Ujian
ukur keimanan
tingkat ketakwaan
buat kita tak keruan
moga kita ada kekuatan
menempuh segala dugaan
berpandu hadis dan al-quran
khazanah agung warisan junjungan.
Pasrah
dalam kehidupan
panjatkan doa kepada Tuhan
moga ditunjukkan jalan kebenaran
moga dianugerahkan nur keimanan
moga dilimpahkan dengan kerahmatan
sentiasalah ucapkan syukur yang berterusan
ke atas segala takdir kita yang telah ditentukan
jadilah kita umat yang memperolehi kemenangan.
Kepayahan
ditempuhi semua insan
tiada yang terlepas dari kepayahan
tinggal lagi kita yang mengatur dan memutuskan
hadapi ketentuan dengan penuh tabah dan kesabaran
kita punyai Tuhan yang sentiasa memberi segala pertolongan
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim
Tuhan semesta alam yang penuh kekuasaan
cukuplah bagi kita hanya kepada DIA tempat memohon perlindungan
Subhanallah, walhamdulillah, Allahuakbar.
CNM, 1/1/11, 11.41 am
Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
20 January, 2011
Ujian, Pasrah, Kepayahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment