Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
28 February, 2011
Takkan mampu sendirian
Kita tidak mampu hidup sendirian
telah ditentukan hidup ini berpasang-pasangan
terimalah seadanya
belajar meredhai ketentuan-Nya
dari situ akan hadir kebahagiaan
jangan dilayan bolak balik hasutan
semuanya menjurus kemusnahan
yang merugikan dalam kesempatan diberi Tuhan.
~CNM, 28/2/11, 19.17 pm~
Ingin jadi seperti bunga
Senja ini
Senja ini redup saja
awan kelabu berarak lesu
hujan malu-malu di celahan awan
pohon-pohon menanti gerimis senja
buat menghilang dahaga seharian
sebelum tiba dingin embun malam
membasahi wajah-wajah gering muka daun
dan esoknya menghijau kembali
memberi manusia udara suci bersih
walau sering diancam kejam.
~CNM, 28/2/11, 18.30 pm~
27 February, 2011
Aku bukan yang terbaik
Aku bukan yang terbaik
namun sentiasa mencuba untuk yang terbaik
melaksanakan tugasan semungkin terbaik
jadi hamba yang berusaha saban waktu mempersembah yang terbaik
moga nanti tergolong dalam kalangan yang terbaik
dan ditadirkan Allah mendapat kurnia-Nya yang sebaik-baik.
~CNM, 27/2/11, 22.03 pm~
namun sentiasa mencuba untuk yang terbaik
melaksanakan tugasan semungkin terbaik
jadi hamba yang berusaha saban waktu mempersembah yang terbaik
moga nanti tergolong dalam kalangan yang terbaik
dan ditadirkan Allah mendapat kurnia-Nya yang sebaik-baik.
~CNM, 27/2/11, 22.03 pm~
Tanka1
Malam sudah bertamu menghimpit senja
angin malam meniup dingin membelai ke pipi
damai hati menyambut sunyi malam
menanti rintik embun meredakan hangat bara mentari
nantinya lena insan dalam rangkulan buah hati.
~CNM, 27/2/11, 21.21 pm~
angin malam meniup dingin membelai ke pipi
damai hati menyambut sunyi malam
menanti rintik embun meredakan hangat bara mentari
nantinya lena insan dalam rangkulan buah hati.
~CNM, 27/2/11, 21.21 pm~
Salam Selamat Pagi
Salam selamat pagi
moga bahagia meniti hari
sunyi subuh menenangkan hati
bangkit sucikan diri
sujudlah kepada Ilahi
panjatkan doa moga dirahmati
dikurniakan kehidupan seceria pelangi
putih bersih kalbu tiada debu menyaluti
damai jiwa dari kekalutan duniawi.
~CNM, 27/2/11, 7.05 am~
moga bahagia meniti hari
sunyi subuh menenangkan hati
bangkit sucikan diri
sujudlah kepada Ilahi
panjatkan doa moga dirahmati
dikurniakan kehidupan seceria pelangi
putih bersih kalbu tiada debu menyaluti
damai jiwa dari kekalutan duniawi.
~CNM, 27/2/11, 7.05 am~
Maaf kawan
Maafkan daku kawan
mataku mohon berehat
katanya ingin bertaut
mengundang mimpi
sementara menanti fajar
dan cahaya mentari pagi
muncul di celahan kabus
menelan embun dingin di hujung dedaunan
mengering basahan rerumput
menghijau memukau mata yang kepingin istirehat.
~CNM, 27/2/11, 00.15 am~
mataku mohon berehat
katanya ingin bertaut
mengundang mimpi
sementara menanti fajar
dan cahaya mentari pagi
muncul di celahan kabus
menelan embun dingin di hujung dedaunan
mengering basahan rerumput
menghijau memukau mata yang kepingin istirehat.
~CNM, 27/2/11, 00.15 am~
26 February, 2011
Kenangan
Kenangan bisa menjeruk rasamu
jangan biar ia bawa kamu ke payungan langit gerhana
kenangan itu sejarah yang mengajar
erti kepedihan
juga mengajar kamu erti rindu
kenangan juga meronakan wajahmu
dengan rona pelangi
juga rona mendung kelabu
semua itu bagai siang dan malam
silih berganti di aturan laluannya
tiada yang kekal
kenangan juga pasti melarut
bersama angin musim baru
terbang ke hujung cakrawala
dan pada saat itu
kenangan terkubur walau sedetik.
~CNM, 18.53pm, 26/2/11~
jangan biar ia bawa kamu ke payungan langit gerhana
kenangan itu sejarah yang mengajar
erti kepedihan
juga mengajar kamu erti rindu
kenangan juga meronakan wajahmu
dengan rona pelangi
juga rona mendung kelabu
semua itu bagai siang dan malam
silih berganti di aturan laluannya
tiada yang kekal
kenangan juga pasti melarut
bersama angin musim baru
terbang ke hujung cakrawala
dan pada saat itu
kenangan terkubur walau sedetik.
~CNM, 18.53pm, 26/2/11~
25 February, 2011
Malam
Malam merangkak tenang
menyaksi ragam insan
yang masih diulit igauan
entah bila akan bersentakan
kembali kepada syariat Tuhan
meninggalkan larangan
mengamalkan suruhan
dan malam tersenyum puas
menanti nur fajar.
~CNM, 25/2/11, 23.10 pm~
menyaksi ragam insan
yang masih diulit igauan
entah bila akan bersentakan
kembali kepada syariat Tuhan
meninggalkan larangan
mengamalkan suruhan
dan malam tersenyum puas
menanti nur fajar.
~CNM, 25/2/11, 23.10 pm~
Cuba Ingat
Cuba ingat ya
dari mana asalnya kita
ke mana kita akan tiba
apa peranan kita sebagai hamba
moga kita tidak alpa
moga kita tidak leka
dalam waktu yang ada
sebelum dijemput tinggalkan alam fana
perbanyakkan saham di sana.
~CNM, 25/2/11, 22.58 pm~
dari mana asalnya kita
ke mana kita akan tiba
apa peranan kita sebagai hamba
moga kita tidak alpa
moga kita tidak leka
dalam waktu yang ada
sebelum dijemput tinggalkan alam fana
perbanyakkan saham di sana.
