Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

30 January, 2011

Aku menulis II

Aku menulis
kerana ingin berbicara
pada alam yang berjasa
memberi nikmat yang tak terhingga
jadikan diriku rasa bangga.

Aku menulis
kerana ingin berkongsi rasa
sesama insan di dunia nyata
saling ingat mengingati pahala dosa
jadikan diriku selalu mentaati yang Esa.

Aku menulis
kerana ingin menyata
rasa syukur pada yang Esa
masih diberi ruang dan masa
mengutip amalan bekalan ke syurga.

CNM, 30/1/11, 10.26 am

No comments:

Post a Comment