pengerat kasih sayang yang kian suram
jadi penambat kemesraan yang semakin kelam.

aku suka menyuap dan disuapkan.

CNM, 4/12/12, 6.09pm, THMK

04 December, 2012

teratak cinta

teratak cinta

teratak cinta ini
jadi penara persinggahan
tempat melaungkan secangkir rasa
buat dirimu
di ngarai kasih yang terdalam...

CNM

miliki cinta

miliki cinta

andai kamu
ingin membeli sebutir cinta
usah gadai air mata
kerana cinta atas dasar air mata
hanya simpati semata...

andai kamu
ingin meraih sekuntum cinta
tawarkan kata setia
kerana cinta atas dasar setia
mengundang cinta ke hujung nyawa...

cinta bukan boleh dipaksa
jika dipaksa, cinta tiada maknanya...

CNM, 3 Dis 2012, 9.49pm, THMK

perlukan cermin

perlukan cermin

kita punyai mata
yang hanya mampu melihat ke luar
kita perlukan cermin untuk melihat ke dalam
biarlah kawan sejati jadi cermin
yang menunjukkan rupa wajah kita
sama ada berconteng arang
atau solekan yang menawan...

CNM, 2 Dis 2012, 10.05pm, THMK

Hidup ini

Hidup ini

hidup ini
sepertinya aliran air,

waktu muda
seperti air dari puncak gunung
mengalir laju penuh bertenaga
apa saja di rempuh dengan ampuh...

waktu dewasa
seperti air di lembah
mengalir berliku mengikut alurnya
meninggalkan mendapan yang tak terbawa...

waktu tua
seperti air di muara
tenang-tenang saja
mengalir lesu kehabisan tenaga
mengumpul saki baki sisa usia...

CNM, 2 Dis 2012, 9.44pm, THMK

Magnet

Magnet

magnet pun tahu
arah yang sepatutnya di hala
jadi kita manusia jangan bikin malu
nanti magnet pun ketawa
nama saja makhluk paling mulia
tapi tak tahu mencari redha-Nya...

CNM, 2 Dis 2012, 8.50pm, THMK

Mengikat Tali Janji

Mengikat Tali Janji

dari jauh kuperhati
sepasang merpati dua sejoli
di hadapan rakan taulan dan famili
telah mengikat tali janji
menyarung cincin emas ke jari
tanda bermula episod menyelusuri
denai-denai cinta berduri
lorong-lorong rindu bersembilu
menuju puncak kasih yang abadi
berpimpin tangan ditandu
ke atas pelamin bersatu...

CNM, 2 Dis 2012, 8.00pm, THMK

Disember Dua

Disember Dua

Pagi Disember Dua
kuucapkan syukur kepada-Nya
masih diberi kesempatan di alam maya
lantas kupanjatkan doa
agar sahabat semua
dalam limpah rahmat dan Redha-Nya.

Pagi Disember Dua
ada yang bangkit awal sujud kepada-Nya
menangisi kisah-kisah semalam yang mengecewa
berdoa dan berdoa akan keampunan-Nya
mengharap ketenangan jiwa
menghadap hari muka.

Pagi Disember Dua
tiba jua
saat insan menunggu cinta
disahkan dalam ikatan restu dan doa
ibu bapa kaum keluarga
menuju hari bahagia.

Pagi Disember Dua
ketika ini masih berbalam warna
aku tiba menitipkan kata
mencoret apa yang hadir ke minda
lantas kutarikan di dada maya
buat tatapan semua.

Pagi Disember dua
aku semakin tua
masa ke masa
semakin banyak dilupa
mohon kepada-Mu Yang Maha Kuasa
berikan kesihatan dan kesejahteraan hari muka.

CNM, 2 Dis 2012, 7.18am, THMK

Bayar Hutang

Bayar Hutang

Harimau Malaya
telah dingap dek singa
balik terngaga
panas hati dimainkan singa
digigitnya Laos tak ingat dunia
garuda pun dibaham sama
berdepan gajah putih rimau perlu berjaga-jaga
dalam misi membayar hutang pada sang singa.

aku doa kamu berjaya.

CNM

Penawar Rindu

Penawar Rindu

Senyumanmu
jadi penawar rindu
berika selalu
dalam kehangatan laut kasihmu

Senyumanmu
jadi pengubat rindu
lontarkan selalu
dalam desiran laut kasihmu

Senyumanmu
jadi penyubur rindu
ukirkan selalu
dalam keasyikan laut kasihmu..

