Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

31 January, 2011

Gong Xi Fa Cai




Kasih tak kesampaian

Dalam kehidupan
tak semua kehendak
akan kecapaian
jika tersalah pilih jalan
kemungkinan tergelincir
di pertengahan jalan
sesat dalam terang cahaya
perlu ada ketetapan haluan
biar kasih menyelusuri
tebing ketetapan
agar tiba
ke muara persefahaman
lalu bertaut kasih
di delta impian.

CNM, 31/1/11, 20.23 pm

Aku tak diperlukan?

Andai aku tak diperlukan
aku terima dengan kententuan takdir-Nya
aku tidak takut tak diterima manusia
aku hanya takut tak diterimaTuhan
biar aku disingkirkan
aku tetap akan berdiri
kerana aku tahu
Tuhan sentiasa bersamaku
Ya Raab
jangan sesekali Engkau
palingkan aku dari mengingati-Mu
kerana bagiku
cukuplah Engkau tempat memohon pertolongan.

CNM, 31/1/11, 19.11 pm

30 January, 2011

Laut Kasih XV

Pada olak laut kasihmu
tertulis kebahagianku
beralun-alun kemilauan
memantul sinar kesejahteraan
kau curahkan kasih sejati
bersama dingin bayu
menerjah ke sudut kalbu
membeku rasa aman
tenang dalam hangatan
pelukan laut kasih yang kau beri.

Musim berganti musim
laut kasihmu terus berlagu
mendendang lagu rindu
mendayu ke telinga batinku
menambat kasih musim ke musim
kekal bertaut di tahta baldu
yang kau bina dari karang laut kasihmu
buat penawar rindu di jiwa asmaraku
terima kasih sayang atas limpahan kasihmu
moga bahtera cintaku berlabuh ke labuhan laut kasihmu.

CNM, 30/1/11, 18.35 pm

Masa

Masa tak akan menanti
kita terpaksa berlari
mengejar impian yang tak pasti
berpandukan ajaran yang suci.

Masa tak akan mengerti
kita yang perlu mentaati
perjalanan masa tak terhenti
menyediakan diri sepanjang hari.

Masa akan berlalu pergi
jangan kita melambatkan diri
tertinggal dalam angan mimpi
sudahnya kita akan diketepi.

Masa tak akan kembali
usah bazirkan masa yang diberi
gunakan sepenuhya dengan amalan diredhai
moga kita diberkati Ilahi.

Masa perlu dihargai
mengisi ruang dengan teliti
sampai ketika kita tak mampu lagi
jadilah kita orang yang rugi.

CNM, 30/1/11, 13.10 pm

Angin lalu

Angin petang yang menderu
menerjah ke jendela rumahku
membawa seribu restu
menerpa laju ke pipiku
terasa sejuk hingga ke kalbu
aku masih di ruang tamu
menggarap puisi tak jemu-jemu
inilah satu caraku
menyatakan isihati yang terbuku
terlepaslah rasa berbekam di hatiku
memperoleh ketenangan waktu ke waktu.

CNM, 30/1/11, 10.53 am

Pagi yang murni

Pagi yang murni
pohon-pohon hijau indah berseri
embun menitis membasahi bumi
unggas berlagu menari-nari
riang berpasangan mencari rezeki
mentari bersinar menambah seri
cahayanya terang memang dinanti
awan nipis berarak sepi
kabus menghilang dek panas mentari
insan-insan mula berlari
masing-masing ada urusan sendiri
begitulah saban hari
selagi hayat masih diberi
syukur kepada Ilahi
masih memberi ruang dan masa mencari "rezeki"
buat bekalan ke alam abadi.

CNM, 30/1/1, 10.47 am

Aku menulis III

Aku menulis kerana-Nya
aku menulis kerana ingin mengingat sesama
aku menulis apa yang aku rasa
aku menulis kata dari dalam jiwa
aku menulis untuk mengingati diriku jua
aku tak minta dipuja
aku tak minta diraja
aku hanya seorang hamba
aku juga adakalanya alpa
aku juga adakalanya leka
namun aku cuba
memperbaiki diri dari masa ke semasa.

CNM, 30/1/11, 10.42 am

Hadir dengan hati suci

Kita,
kita punya pilihan
kita punya jalan dan aturan
kita punya hati dan perasaaan
kita punya daya buat keputusan.

Jangan,
jangan disalahkan pada kemelut
jangan kita lupa diri kita lemah kecut
jangan kita lupa kita beri ruang dihasut
jangan kita lupa kita akan dituntut.

Syukur,
syukurlah kita belum dirujuk
syukurlah datangnya petunjuk
syukurlah kita tidak terus dirasuk
syukurlah kita tidak terus berhati busuk.

Ambillah,
ambillah saat munajat untuk bertaubat
ambillah kesempatan yang ada untuk berubat
ambillah peluang yang diberi untuk bermunajat
ambillah baki waktu yang terluang untuk beribadat.

Moga kita hadir nanti dengan hati yang suci, Insyaallah.

CNM, 30/1/11, 10.38 am

Kau yang bertahta

Sejak pertama kali kita bersua
hatiku berkata pada jiwa
inikah gerangan si dara jelita?
calon ratu yang ingin ditahta.

Masa berlalu mendewasakan kita
kata janji disimpul bersulam senda
membawa kita ke gerbang bahagia
melayari samudera berbahtera cinta.

Kini kau kutahtakan di hati
menumpang kasih sampai ke mati
mengharap kasih kekal abadi
cinta disemi sehidup semati.

CNM, 30/1/11, 10.33 AM

Timbangkan

Jangan didengar
hanya pada kata yang manis
kerana
kata yang manis
bisa membuat engkau menangis.

Jangan dilihat
hanya pada kecantikan paras rupa
kerana
kencantikan paras rupa
bisa membuat engkau menderita.

Jangan diidamkan
hanya pada banyaknya harta
kerana
banyaknya harta bisa membuat engkau kecewa.

CNM, 30/1/11, 10.32 am

Penangan Angau

Kala kasih telah bersemi
segala kata manis bak sumi
kala cinta telah berputik
segala laku semuanya tak macam 'Plastik'
kala sayang telah menawan
jiwa dan raga rela didermakan
kala janji telah termetri
kata nasihat dibuang ke perigi.

CNM, 30/1/11, 10.31 am

Kota

Di kota itu
penuh hutan batu
suhu luar biasa panas memburu
udara tercemar penuh jerebu
insan hidup dalam haru biru
penyakit datang serang paru-paru.

Di kota itu
banyak kenderaan di pandu laju-laju
asapnya hitam keluar berpusu-pusu
sesak jalan melambatkan waktu
insan tertekan perasaan tak menentu
ada yang membuli lagak macam hantu.

Di kota itu
ramai insan berhati palsu
hidup lintang pukang ikut hawa nafsu
dosa dan pahala bukan penentu
hidup kononnya lebih maju
apa nak jadi dengan negaraku?

CNM, 30/1/11, 10.29 am

Kita diduga

Kita sering kali diduga
dengan perkara yang tak terduga
menyesak jiwa kalau tak bersedia
merana badan kalau salah urus cara.

Kita sering kali diduga
dengan perkara yang tak dipinta
menyiksa rasa mahu saja meronta
bertabah menerima sabar lebih utama.

Kita sering kali diduga
dengan perkara yang tak disengaja
menimbulkan cemas di dada
keringat dingin memercik di muka.

CNM, 30/1/11, 10.28 am

Aku menulis II

Aku menulis
kerana ingin berbicara
pada alam yang berjasa
memberi nikmat yang tak terhingga
jadikan diriku rasa bangga.

Aku menulis
kerana ingin berkongsi rasa
sesama insan di dunia nyata
saling ingat mengingati pahala dosa
jadikan diriku selalu mentaati yang Esa.

Aku menulis
kerana ingin menyata
rasa syukur pada yang Esa
masih diberi ruang dan masa
mengutip amalan bekalan ke syurga.

CNM, 30/1/11, 10.26 am

Malam yang sayu

Di bingkai malam yang suram
aku mendongak memandang ke langit
melihat awan berarak perlahan
melindungi bintang yang bekerdipan
tiada cahaya bulan yang kelihatan
dingin angin malam menyelubungi diri
sedingin pungguk yang enggan berlagu
mendendangkan lagu rindu pada bulan yang membisu
malam sayu selepas hujan lebat yang menderu.

CNM, 30/1/11, 10.24 am

Bicara hati

Panasnya sinar mentari
tidak sepanas hatiku
membakar daun-daun jiwa
marak menyala rasa dendam membara.