~CNM, 25/2/11, 22.58 pm~
24 February, 2011
Mata
Jika mata tak sudi lagi melihat
maka pejamlah
biar hati yang melihat
dengan nur anugerah-Nya
lihat sedalam-dalam
selidik ke akar tunjang
moga diketemukan
jawapan
dalam gelita warna
dalam cahaya rasa.
~CNM, 24/2/11, 22.18pm~
maka pejamlah
biar hati yang melihat
dengan nur anugerah-Nya
lihat sedalam-dalam
selidik ke akar tunjang
moga diketemukan
jawapan
dalam gelita warna
dalam cahaya rasa.
~CNM, 24/2/11, 22.18pm~
Kejayaan
Kejayaan tidak datang bergolek
apatah lagi nak melayang hinggap kemari
kitalah yang kena berlari
menerobosi lorong-lorong
mendaki tangga menegak
menuruni lembah curam
merenangi lautan bergelora
demi sebuah kejayaan
dan kejayaan itu
pastikan diredai Tuhan
bukan atas kesengsaraan insan lain.
~CNM, 24/2/11, 21.32 pm~
apatah lagi nak melayang hinggap kemari
kitalah yang kena berlari
menerobosi lorong-lorong
mendaki tangga menegak
menuruni lembah curam
merenangi lautan bergelora
demi sebuah kejayaan
dan kejayaan itu
pastikan diredai Tuhan
bukan atas kesengsaraan insan lain.
~CNM, 24/2/11, 21.32 pm~
Ilmu
Aku mencurahkan ilmu
dan
aku juga terus mencari ilmu
buat menempuh kehidupan
yang semakin dibelit kekalutan
moga kuperolehi ilmu yang bermanafaat
diredai Tuhan
dunia dan akhirat.
~CNM, 24/2/11, 20.15 pm~
dan
aku juga terus mencari ilmu
buat menempuh kehidupan
yang semakin dibelit kekalutan
moga kuperolehi ilmu yang bermanafaat
diredai Tuhan
dunia dan akhirat.
~CNM, 24/2/11, 20.15 pm~
23 February, 2011
Seruan-Nya
Dari kejauhan
kedegaran sayup azan berkumandang
mengalahkan alunan lagu pop popular sezaman
lalu hatiku terdetak
tinggalkanlah ruang ini sejenak
sempurnakan seruan-Nya
kerana tiada yang lebih utama
selain dari panggilan menuju kejayaan
Ya Rabbi
syukur atas kurniaan waktu
untukku mengabdikan diri kepada-Mu.
~CNM, 23/2/11, 20.55 pm~
kedegaran sayup azan berkumandang
mengalahkan alunan lagu pop popular sezaman
lalu hatiku terdetak
tinggalkanlah ruang ini sejenak
sempurnakan seruan-Nya
kerana tiada yang lebih utama
selain dari panggilan menuju kejayaan
Ya Rabbi
syukur atas kurniaan waktu
untukku mengabdikan diri kepada-Mu.
~CNM, 23/2/11, 20.55 pm~
22 February, 2011
Bungaku
Bungaku dibakar mentari
melayu tunduk kekeringan
senja tadi kusirami dengan air pili
moga reda panas kehausan
maafkan aku kerana tidak mampu
memberikan bekalan kedinginan
kerana aku jua dibakar hangat mentari
kucuba berlindung
di bawah rimbunan rahmat Tuhan
agar mampu menjagamu
dari hangat mentari.
~CNM, 22/2/11, 20.50 pm~
melayu tunduk kekeringan
senja tadi kusirami dengan air pili
moga reda panas kehausan
maafkan aku kerana tidak mampu
memberikan bekalan kedinginan
kerana aku jua dibakar hangat mentari
kucuba berlindung
di bawah rimbunan rahmat Tuhan
agar mampu menjagamu
dari hangat mentari.
~CNM, 22/2/11, 20.50 pm~
Senja pergi dalam keterpaksaan
Senja tak ingin berlabuh dalam duka
namun malam seakan lapar menelan
memaksa senja pergi dalam keterpaksaan
begitulah aturan alam
berputar mengikut ketentuan
suka atau tidak
terima seadanya
kerana takdir-Nya
anugerah terbaik.
~CNM, 22/2/11, 18.28 pm~
namun malam seakan lapar menelan
memaksa senja pergi dalam keterpaksaan
begitulah aturan alam
berputar mengikut ketentuan
suka atau tidak
terima seadanya
kerana takdir-Nya
anugerah terbaik.
~CNM, 22/2/11, 18.28 pm~
Saya
Saya akan jadi diri saya
berdiri di atas kaki saya dengan izin-Nya
ingatlah
kebenaran akan menelan kepalsuan
kepalsuan tidak akan menjadi kebenaran
hatta mentari naik di ufuk senja sekalipun
cukup bagi saya
Allah jua tempat memohon perlindungan.
~CNM, 22/2/11, 17.50 pm
berdiri di atas kaki saya dengan izin-Nya
ingatlah
kebenaran akan menelan kepalsuan
kepalsuan tidak akan menjadi kebenaran
hatta mentari naik di ufuk senja sekalipun
cukup bagi saya
Allah jua tempat memohon perlindungan.
~CNM, 22/2/11, 17.50 pm
21 February, 2011
Ya Allah
Ya Rabbi
Ya Rahman
Ya Rahim
lindungilah aku
dari fitnah syaitan yang direjam
jauhkan aku dari kejahatan
tetapkan imanku kepadamu
moga kebaikan ditadirkan untukku.
CNM, 21/2/11, 18.44 pm
Ya Rahman
Ya Rahim
lindungilah aku
dari fitnah syaitan yang direjam
jauhkan aku dari kejahatan
tetapkan imanku kepadamu
moga kebaikan ditadirkan untukku.
CNM, 21/2/11, 18.44 pm
20 February, 2011
Berdosakah aku?
Berdosakah aku?
kerana berbicara
hanya ingin menyata suara rasa
menyampai tanpa bersua
berpesan sesama
untuk kebaikan bersama.
~CNM, 20/2/11, 22.02 pm~
kerana berbicara
hanya ingin menyata suara rasa
menyampai tanpa bersua
berpesan sesama
untuk kebaikan bersama.
~CNM, 20/2/11, 22.02 pm~
Aku ingin jadi..
Aku ingin jadi..
Aku ingin jadi
seperti rerumput di padang
jadi makanan hidupan
bukan jadi duri yang menyucuk luka.
Aku ingin jadi
seperti ombak di pantai
yang memendap pasir putih suci
bukan jadi ombak memendapkan lumpur.
Aku ingin jadi
seperti hujan mencurah air yang menyuburkan
hidupan di bumi tuhan
bukan jadi hujan asid yang membinasakan.
Aku ingin jadi
seperti sungai yang kaya muatan
membentuk delta yang subur
bukan jadi sungai yang melimpahkan banjir.
Aku ingin jadi
seperti bulan purnama
menyinarkan cahaya menerangi kegelapan
bukan jadi bulan yang gerhana.
Aku ingin jadi
seperti mentari
sentiasa menyinari alam semesta
bukan jadi malam yang gelita.
Aku ingin
berbakti kerana-Mu Ya Rabbi
berikan daku kekuatan
menerima tomohan dan cercaan
yang tiada dalam diriku.
~CNM, 20/2/11, 21.26 pm~
Aku ingin jadi
seperti rerumput di padang
jadi makanan hidupan
bukan jadi duri yang menyucuk luka.
Aku ingin jadi
seperti ombak di pantai
yang memendap pasir putih suci
bukan jadi ombak memendapkan lumpur.
Aku ingin jadi
seperti hujan mencurah air yang menyuburkan
hidupan di bumi tuhan
bukan jadi hujan asid yang membinasakan.
Aku ingin jadi
seperti sungai yang kaya muatan
membentuk delta yang subur
bukan jadi sungai yang melimpahkan banjir.
Aku ingin jadi
seperti bulan purnama
menyinarkan cahaya menerangi kegelapan
bukan jadi bulan yang gerhana.
Aku ingin jadi
seperti mentari
sentiasa menyinari alam semesta
bukan jadi malam yang gelita.
Aku ingin
berbakti kerana-Mu Ya Rabbi
berikan daku kekuatan
menerima tomohan dan cercaan
yang tiada dalam diriku.
~CNM, 20/2/11, 21.26 pm~
Mendung akan pergi
Awan hitam yang menyelubungi
mendung kelabu yang membayangi
hujan ribut petir yang melanda
taufan yang membadai
tak akan selamanya kekal
pasti akan tiba
awan sirus bagai kapas mulus memutih
hari yang terang disinari cahaya di celahan kabus pagi
pelangi menyeri mewarnai
mengusir duka
mengejar hampa
ke ufuk
dan semuanya
terbenam bersama cahaya jingga.
~CNM, 20/2/11, 16.11~
mendung kelabu yang membayangi
hujan ribut petir yang melanda
taufan yang membadai
tak akan selamanya kekal
pasti akan tiba
awan sirus bagai kapas mulus memutih
hari yang terang disinari cahaya di celahan kabus pagi
pelangi menyeri mewarnai
mengusir duka
mengejar hampa
ke ufuk
dan semuanya
terbenam bersama cahaya jingga.
~CNM, 20/2/11, 16.11~
19 February, 2011
Kita datang kerana puisi
Kita datang kerana puisi
kita datang bukan untuk menyakiti
hati saudara jangan digurati
tutupkan calar-calar dengan bait puisi
memberi tawa yang dinanti
moga kita senyum di bibir hati
tiada titik kelabu menyemi
jadi barah yang menyakiti
dalam diam yang mati.
CNM, 19/2/11, 19.22 pm
kita datang bukan untuk menyakiti
hati saudara jangan digurati
tutupkan calar-calar dengan bait puisi
memberi tawa yang dinanti
moga kita senyum di bibir hati
tiada titik kelabu menyemi
jadi barah yang menyakiti
dalam diam yang mati.
CNM, 19/2/11, 19.22 pm
Berkaryalah dengan bermaruah
Berkaryalah dengan bermaruah
sampaikan yang mengesan
jadi kita pewaris
menentang kebatilan
menyeru ke arah kebaikan
tunjuk
pandu arah
ke jalan kebenaran
moga kita sama-sama ketemui
jalan pulang yang ditetapkan.
CNM, 18/2/11, 21.15 pm
sampaikan yang mengesan
jadi kita pewaris
menentang kebatilan
menyeru ke arah kebaikan
tunjuk
pandu arah
ke jalan kebenaran
moga kita sama-sama ketemui
jalan pulang yang ditetapkan.
CNM, 18/2/11, 21.15 pm
Aku jadi malas
Aku jadi malas
malas untuk berbicara
tiada telinga ingin mendengar
butir bicara
kerana aku tahu
suaraku tak segagah suaramu
suara kecil dari orang kecil
jadi terlalu seni di mata orang besar
bagai suara anak-anak
dalam percakapan sidang atok-atok.
CNM, 19/2/11, 17.40 pm
malas untuk berbicara
tiada telinga ingin mendengar
butir bicara
kerana aku tahu
suaraku tak segagah suaramu
suara kecil dari orang kecil
jadi terlalu seni di mata orang besar
bagai suara anak-anak
dalam percakapan sidang atok-atok.
CNM, 19/2/11, 17.40 pm
17 February, 2011
Kerana sebaris ayat
Kerana sebaris ayat
yang tak terucapkan
yang tak terdengarkan
jadi sebuah kisah tiga dekad
kisah cinta hampa
terbelenggu berantai di penjara rasa
yang terbina dalam sembunyi
antara kau dan dia
yang menyiksa dua jiwa
tanpa rela
mangsa sebaris ayat.
CNM, 17/2/11, 21.15 pm
yang tak terucapkan
yang tak terdengarkan
jadi sebuah kisah tiga dekad
kisah cinta hampa
terbelenggu berantai di penjara rasa
yang terbina dalam sembunyi
antara kau dan dia
yang menyiksa dua jiwa
tanpa rela
mangsa sebaris ayat.
CNM, 17/2/11, 21.15 pm
16 February, 2011
Ingin pejam
Aku ingin pejam sejenak
agar penat berlalu pergi
larut bersama titis embun
membasahi daun-daun mimpi
dan mimpi menyubur pucuknya
agar dapat aku jadikan ulam cerita
dalam bait puisi yang gerhana.
CNM, 16/2/11, 23.51 pm
agar penat berlalu pergi
larut bersama titis embun
membasahi daun-daun mimpi
dan mimpi menyubur pucuknya
agar dapat aku jadikan ulam cerita
dalam bait puisi yang gerhana.
CNM, 16/2/11, 23.51 pm
Pokok Unggul
Aku suka tengok ini pokok
ini pokok banyak 'steady'
banyak 'steady' sebab dia tumbuh di celahan batu
celahan batu bangunan lama
bagunan lama kat simpang empat balai polis kajang
ini pokok mesti baik punya benih
ke mana jatuh pon boleh hidup.
Jadilah macam ini pokok
ada kekuatan diri, ada ketahanan diri
dalam ruang yang serba kekurangan
mampu hidup segar bugar
mengalahkan pokok di atas bumi
bayangkan kalau ini pokok
tumbuh di atas tanah yang subur
banyak besar looo!!!!
CNM, 16/2/11, 21.05 pm
15 February, 2011
Malam dan siang
Malam dan siang tidak pernah berpisah
namun malam menangisi perginya siang
dan siang merindui perginya malam
apakah petunjuk yang mampu memberi kefahaman?
dalam renunganku
walau serapat mana pun berteman
tiba masanya perpisahan jua melanda
tinggallah kita mengurus diri sendirian.
CNM, 15/2/11, 22.30. pm
namun malam menangisi perginya siang
dan siang merindui perginya malam
apakah petunjuk yang mampu memberi kefahaman?
dalam renunganku
walau serapat mana pun berteman
tiba masanya perpisahan jua melanda
tinggallah kita mengurus diri sendirian.
CNM, 15/2/11, 22.30. pm
Pertanyaan yang kulontarkan
Pertanyaan yang kulontarkan
tidak pernah mencecah garisan jawapan
ia menjunam kembali jatuh ke kepala resah
lantas gundah gulana kian megah bertahta
menunjukkan taring kekuasaan
kepada lemahnya diri
dalam mencari kata pasti
menongkah arus pertanyaan yang tak bertepi.
CNM, 15/2/11, 19.00 pm
tidak pernah mencecah garisan jawapan
ia menjunam kembali jatuh ke kepala resah
lantas gundah gulana kian megah bertahta
menunjukkan taring kekuasaan
kepada lemahnya diri
dalam mencari kata pasti
menongkah arus pertanyaan yang tak bertepi.
CNM, 15/2/11, 19.00 pm
Cinta bersembunyi ke ranjang berapi
~mesterinya cinta tak terungkai dalam hati yang sepi
cinta tersembunyi kerana tidak mengenali sanubari
haruslah mempamir wajah rindu menyemai benih kasih suci
menyubur pucuk asmara memikat mata turun ke dasar hati
lalu cinta yang bersembunyi menyingkap tirai kata pasti
ingin menyatu dalam satu lafaz suci ke ranjang berapi~
CNM, 15/2/11, 17.55 pm
cinta tersembunyi kerana tidak mengenali sanubari
haruslah mempamir wajah rindu menyemai benih kasih suci
menyubur pucuk asmara memikat mata turun ke dasar hati
lalu cinta yang bersembunyi menyingkap tirai kata pasti
ingin menyatu dalam satu lafaz suci ke ranjang berapi~
CNM, 15/2/11, 17.55 pm
Jangan biarkan
Jangan biarkan
jangan biarkan rindu berpeleseran
jangan biarkan kasih bertebaran
jangan biarkan asmara kesunggulan
jangan biarkan impian berseorangan
jangan biarkan harapan kedinginan
jangan biarkan keindahan rasa berantakan
kerana semuanya bisa menelan
cinta yang tersemai di jiwa seorang bernama insan.
CNM, 15/2/11, 17.00 pm
jangan biarkan rindu berpeleseran
jangan biarkan kasih bertebaran
jangan biarkan asmara kesunggulan
jangan biarkan impian berseorangan
jangan biarkan harapan kedinginan
jangan biarkan keindahan rasa berantakan
kerana semuanya bisa menelan
cinta yang tersemai di jiwa seorang bernama insan.
CNM, 15/2/11, 17.00 pm
Kaukah resah?
Kaukah yang bernama resah
lewat waktu-waktu cerah
menusuk di celah-celah
berdegup lelah memerah
keringat yang membasah
tak keruan berhati gundah
lalu turun temurun bermadah
menabirkan seribu wajah
di balik tirai rindu yang membuncah
kelihatan engkau begitu gagah
meredah hutan payah
tanpa kedutan amarah
yang membawa punah
dalam diri kamu yang penuh helah.
CNM, 15/2/11, 16.30 pm
lewat waktu-waktu cerah
menusuk di celah-celah
berdegup lelah memerah
keringat yang membasah
tak keruan berhati gundah
lalu turun temurun bermadah
menabirkan seribu wajah
di balik tirai rindu yang membuncah
kelihatan engkau begitu gagah
meredah hutan payah
tanpa kedutan amarah
yang membawa punah
dalam diri kamu yang penuh helah.
CNM, 15/2/11, 16.30 pm
Kita ada...
Kita ada dua kaki
supaya kita tidak kuat berlari
mengejar yang tak pasti
hanya sekadar buat melangkah seiring ketentuan Ilahi.
Kita ada dua tangan
supaya kita tidak leka menggapai
anganan ilusi yang hadir dalam mimpi
hanya sekadar untuk menadah memohon keampunan Ilahi.
Kita ada dua mata
supaya tidak melihat terlalu banyak kekejaman
yang tak mampu kita selesaikan
hanya sekadar untuk melihat tanda-tanda keagungan Ilahi.
Kita ada dua telinga
supaya tidak terlalu banyak mendengar
godaan dan bisikan yang memperdaya
hanya sekadar untuk mendengar ayat-ayat suci milik Ilahi.
Kita ada satu mulut
supaya tidak terlalu banyak berkata-kata
bicara yang nista bersulam noda
hanya sekadar untuk mengucapkan tiada tuhan melainkan Ya Rabbi.
Kita ada satu nyawa
supaya tidak bermegah-megah melakukan dosa
sering mengingati mati yang pasti
hanya sekadar untuk mengabdi diri kepada Ilahi.
CNM, 15/2/11, 13.13 pm
supaya kita tidak kuat berlari
mengejar yang tak pasti
hanya sekadar buat melangkah seiring ketentuan Ilahi.
Kita ada dua tangan
supaya kita tidak leka menggapai
anganan ilusi yang hadir dalam mimpi
hanya sekadar untuk menadah memohon keampunan Ilahi.
Kita ada dua mata
supaya tidak melihat terlalu banyak kekejaman
yang tak mampu kita selesaikan
hanya sekadar untuk melihat tanda-tanda keagungan Ilahi.
Kita ada dua telinga
supaya tidak terlalu banyak mendengar
godaan dan bisikan yang memperdaya
hanya sekadar untuk mendengar ayat-ayat suci milik Ilahi.
Kita ada satu mulut
supaya tidak terlalu banyak berkata-kata
bicara yang nista bersulam noda
hanya sekadar untuk mengucapkan tiada tuhan melainkan Ya Rabbi.
Kita ada satu nyawa
supaya tidak bermegah-megah melakukan dosa
sering mengingati mati yang pasti
hanya sekadar untuk mengabdi diri kepada Ilahi.
CNM, 15/2/11, 13.13 pm
Airmata tak ingin tumpah lagi
Banyak sudah jerih perihku alami
buat pedoman menjalani hidup yang berbaki
segala kententuan Ilahi
cukup mengajar aku hidup di sini
air mata enggan lagi
membasahi pipi kerana kisah berduri
biar bisanya larut bersama keredaan hati
akan aku simpan yang masih digenangi
buat menangisi agungnya anugerah Firdausi
yang kuidamkan dari-Mu Ya Rabbi.
CNM, 15/2/11, 12.11 pm
buat pedoman menjalani hidup yang berbaki
segala kententuan Ilahi
cukup mengajar aku hidup di sini
air mata enggan lagi
membasahi pipi kerana kisah berduri
biar bisanya larut bersama keredaan hati
akan aku simpan yang masih digenangi
buat menangisi agungnya anugerah Firdausi
yang kuidamkan dari-Mu Ya Rabbi.
CNM, 15/2/11, 12.11 pm
Sinar cinta
~Sinar cinta
tidak pernah ditelan gelita
menyinari dari ufuk ke ufuk sanubari
menghiasi istana kasih
yang dibina dari paduan dua hati
bertaut kejap
tiada tarikh mati~
CNM, 15/2/11, 10.00 am
tidak pernah ditelan gelita
menyinari dari ufuk ke ufuk sanubari
menghiasi istana kasih
yang dibina dari paduan dua hati
bertaut kejap
tiada tarikh mati~
CNM, 15/2/11, 10.00 am
Aku ingin
Aku ingin
Aku ingin terus belari
hingga tiba ke destinasi
namun kakiku tak mampu lagi
memijak tanah yang membenci
akan kemusnahan diri
di tangan-tangan seni tiada berperi.
Aku ingin terus berjalan
hingga tiba ke akhiran
namun kakiku tak mampu bertahan
melangkah dalam pekat kekalutan
kekalutan ciptaan
bangsa yang suka memainkan api dendam.
Aku ingin terus duduk
memerhati dan menilai baik buruk
yang harus dijadikan petunjuk
dalam memupuk
kehidupan yang muluk-muluk
dan dirahmati dari ufuk ke ufuk.
CNM, 15/2/11, 7.57 am
Aku ingin terus belari
hingga tiba ke destinasi
namun kakiku tak mampu lagi
memijak tanah yang membenci
akan kemusnahan diri
di tangan-tangan seni tiada berperi.
Aku ingin terus berjalan
hingga tiba ke akhiran
namun kakiku tak mampu bertahan
melangkah dalam pekat kekalutan
kekalutan ciptaan
bangsa yang suka memainkan api dendam.
Aku ingin terus duduk
memerhati dan menilai baik buruk
yang harus dijadikan petunjuk
dalam memupuk
kehidupan yang muluk-muluk
dan dirahmati dari ufuk ke ufuk.
CNM, 15/2/11, 7.57 am
Alam akur
Alam bagai tunduk akur
tenang sunyi mulus suci
setenang bila menyebut namamu
ucap selawat dan salam
ke atas junjungan besar kekasih Allah
Muhammad Rasulullah
penerang alam kegelapan
dengan cahaya kebenaran
utusan akhir zaman
penyelamat kepada semesta alam.
CNM, 15/2/11, 7.28 am
tenang sunyi mulus suci
setenang bila menyebut namamu
ucap selawat dan salam
ke atas junjungan besar kekasih Allah
Muhammad Rasulullah
penerang alam kegelapan
dengan cahaya kebenaran
utusan akhir zaman
penyelamat kepada semesta alam.
CNM, 15/2/11, 7.28 am
14 February, 2011
Conggak langkah
Hangat senja kian pergi
dingin malam masih hingusan
bulan belum mandikan cahaya
bintang menyiap kerdipan diri
hujan masih merenggek kecil
guruh kian bisu
petir sudah serak suara
dan
aku menconggak langkah
ke gelanggang bola golekku.
CNM, 14/2/11, 19.21 pm
dingin malam masih hingusan
bulan belum mandikan cahaya
bintang menyiap kerdipan diri
hujan masih merenggek kecil
guruh kian bisu
petir sudah serak suara
dan
aku menconggak langkah
ke gelanggang bola golekku.
CNM, 14/2/11, 19.21 pm
Hujan di hujung senja
Hujan bertandang lagi
mencurah basah pohon-pohon gersang
dingin menyesah ke segenap liang
daun melambai dalam kuyup
angin menuip keras
guruh meraung-raung
petir galak menyambar
aku sejuk
aku dambakan kopi hangat
buat menguliti minda
mendodoi jemarian
agar menari rentak hujan
di hujung senja.
CNM, 14/2/11, 19.05 pm
mencurah basah pohon-pohon gersang
dingin menyesah ke segenap liang
daun melambai dalam kuyup
angin menuip keras
guruh meraung-raung
petir galak menyambar
aku sejuk
aku dambakan kopi hangat
buat menguliti minda
mendodoi jemarian
agar menari rentak hujan
di hujung senja.
CNM, 14/2/11, 19.05 pm
13 February, 2011
Rayap
Sejenak tadi
aku merayap dari Bangi ke Serdang
aku lihat langit hitam legam
angkasa kelam
tiada bintang
tiada bulan
di bumi lampu neon terang benderang
kereta lalu lalang
memecut laju ke arah tujuan
sempat aku menekan
beberapa 'capture' yang menawan
aku simpan
nanti aku keluarkan
satu satu satu
buat tatapan
kamu.