CNM

Gelora Disember

Gelora Disember

hamparan laut membiru
bergulungan jadi kelabu
dek tiupan angin laut china menderu
membadai saban waktu...

hati nelayan mengeruh
di musim tengkujuh
rezekinya meneduh
dek hujan tak mahu teduh...

berpelukan mereka
menahan dingin air mata
mengharapkan cuaca kembali reda
buat mengais rezeki mengalas lapar dan dahaga...

gelora disember membadai pesisir hati mereka.

CNM, 1 Dis 2012, 4.07pm, THMK

Menunggu Cincin Ikatan

Menunggu Cincin Ikatan

kutahu esok ada
ramai insan bercinta
menunggu cincin ikatan
disarungkan ke jari manis
tanda cinta menuju pelamin bahagia...

aku senyum saja
dengan iringan doa
semoga dipermudahkan buat mereka
mengecapi indah alam cinta
dalam restu dan doa orang tua
dalam keredhaan yang Esa.

CNM, 1/12/12, 2.30pm, THMK (Y)

Pertahankan kejuaraan

Pertahankan kejuaraan

malam ini
rimau malaya
harus menggigit
dengan bermaruah
demi mempertahankan kejuaraan...

berjuanglah ke titisan keringat terakhir
serangan balas yang pantas
terjahan yang tangkas
pasti kaukuasai pentas
membolosi gawang tanpa balas...

selamat berjuang harimau malaya.

CNM

Laut Kasih 242

Laut Kasih 242

kukucup
bibir rindu
hingga nafasku terkaku
wangian laut kasihmu
menyelinap menakluki sukmaku...

rindu ini kian memuncak.

CNM, 30/11/12, 6.50pm, THMK

Memenuh Sumur Bekalan

Memenuh Sumur Bekalan

andai panjang umur
tiada bertandang uzur
inginku beribadat dengan luhur
inginku selalu mengucapkan syukur
memenuhkan sumur bekalan ke alam kubur
menghadap janji-janji-Mu yang diatur
sesungguhnya hancur lebur
jika syariat-Mu gagal diakur.

Ya Rabbi kurniakan nur-Mu.

CNM, 30/11/12, 1.40am, THMK

Sedalam Kasihmu

Sedalam Kasihmu

rindu ini
hari ke hari
minggu ke minggu
bulan ke bulan
musim ke musim
tahun ke tahun
semakin mengatasi Mariana
ia sedalam kasihmu padaku...

CNM, 30/11/12, 1.07am, THMK

Fakta bukan Auta VII

Fakta bukan Auta VII

...dalam satu perlawanan bolasepak, penguasaan bola dan permainan cantik tidak dikira menang, hanya yang menjaring lebih adalah pemenang...

CNM

Fakta bukan Auta VI

Fakta bukan Auta VI

...kedukaan yang berlarutan tidak akan mengubah apa-apa, ia hanya menambah buruk keadaan...

CNM

28 November, 2012

Fakta bukan Auta V

Fakta bukan Auta V

...bahawa kematian itu sesuatu yang semakin menghampiri, marilah sama-sama kita saling mengingatkan bahawa kita akan dipanggil pulang.

CNM

Fakta bukan Auta IV

Fakta bukan Auta IV

...bila mengantuk tidur adalah jalan terbaik, tidur juga waktu pemulihan yang terbukti paling berkesan...

CNM

Fakta bukan Auta III

Fakta bukan Auta III

...insan yang merajuk itu sebenarnya adalah mereka yang dahagakan belaian kasih sayang, simpatilah kepadanya...

CNM

Fakta bukan Auta II

Fakta bukan Auta II

...jika kamu mencari hanya kata-kata yang manis teman sejati tidak akan memberikannya, carilah pengampu...

CNM

Fakta bukan Auta

Fakta bukan Auta

sesedap mana pun masakan di luar sana, percayalah masakan di rumah dek bikinan isteri mahu pun mak sendiri jauh lebih enak kerana nilai tambahnya adalah penuh kasih sayang.

CNM

Putrajaya




Putrajaya

Dulu ada yang kata
pembaziran wang rakyat jelata
konon tak ada faedah kepada negara
aku rasa sekarang ekonomi dijana
puluhan ribu pelancong jejak putrajaya
kagum seni taman dan seni bina
tahniah kepada mantan Menteri Perdana
ideamu memaju ekonomi negara...

Dulu ada yang kata
pembaziran wang rakyat jelata
konon kerajaan rancang pembangunan membabi buta
aku rasa kerajaan memandang jauh melangkaui masa
yang tak terfikir akal orang biasa
kini jadi rebutan politikus yang konon mahu berjasa
suatu ketika sinis menghambur celaan tanpa usul periksa
bak meludah ke langit suatu waktu akan jatuh ke muka..

CNM, 27/11/12, 3.18pm

nota pendek

nota pendek

...kutuliskan sebaris nota
mengandungi tiga perkataan
supaya apabila kamu memandangnya
seawal pagi
terukir senyuman manis
dan kamu tahu bahawa
aku sayang kamu...

CNM

Diari Semalam

Diari Semalam

diari semalam
telah tercatat sudah
yang nantinya akan dipersembah...

bisa dilupakan
namun tak terpadam
hanya doa ucapan keampunan
merayu ianya diredhakan...

mudahan
yang baik-baik dalam catatan
diperlihatkan pada hari tiada pertolongan...

CNM, 25/11/12, 10.03am, THMK

saling melengkapi

saling melengkapi

kita ini
aku sedari
serba serbi kekurangan
adalah lebih baik
kita saling melengkapi...

kita ini
aku rasakan
saling memerlukan
adalah lebih baik
kita menjauhi permusuhan...

kita ini
aku katakan
dari satu rumpun
yang perlu berhimpun
bersatu padu memartabat bahasa serumpun...

kita ini
pada satu landasan selari
sama-sama dalam gerabak puisi
sama-sama berkongsi rasa hati
dalam laman maya yang dikasihi.

CNM, 24/11/12, 10.36pm, THMK

Jendela Cinta

Jendela Cinta

andai kamu
telah menguak jendela cinta
biarkan saja kumbang pilihan terbang hinggap
menghirup manis madu
di tangkai kuntuman bunga kasihmu...

andai kamu
ingin mengetuk jendela cinta
cerminkan diri
biarlah pemilik kamar cinta
menghamparkan permaidani menyambutmu...

CNM, 24/11/12, 5.35pm, THMK

Apa Dipelajari?

Apa Dipelajari?

apa yang kamu dapat?
bila melihat titis air
lembut fizikalnya
mengalir ke lembah
menuju muara menyatu...

apa yang kamu dapat?
bila merasakan hembusan bayu
dingin menikam kalbu
tak kelihatan
wujud menyumbang...

apa yang kamu dapat?
bila menyaksikan tanah terbentang
luas saujana mata memandang
kaya dengan hasilan
nadi kehidupan...

apa yang kamu dapat?
cuba renung dan perhatikan
bahawa alam itu ada menyampai pesan
bahawa alam itu tanda-tanda agungnya kejadian
fikirkan...

CNM, 24/11/12, 4.10pm, THMK

24 November, 2012

30 tahun dulu

30 tahun dulu

30 tahun dulu
bila mek nak menjahit
mie "tolong cucukkan benang
aku tak nampak"
aku senyum saja....

kini
aku sudah tahu kenapa
aku belum pakai kaca mata
barang kali sudah tiba masa
aku senyum kenang saat indah bersama bonda...

CNM, 24/11/12, 10.11 am, THMK

23 November, 2012

Mercu Perpaduan



Mercu Perpaduan

lihatlah
betapa megah
mercu perpaduan
menyatukan tanpa mengira warna
pada saat sujud kepada-Nya
tiada beza
biru hijau putih
sama sahaja
di bawah kalimah
tiada tuhan melainkan Allah.

CNM

sebak

sebak

mahu kamu tahu
apabila orang yang kita sayangi
akan pergi meninggalkan kita
buat sementera atau selamanya
hati jadi sebak
dan aku juga pernah merasakannya;

pertama kalinya
saat seorang abang
yang kusayangi meninggalkan kampung
mencuba nasib di kota
entah kenapa tergenang manik jernih...

kedua kalinya
saat menatap jenazah arwah ibu
yang teramat kusayangi pergi buat selamanya
tak tertahan lagi air mata tertumpah laju
membasahi ke dada pilu...

ketiga kalinya
saat mengetahui anak bujangku
didiagnosis menghidap leukemia
tak terkata bagaimana pilunya
melihat anak dalam kesakitan bertarung nyawa
telah kering air mata mengiringi doa...

keempat kalinya
saat melepaskan anak perempuan ke asrama
belum yakin anak menguruskan diri mungkin
air mata bergenangan
sebak menghimpit rasa
kamu ada rasa sebak di dada?...