Dinginnya butiran salju
tidak sedingin nuraniku
menyejukan api kemarahan
membeku dendam yang tak terpadam.

Lembutnya titis embun
tidak selembut kemaafanku
meredhai apa yang berlaku
mengubati duka yang memburu.

Lunaknya desiran bayu
tidak selunak doaku
memanjatkan syukur beribu
pada Tuhan yang satu.

Gemersiknya suara ombak
tidak segemersik lontaran suaraku
mengalunkan lagu rindu
kepada Tuhan yang memberi restu.

CNM, 30/1/11, 10.23 am

Inginku berlari

Inginku berlari
mengejar seribu mimpi
akan kubawa ke dunia realiti
indahnya mimpi menguliti diri.

Inginku berlari
mengejar bayangan pelangi
akan kubawa ke dunia realiti
indahnya warna memayungi diri.

Inginku berlari
mengejar alunan desiran angin
akan kubawa ke dunia realiti
indahnya berlagu mendamai diri.

Inginku berlari
mengejar cahaya halilintar
akan kubawa ke dunia realiti
indahya menerangi keperibadian diri.

Inginku terus berlari
tanpa berhenti lagi
mencari dan mencari
indahnya anugerah Ilahi.

CNM, 30/1/11, 10.21 am

Alam memberi tanda

Di galiran angin
terukir seribu rahsia
membawa aku seribu tanya
mencari tanda mengenali Maha Kuasa.

Di galuran air
tercoret seribu makna
membawa aku seribu petanda
mengenali Agung Maha Pencipta.

Di gumpalan awan
terlukis seribu gambaran
memaparkan aku seribu lukisan
memilih jalan kembali kepada Tuhan.

Di alunan ombak
tersembunyi seribu babak
melakonkan aku seribu dampak
buat pedoman kembali menapak.

CNM, 30/1/11, 10.19 am

Kau datang

Kau datang padaku
pada malam yang kian membisu
kau begitu ghairah mencariku
kulit gebuku kau cium bertalu
kau menjalajah disegenap badanku
kakiku
belakangku
semua kau serbu
kau menyedut di setiap inci kulitku
mulus kulitku buat kau bernafsu melulu
kau memang buat aku bernafsu!!!
"Pap"!!! mati kau nyamuk.

CNM, 30/1/11, 10.18 am

29 January, 2011

Cinta yang didustakan

Cinta yang didustakan

Cinta itu datang tanpa diundang
Inginku lari sembunyikan diri
Namun cinta yang datang tidak bisa dihalang
Terperangkap aku dalam mainan perasaan
Aku lelah berlari mengejar sebuah impian

Ya Allah lindungi aku dari ujian ini
Aku berserah kepada-Mu yang maha mengetahui
Namunku cuba meredhai
Gagalnya aku menolak kepalsuan

Dalam kedukaan
Ingin aku meluahkan
Dilema membuat keputusan
Untuk menentukan
Segala yang berlaku
Tidak merosakkan jiwa
Aku pasrah dan bertawakal
Kepada-Mu Ya Allah
Anugerakanlah
Nasib yang baik kepadaku
.
CNM, 29/1/11, 23.10 pm

Aku lelaki

Kena ke depan
jadi harapan
jadi tulang belakang
tunjang kekuatan
melindungi insan tersayang
bukan satu beban
amanat perlukan pengorbanan
sungguh mulia ketetapan Tuhan.

CNM, 29/1/11, 19.00pm

Uhh!

Uhh! kulitmu sungguh gebu
kelihatan rambutmu tersikat rapi
dari kejauhan wangianmu menusuk naluriku
kuhampiri penuh berahi
kubuka satu persatu pakaianmu
kuperhatikan setiap inci batang tubuhmu
lantas kumencium wangianmu
nafsuku kian memuncak
lalu kugomol seluruh tubuhmu
hingga yang tinggal hanya empulurmu
syukur rezekiku setongkol jagung.

CNM, 29/1/11, 18.55 pm

Apakah itu?

Apakah itu?
bermimpi dalam jaga
kering dalam kebasahan
kenyang dalam kelaparan
berkeringat dalam kedinginan
membeku dalam kehangatan
senyum dalam tangisan
tangis dalam kegirangan
ahh!!! segala macam kekacauan
datang bertandang.
CNM, 29/1/11, 18.55 pm

Aku masih berlabuh

Aku masih berlabuh
menunggu redanya ribut membadai
kulihat punah alam dijejasi
ditambah insan mencemari mulusnya telapak tangan
selepas badai itu
kukumpul segala kudrat
mendayung biduk perjuangku
meredah ganas gelombang kehidupan
angin yang pergi membawa bersama doaku
dihadapkan kepada Yang Maha Mengasihani
agar menghujani perjalananku dengan titis rahmat.
CNM, 29/1/11, 18.52pm

Jika

Jika

Jika kau tiada
aku rasa resah,
Jika kau pergi
aku rasa sepi,
Jika kau menagis
aku rasa sedih,
jika kau ketawa
aku rasa ria,
jika kau dijadikan untuk aku
aku hanya ada kamu.

CNM, 29/1/11, 17.50 pm

Rela

Rela dalam keterpaksaan
demi sebuah ikatan
yang berlafaz suci bersaksikan
korbankan segala perasaan
bina kekuatan
menerima takdir Tuhan
moga kerahmatan berpanjangan
dalam kehidupan fana yang dipinjamkan.

CNM, 29/1/11, 13.23 pm

Mengapa?

Suatu pertanyaan
hadir kerana inginkan kepastian
yang tak mampu dirungkaikan
akal dan fikiran
menyesak dada menghimpit perasaan
imiginasi membadai ke pantai telahan
tenangkan
dengan sepatah kata menyakinkan
mengubat hati yang rawang
tak keruan.

CNM, 29/1/11, 13.15 pm

Tangisan

Tangislah jika yang ditangisi,

lebih berharga dari setitis airmata,

jika ianya melegakan,

gugurkan ke dada resah,

agar terhakis sisa-sisa derita,

suci bersih emosi jiwa,

warnakan dengan warna pelangi impian,

di bawah pelantar langit Tuhan,

bersaksikan semesta alam,

kebahagian pasti datang,

sesudah hari suram.

CNM, 29/1/11, 10.30 am

28 January, 2011

Mengerti

Kumengerti ertinya kasihmu
dalam syahdunya
kalimah bisikan cinta suci
mendengarkan kata janji setia
terpateri megah di tangkai jiwa
teguh bediri di bawah pelantar langit jingga
kekal berbuah segugus sejahtera
menguntum kelopak bahagia
di laman asmara kita.

CNM, 28/1/11, 19.15 pm

Saya impikan

Saya impikan
memanjat Broga Hill
menikmat indah mentari pagi
ketika dingin subuh masih berselimut
menggigit seluruh kujur tubuh.

Saya impikan
mendaki Kinabalu
menikmat indah panorama Khatulistiwa
ketika kabut dan kabus berpasangan
menari di pucuk flora.

Saya impikan
meredah Taman Negara
mengenali hati budi flora dan fauna
ketika insan rakus meneroka
mengusir biodiversiti ke satu daerah hitam.

CNM, 28/1/11, 18.05 pm

27 January, 2011

Jendela kenangan

Mengintai dari jendela kenangan,
meninjau cerita semalam,
yang mungkin tercoret,
pada dada awan di bawah pelantar langit,
rentas pelangi senja bersama desir angin,
mencari titik-titik keindahan silam.

CNM, 27/1/11, 22.50 pm

Hati tak berbicara

Kala hati
tidak berbicara
telinganya tekun
mendengar bisikan suara
lalu akal menjana cara
memilih agenda
menyatakan rasa
dalam hati yang menyesak
resah ke dada jiwa
menabirkan wajah duka
pada rupa yang kian lara.

CNM, 27/1/11, 21.40 pm

Berfikir

Detik
yang berlagu
menyentak jantung
bangkit bernadi
tadbirkan badan berfungsi
akal terus berlari
tanpa henti
hingga tiba
kepenatan
jadi satu nikmat
berehat
jadi satu riadah
berfikir
jadi satu ibadah.

CNM, 27/1/11, 19.30 pm

24 January, 2011

Janji Kasih

Janji yang kau tabur
gugur ke cenuram duka
hanyut ke lurah sengsara
bersama larutan hampa
dimendap ke dasar laut lara
membatu tak bermakna.