CNM, 22/11/12, 11.14pm, THMK

pernah

pernah

pernah jantungmu
apabila memandang seraut wajah
berdegup kencang seakan ada pertemuan sebelum ini...

percaya atau tidak
aku percaya kamu pernah merasainya
kautahu dan aku tahu seakan ada pertalian yang tersembunyi...

CNM

Hari Tandas Sedunia



telah dilancarkan hari tandas sedunia
perlu ada harikah untuk ubah minda
guna tandas dengan bijaksana
mentaliti kena cakna
baru tandas wangi sentiasa...

tandas hari-hari diguna
tandas penanda aras berguna
dari sana dikenali sikap pengguna
sama ada pembersih atau pengotor orangnya
bersih tandas bersihlah orangnya...

CNM

dua jiwa satu hati

dua jiwa satu hati

dua jiwa telah bersepakat menyatukan hati dalam sidang meja bulat keluarga. aku tumpang gembira, nanti boleh makan nasi minyak pencuma. tahniah kepada tuan punya jiwa memilih untuk mengikat tali ijab dan kabulnya. berkali telah kutekan bahawa terlalu indah andai hidup ini saling mengasihi.

CNM

Andainya

Andainya

andai kamu berumahkan rumah bunglow bukannya sekeping kotak kertas,
andai kamu tidur bertilamkan tilam vono bukannya lantaian simen,
andai kamu tidur berbantalkan bantal empuk bukannya batu bata,
andai kamu berselimutkan gebar gebu yang mewangi bukannya embun,
andai kamu makan makanan yang memenuhi peti sejuk bukannya dari dalam tong-tong sampah,
andai kamu meluncur laju di jalan raya dengan kenderaan ratusan ribu ringgit bukannya berjalan dengan kaki ayam...

maka,
makanya
ucapkanlah syukur.

CNM, 22/11/12, 9.16 am, THMK

kenapa kejam pada diri?

kenapa kejam pada diri?

...kita ini dijadikan-Nya berpasang-pasangan. Dijadikan untuk saling sayang menyayangi, saling melengkapi. Kenapa terlalu kejam pada diri? dek kerana sebuah kegagalan, kamu berhenti dari berusaha. Ya, berhenti berusaha mencari kebahagiaan yang disulami rindu, cinta , kasih sayang suci. Mengelak untuk berhadapan dengan perasaan rindu, rasa menyayangi, rasa mengasihi sepertinya menolak nikmat Allah yang dikurniakan. Bangkitlah mencari... kerana terlalu indah andai hidup saling menyayangi...

CNM, 22/11/12, 8.46am, THMK

Merindu



Merindu

merindu itu tiada salahnya... cuma aku merasakan teramat ralat... andai asyik merindu sendirian... kenapa? jika apa yang dirindu itu tak tergapai dek tangan... tinggi melangit yang ternyata di luar kemampuan memilikinya... umpama ingin mendakap warna-warna pelangi, aku kira teramatlah rugi... memasang angan juga tidak tiada salahnya... dari bermimpikan warna pelangi di langit lebih baik mengintai embun di hujung dedaun... berpijak di bumi nyata, mampu dimiliki walau embun hanya hadir seketika sebelum suria membawanya pergi... jadilah yang realistik.

CNM, 22/11/12, 8.21am, THMK

lakso klate

lakso klate

hoh! jeliro molek
pekena lakso klate
dua kali ule
bucit perut kawe
hirup kuah ike
tak cukup sepingge
dua pingge ambo behe...

CNM

air mata Palestine

air mata Palestine

telah kering air mata Palestine
menangisi para syuhada
yang gugur satu-satu
demi maruah bangsa
telah dipersenda...

telah menjadi darah air mata Palestine
menitis membasahi bumi berdaulat
mengiringi para sahabat
yang berjihad
memerangi bangsa pengkhianat...

telah tiada air mata Palestine
buat mengiringi doa
Ya Robbi
singkapkan hijab pertolongan-Mu
hancurkanlah bangsa yang memerangi agama-Mu.

CNM

Oh! Tuhan


Oh! Tuhan

tunjukkanlah aku jalan
jalan pulang ke arah kebenaran
kebenaran yang telah Engkau syariatkan
syariatkan sebagai landasan
landasan perjalanan ke syurga-Mu
syurga-Mu dambaan sekalian makhluk
makhluk yang Engkau jadikan
jadikan untuk beribadat dan sujud kepada-Mu
kepada-Mu kami memohon pertolongan.

CNM

Sendirian

Sendirian

telah ditadirkan
kusendirian di sini
meneruskan baki kesempatan
tak sesekali kukesalkan
kerana kutahu, aku tidak keseorangan
Engkau sentiasa ada untukku Tuhan.

CNM

Ketenangan

Ketenangan

alam nyata
dianugerah Dia
buat ketenangan jiwa
indah panorama
menyejukkan mata
merehatkan minda
dari kekalutan kota...

CNM

Berdua

Berdua

denganmu
kurenangi lautan kehidupan
dalam suka duka yang ditakdirkan
moga menebusi ke pintu syurga
dengan berkat restu dan redha-Nya

CNM

Ingat pese mok (loghat klate)

Ingat pese mok (loghat klate)

ingat pese mok
jange tingga semeye
panda-panda jago diri tepat oghe...

bersain biar retah negeri
musuh jange dicari
InsyaAllah disayegi...

CNM

jika ini kaurasa

jika ini kaurasa

bila di sisinya terkaku seribu bahasa
di dalam hati bergetar seribu rasa
luahkan saja
cinta telah memasuki kamar jiwa
ianya akan terus berdegup tanpa henti
pada saat kamu memandang dia
pada saat kamu merenung matanya...

CNM

mahu kamu ketahui

mahu kamu ketahui

saat kauhulurkan jemari keikhlasan
memelukku berbaring di ribaan
alam bagai terawan-awan
membuai perasaan...

suaramu
yang berbisik hangat
ke cuping telinga hatiku
tak terhurai dalam kata-kata...

hanya syair jiwa
jadi coretan rasa
mengukir senyuman
menyusun warna-warna cintaku.

CNM

aku tiada jawapan

aku tiada jawapan

jika kaubertanya
kenapa dirimu dicinta
aku memang tiada jawapan
kerana misteri cinta
hanya Dia yang tahu jawapannya
yang kutahu bahawa
dirimu sering kudamba
menenami di sisi pada tiap ketika
dan aku berharap dirimu begitu jua...

CNM

Wanita

Wanita

dengarkanlah
bahawa sekasar mana pun lelaki
sekeras mana pun kata-katanya
akan tunduk lemah gemalai dia
dengan layanan mesramu
jadi berbicaralah dengan senyuman termanis
bukan paras rupa jadi keutamaan
kasih sayang belaian manja jadi dambaan.

CNM

Lelaki

Lelaki

dengarkanlah
bahawa sesedap manapun
bancuhan teh tarik kedai mamak
atau mana-mana kedai janda
tidak seenak bancuhan isteri tercinta
yang amat teristimewa terselit rasa kasih dan sayangnya...

CNM

Sampai bila

Sampai bila

...sampai bila asyik merindu sendiri, ada kasih ada cinta hati menanti. tak teringinkah jumpa si kadi minta dipersatukan melayari bahtera kehidupan walau dijangka badai dan gelora akan melanda...

...jangan biarkan pelabuhan impian terbiar begitu lama sepi.

Terbenam

Terbenam

kasih, yang tak pasti akan terbenam lenyap ditelan sepi, yang rapuh tak akan dapat berdiri, andai kita gagal menjunjung janji, jadi payung sebuah kesetiaan...

CNM

Bingkisan Akhir

Bingkisan Akhir

...aku masih di sini berdiri memegang cokmar cinta yang kita ukir bersama. kutuliskan bingkisan akhir ini buat mengiringi perpisahan yang tak terbayang dalam sejarah hidup ini. jadikan ia bekalan sepanjang perjalanan mencari mahkota pelamin impianmu...

CNM

Dalam Air Tenang

Dalam Air Tenang

...tersingkap bebayang wajah yang mewarnai sekeping hati. retak kasih merona luka, tersimpan ampuh dalam lipatan memori. embun kasih yang menitis memecah cermin hati...

CNM