Kasih yang kau beri
terbahagi empat persegi
tiada harapan tautan bersemi
ruang dan waktu menjeruk hati
madu kau titis ke mata pedang iri
melukakan walau tiada disentuhi.

Janji dan kasih
hanya di alam mimpi
mana mungkin jadi realiti
andai mainanmu tak bertepi
merobek hati-hati suci
yang kau selumbarkan dengan duri janji
yang kau hiriskan dengan kaca benci.

CNM, 24/1/11, 21.25 pm

Alam tunjuk duka

Alam tunjuk duka
mempamir wajah hiba
dalam kelam insan leka
memamah sisa usia
ke gelanggang lena
tunggu tibanya masa
dijemput ke pusara
dan alam melihat tanpa kata.
CNM, 24/1/11, 18.15 PM

23 January, 2011

Kuntuman senyum

Rimbun keampunan-Mu

Putih Jiwamu


Putih bersih jiwamu
mencurah kasih ke kolam hatiku
damai jiwa dibelai asmaramu
melenakan daku dalam pelukan hangatmu
beranjak gerhana duka ke alam kasih abadimu
bercambah pucuk bahagia di ladang nuraniku.

CNM, 23/1/11, 18.10 pm

Bunga cintamu



Merahnya kelopak bunga cintamu
berseri memancar warna sejahtera
harumnya wangian kasihmu
mewangi di taman rindu kita
mekar bunga asmaramu
melambai naluri kelakianku
hangatnya pelukan bunga rindumu
memamah dingin kamar sepiku.

CNM, 23/1/11, 17.36 pm

Adat bercinta

Adat bercinta ada yang terluka
tiada cinta pencintanya tak terluka
sesetia ombak pantai berubah jua
sesetia riak tidak beralun selamanya
tiada kepastian dalam alam cinta
kepercayaan dibina atas keteguhan rasa cinta
jika takdir luka
ubati dengan redha.

CNM, 20/1/11, 17.22 pm

Jika aku bungamu+foto

Jika aku bungamu

Andaiku jadi bungamu
seraplah wangianku buat penawar rindumu
simpan harumanku sebagai penenang igauanmu
taburi kelopak suciku di peraduan asmaramu
bajai pohon kasihku agar subur merendang di bawah langit cintamu
siramilah perdu hatiku dengan kata janji setiamu
sunting daku buat menghias tahtamu
jadikan daku jambangan yang menemani sepanjang hidupmu.

CNM, 23/1/11, 11.48 am

Impian teruna

Tinggallah kasih tinggallah sayang
pergiku meneruskan perjuangan
mencari sebuah bintang harapan
buat membina istana idaman
akan kutahtakan dikau dipelamin anganan
tunggulah dengan kesetiaan
kuberikan satu kepastian
hanya kamu jadi impian
jadi pendorong menempuh halangan
demi sebuah ikatan
yang kita bakal simpulkan
dalam lafaz ijab dan kabul pernikahan.

CNM, 23/1/11, 11.28 am

22 January, 2011

Mendung Purnama

Mencurah resah

Atas sejadah tempat menadah
memohon ketenangan hati gundah
pinta yang indah
biar hadir dalam setiap rupa wajah
menemani kala resah gelisah
alunkan ayat-ayat suci dengan lembut lidah
terkesan di hati menghulur pasrah
menerima takdir daripada Allah.

CNM, 22/1/11, 17.37 pm

Pohon berdiri

Cinta yang kau beri

Cinta yang kau beri
tiada tarikh mati
mekar berseri segar mewangi
mengharum taman sanubari
menyubur kasih bertaut rapi
kekal bersemi di tahta hati
bahagia meniti hari
di bawah langit cinta sejati
kekal ke alam abadi.

CNM, 22/1/11, 10.45 am

21 January, 2011

Arus cinta

Curahan hujan asmara
membanjiri lembah jiwa
arus cinta mengalir di alur hati
memenuhi galir-galir kasih
menyerapi ke galur-galur rindu
menyubur ladang kasing sayang
menunaskan pucuk kemesraaan
berbunga rasa kedamaian
mengembang kelopak kerukunan
berbuah sebuah kebahagiaan
bersatu dua hati menyelusuri arus cinta
belayar ke taman samudera rumahtangga
menggapai keredhaan yang Esa.

CNM, 2/1/11, 9.32 am