CNM, 13/2/11, 21.57 pm
aku merayap dari Bangi ke Serdang
aku lihat langit hitam legam
angkasa kelam
tiada bintang
tiada bulan
di bumi lampu neon terang benderang
kereta lalu lalang
memecut laju ke arah tujuan
sempat aku menekan
beberapa 'capture' yang menawan
aku simpan
nanti aku keluarkan
satu satu satu
buat tatapan
kamu.
CNM, 13/2/11, 21.57 pm
Dambaan pilu
Dambaan pilu
menusuk-nusuk kalbu
sukarnya menyatakan hasratmu
membimbangi kasih tak bertamu
kata sendu yang mendayu
hanya menghayutkan rindu pada rakusnya angin lalu
diterbang ke angkasa raya lenyap bersama kerdip bintang beribu
aduhai pencinta dalam rindu
gagahkan langkah membisik ke telinga sang ratu
agar naluri kecintaannya melutut sendu
memohon cintanya disatukan bersama cintamu
di ranjang baldu kelelakianmu.
CNM, 13/2/11, 20.45 pm
menusuk-nusuk kalbu
sukarnya menyatakan hasratmu
membimbangi kasih tak bertamu
kata sendu yang mendayu
hanya menghayutkan rindu pada rakusnya angin lalu
diterbang ke angkasa raya lenyap bersama kerdip bintang beribu
aduhai pencinta dalam rindu
gagahkan langkah membisik ke telinga sang ratu
agar naluri kecintaannya melutut sendu
memohon cintanya disatukan bersama cintamu
di ranjang baldu kelelakianmu.
CNM, 13/2/11, 20.45 pm
Rangkullah
~rangkullah kasihmu
sedalam pandangan mata
agar kasihmu bisa rasa terbela
mempamirkan rindu lewat musim-musim sepi
yang menyelubungi kala resah membuncah
lantas mata lirih menunduk ke rimbunan kasihmu~
CNM, 13/2/11, 17.00 pm
sedalam pandangan mata
agar kasihmu bisa rasa terbela
mempamirkan rindu lewat musim-musim sepi
yang menyelubungi kala resah membuncah
lantas mata lirih menunduk ke rimbunan kasihmu~
CNM, 13/2/11, 17.00 pm
Jangan biarkan rindu
~jangan biarkan rindu meluka kamu
jadikan rindu detik indah
menghiasi malam-malam sepimu
agar kasihmu kekal hidup
menyemarak ke tangkai cinta sejati
mengharum kelopaknya sewangi mawar kasih
lantas wangiannya diterbang angin
menyelubungi kamar cinta kasihmu~
CNM, 13/2/11, 12.15 pm
jadikan rindu detik indah
menghiasi malam-malam sepimu
agar kasihmu kekal hidup
menyemarak ke tangkai cinta sejati
mengharum kelopaknya sewangi mawar kasih
lantas wangiannya diterbang angin
menyelubungi kamar cinta kasihmu~
CNM, 13/2/11, 12.15 pm
Sempena hari lahirmu
Ya Rasulullah
engkaulah utusan Tuhanku
hadirmu menyinari seluruh pelusuk alam
sinar kebenaran yang engkau bawakan
contoh terbaik yang engkau tauladankan
syafaatmu jadi dambaan
selawat dan salam ke atasmu
aku bangga jadi umatmu
aku bersyukur lahir selepas kelahiranmu
kerana besarnya rahmat namamu.
CNM, 13/2/11, 11.15 am
engkaulah utusan Tuhanku
hadirmu menyinari seluruh pelusuk alam
sinar kebenaran yang engkau bawakan
contoh terbaik yang engkau tauladankan
syafaatmu jadi dambaan
selawat dan salam ke atasmu
aku bangga jadi umatmu
aku bersyukur lahir selepas kelahiranmu
kerana besarnya rahmat namamu.
CNM, 13/2/11, 11.15 am
Kerana cintaku
kerana cintaku kepada-Mu Ya Rabbi
kupanjatkan doa-doa
moga hatiku tidak terpesong
dari beriktikad;
Kaulah Tuhan Yang Satu
Rasulullah itu persuruh-Mu
syariat-Mu jalan lurus yang perlu kulalui.
kerana cintaku kepadamu Ayah-Bonda
kukirimkan doa-doa
moga kamu dirahmati Ilahi
hadir nanti bersih suci
tergolong dalam golongan diredai
ditakdirkan ke Firdausi.
kerana cintaku kepadamu Sayang
kuserahkan jiwa raga
moga kasihku takkan hilang
kekal bersemi ke hujung nyawa
mendamaikan hatimu dengan tenang
mengusir duka lara.
kerana cintaku kepadamu aimran:azahara
kukorbankan masa
melayan apa jua
moga kasih abah membahagia
kamu berdua
meniti alam dewasa.
kerana cintaku pada diri
kumengabdi kepada Ilahi
menumpang kasih kepada isteri
mencurah bakti kepada zuriat sendiri
moga nanti tiada sesalan menghantui
sepanjang usia ini.
CNM, 13/2/11, 10.30 am
kupanjatkan doa-doa
moga hatiku tidak terpesong
dari beriktikad;
Kaulah Tuhan Yang Satu
Rasulullah itu persuruh-Mu
syariat-Mu jalan lurus yang perlu kulalui.
kerana cintaku kepadamu Ayah-Bonda
kukirimkan doa-doa
moga kamu dirahmati Ilahi
hadir nanti bersih suci
tergolong dalam golongan diredai
ditakdirkan ke Firdausi.
kerana cintaku kepadamu Sayang
kuserahkan jiwa raga
moga kasihku takkan hilang
kekal bersemi ke hujung nyawa
mendamaikan hatimu dengan tenang
mengusir duka lara.
kerana cintaku kepadamu aimran:azahara
kukorbankan masa
melayan apa jua
moga kasih abah membahagia
kamu berdua
meniti alam dewasa.
kerana cintaku pada diri
kumengabdi kepada Ilahi
menumpang kasih kepada isteri
mencurah bakti kepada zuriat sendiri
moga nanti tiada sesalan menghantui
sepanjang usia ini.
CNM, 13/2/11, 10.30 am
Cinta Mama
Mama satu nama
tiada tandingan selamanya
cinta mama, cinta yang kekal selama
kasih yang membawa ke syurga
dialah yang merestui hidup kita
tiada pernah melupa
mendoa kepada yang Esa
anak-anak bahagia
dari kecik tapak kaki hingga ke hujung nyawa
mama cintaku kepadamu kekal membara
moga ketemu di syurga
Al-fatihah Mama.
CNM, 13/2/11, 8.57 am
tiada tandingan selamanya
cinta mama, cinta yang kekal selama
kasih yang membawa ke syurga
dialah yang merestui hidup kita
tiada pernah melupa
mendoa kepada yang Esa
anak-anak bahagia
dari kecik tapak kaki hingga ke hujung nyawa
mama cintaku kepadamu kekal membara
moga ketemu di syurga
Al-fatihah Mama.
CNM, 13/2/11, 8.57 am
Nyatakan cinta kasih sayangmu
Hari ini dan esok,
puisikan,
tema kasih sayang,
cinta sesama,
cinta pada Ilahi,
nyatakan kawan,
nyatakan rasa cintamu,
suarakan rasa kasihmu,
titipkan kata pengharapanmu,
agar didengari,
maka cinta kasih sayang itu berbalas,
dalam dulang-dulang kasih sejati,
yang diredai Ilahi.
CNM, 13/2/11, 8.50 am
puisikan,
tema kasih sayang,
cinta sesama,
cinta pada Ilahi,
nyatakan kawan,
nyatakan rasa cintamu,
suarakan rasa kasihmu,
titipkan kata pengharapanmu,
agar didengari,
maka cinta kasih sayang itu berbalas,
dalam dulang-dulang kasih sejati,
yang diredai Ilahi.
CNM, 13/2/11, 8.50 am
Pagi-pagi begini
Dingin masih menyelimuti
ketenangan terindah di pagi hari
alam belum menyapa diri
sepi murni
tiada kelibat unggas menyanyi
si murai belum lagi berdendang membelah sunyi
membawa khabar dari Ilahi
saya yakin dan pasti
si murai membawa berita suci
rahmat dari Allah tak terperi
biasakan mengucap syukur di hati
menghargai rezeki yang dilimpahi.
CNM, 13/2/11, 7.34 am
ketenangan terindah di pagi hari
alam belum menyapa diri
sepi murni
tiada kelibat unggas menyanyi
si murai belum lagi berdendang membelah sunyi
membawa khabar dari Ilahi
saya yakin dan pasti
si murai membawa berita suci
rahmat dari Allah tak terperi
biasakan mengucap syukur di hati
menghargai rezeki yang dilimpahi.
CNM, 13/2/11, 7.34 am
Subuh yang hening
Damai
hati tenang
syukur
kepada Ya Rabb
memberi kesempatan
menyuci diri sujud kepada-Mu
kurniakanlah kebaikan dunia dan akhirat
kepada keluargaku
juga seluruh muslimin muslimat.
CNM, 13/2/11
hati tenang
syukur
kepada Ya Rabb
memberi kesempatan
menyuci diri sujud kepada-Mu
kurniakanlah kebaikan dunia dan akhirat
kepada keluargaku
juga seluruh muslimin muslimat.
CNM, 13/2/11
12 February, 2011
Setiamu kutahtakan
Hujan mencurah resah
Hujan mencurah resah
menitis dengan tak kenal lelah
membawa khabar ke bumi Allah
bersama pekikan petir yang mencelah
khabar yang pelu diendah
saya renungkan larian arus yang gagah
titis yang menyatu menuju lembah
aturan alam yang begitu indah
teratur melengkapi edaran kisah
hidup yang perlukan arah
arah kepada keredaan Allah.
CNM, 12/2/11, 18.13 pm
menitis dengan tak kenal lelah
membawa khabar ke bumi Allah
bersama pekikan petir yang mencelah
khabar yang pelu diendah
saya renungkan larian arus yang gagah
titis yang menyatu menuju lembah
aturan alam yang begitu indah
teratur melengkapi edaran kisah
hidup yang perlukan arah
arah kepada keredaan Allah.
CNM, 12/2/11, 18.13 pm
Hujan menyanyi
Lewat petang ini - hujan menyanyi lagi
lagu irama kepiluan - pilu akan alpanya insan
leka dalam kepalsuan - kepalsuan tipu daya syaitan
gagal mengenali intan - memilih kaca berdebu
hujan membasuhi sisa daki - daki noda insani
agar bumi suci - suci dari kemurkaan Ilahi.
CNM, 12/2/11, 17.15 pm
lagu irama kepiluan - pilu akan alpanya insan
leka dalam kepalsuan - kepalsuan tipu daya syaitan
gagal mengenali intan - memilih kaca berdebu
hujan membasuhi sisa daki - daki noda insani
agar bumi suci - suci dari kemurkaan Ilahi.
CNM, 12/2/11, 17.15 pm
Wilayah kepiluan
~wilayah kepiluan itu
gedung kenangan lalu
pada malam-malam syahdu
saat memadu kasih bersama ratu
seakan dunia milikmu selamanya
namun hanya dalam mimpi duka
yang merobek rasa kala terjaga
ianya akan tetap dirindu
kerana saat itu
hati berbunga rindu~
CNM, 12/2/11, 16.20 pm
gedung kenangan lalu
pada malam-malam syahdu
saat memadu kasih bersama ratu
seakan dunia milikmu selamanya
namun hanya dalam mimpi duka
yang merobek rasa kala terjaga
ianya akan tetap dirindu
kerana saat itu
hati berbunga rindu~
CNM, 12/2/11, 16.20 pm
Bujangku
Saya tadi terlena
kedinginan lantai mengajak saya berlama di pembaringan
terasa rayapan jemarian memicit lembut di belakang
seperti lembut angin meniupkan hangat udara
lalu aku terjaga
rupanya si bujangku rajin mengurut
mungkin barangkali dalam benaknya
abahku kepenatan
terima kasih sayang
kerana usapanmu membahagia abah.
CNM, 12/2/11, 15.27 pm
kedinginan lantai mengajak saya berlama di pembaringan
terasa rayapan jemarian memicit lembut di belakang
seperti lembut angin meniupkan hangat udara
lalu aku terjaga
rupanya si bujangku rajin mengurut
mungkin barangkali dalam benaknya
abahku kepenatan
terima kasih sayang
kerana usapanmu membahagia abah.
CNM, 12/2/11, 15.27 pm
Wilayah rindu
~dalam wilayah rindu
angin membawa pesan
pesan rindu serindu rindunya
diterbang angin ke telinga kasihnya
lalu berdebungaan spora cinta
pada kuntuman rindu itu~
CNM, 12/2/11, 11.50 am
angin membawa pesan
pesan rindu serindu rindunya
diterbang angin ke telinga kasihnya
lalu berdebungaan spora cinta
pada kuntuman rindu itu~
CNM, 12/2/11, 11.50 am
Sunyi malam
~sunyi malam
berdakapan bersama gelitanya
jadi saksi
hati yang merindu
menunggu dengan tabah
di ranjang sepi~
CNM, 12/2/11, 11.50 am
berdakapan bersama gelitanya
jadi saksi
hati yang merindu
menunggu dengan tabah
di ranjang sepi~
CNM, 12/2/11, 11.50 am
Hari ni tajuk angin kah?
puisikan angin
jaga-jaga dengan angin
jika badan penuh angin
kepala jadi pusing
perut juga menolak angin
lalu menderu bunyi disulam haruman.
angin taufan
dituip kencang
keranamu mentari
menyinarkan bahangan suria
membezakan tekanan udara
kecondongan tekanan
memaksa angin bergerak dengan gegas
gegas yang membinasakan laluannya.
angin tak nampak
tapi ada
satu tanda
kewujudan yang Esa
tak nampak tapi ada
mengurniakan kita
kehidupan yang percuma
Alhamdullilah syukur.
CNM, 12/2/11, 10.30 am
jaga-jaga dengan angin
jika badan penuh angin
kepala jadi pusing
perut juga menolak angin
lalu menderu bunyi disulam haruman.
angin taufan
dituip kencang
keranamu mentari
menyinarkan bahangan suria
membezakan tekanan udara
kecondongan tekanan
memaksa angin bergerak dengan gegas
gegas yang membinasakan laluannya.
angin tak nampak
tapi ada
satu tanda
kewujudan yang Esa
tak nampak tapi ada
mengurniakan kita
kehidupan yang percuma
Alhamdullilah syukur.
CNM, 12/2/11, 10.30 am
Angin yang mati
Tidak bererti
kaku dan menyepi
tidak disedari berhenti
menggerak udara suci
mendingin alam ini
dari kepanasan kelibatan tangan insani
gelojoh dan rakus memperkosa murninya kurniaan Ilahi
angin pun jadi tidak sudi
meniup bayu menyejuk hati
merajuk mendiam diri
hilang seri
warga bumi.
CNM, 12/2/11, 9.40 am
kaku dan menyepi
tidak disedari berhenti
menggerak udara suci
mendingin alam ini
dari kepanasan kelibatan tangan insani
gelojoh dan rakus memperkosa murninya kurniaan Ilahi
angin pun jadi tidak sudi
meniup bayu menyejuk hati
merajuk mendiam diri
hilang seri
warga bumi.
CNM, 12/2/11, 9.40 am
11 February, 2011
Aku di sini
Aku di sini
lari dari dingin hujan
menyerap hangat neon mengusir ketar
terjelepok di sofa gebu baru
menghirup secawan kopi panas
disulam biskut empat bucu
menikmati astro movie di channel 105
menemani ratuku mengemas kini shop onlinenya
sedang sibujangku lena dibuai mimpi
kepenatan beraksi menhayun bola golek 11 lbsnya
dan hujan masih rintik
menghambat dingin bertandang
ke teratak mindaku.
CNM, 11/2/11, 22.45 pm
lari dari dingin hujan
menyerap hangat neon mengusir ketar
terjelepok di sofa gebu baru
menghirup secawan kopi panas
disulam biskut empat bucu
menikmati astro movie di channel 105
menemani ratuku mengemas kini shop onlinenya
sedang sibujangku lena dibuai mimpi
kepenatan beraksi menhayun bola golek 11 lbsnya
dan hujan masih rintik
menghambat dingin bertandang
ke teratak mindaku.
CNM, 11/2/11, 22.45 pm
10 February, 2011
Unggun api
Unggun api
sumber cahaya cinta
panas membara
membakar gelojak jiwa
mengoda naluri asmara
antara uda dan dara
jika tiada iman di dada
cinta tersungkur di kaki noda
CNM, 10/2/11, 21.22 pm
sumber cahaya cinta
panas membara
membakar gelojak jiwa
mengoda naluri asmara
antara uda dan dara
jika tiada iman di dada
cinta tersungkur di kaki noda
CNM, 10/2/11, 21.22 pm
Bulan sayu
Malam ini aku lihat
hanya bulan menyuluh awan
tirai-tirai kabus beralun menutupi mulus
cahaya mencelah turun ke kaki malam
sinarnya tetap pegun dari kejauhan
memberi harapan kepada makhluk malam
keluar mencari sesuapan
mengalas lapar sementara fajar menyinsing
pada subuh dingin yang bergegas pergi.
CNM, 10/2/11, 21.30 pm
Kulat Pusu
Tumbuh selepas hujan
dalam semak tepi hutan
keliling pusu tumbuh beceracakan
kutip buat makan malam
rezeki dari Tuhan
banyak khasiat untuk badan
makanlah jangan lupa ucap kesyukuran.
CNM, 10/2/11, 18.00 pm
dalam semak tepi hutan
keliling pusu tumbuh beceracakan
kutip buat makan malam
rezeki dari Tuhan
banyak khasiat untuk badan
makanlah jangan lupa ucap kesyukuran.
CNM, 10/2/11, 18.00 pm
Cinta bertasbih
Cinta bertasbih
di atas sejadah mewangi
mengalunkan ayat-ayat suci
memuji kebesaran Ilahi
atas kurniaan cinta sejati
kekal bersemi ke alam abadi
kekal bahagia ke dalam Firdausi.
CNM, 10/2/11, 10.00 a.m
di atas sejadah mewangi
mengalunkan ayat-ayat suci
memuji kebesaran Ilahi
atas kurniaan cinta sejati
kekal bersemi ke alam abadi
kekal bahagia ke dalam Firdausi.
CNM, 10/2/11, 10.00 a.m
Andai tanganku mampu
Andai tanganku mampu
menggapai ke pelantar langit
akan kugantungkan tirai sutera
agar cahaya gerhana
terpantul ke langit ke tujuh
dan yang membayangi cuma
bayangan keredupan rahmat Ilahi.
Andai tanganku mampu
mencapai ke puncak awan
akan kugantungkan payung pusaka
agar hujan duka
menghujani ke kaki langit ke tujuh
dan yang mencurah cuma
airmata keinsafan kepada Ilahi.
Andai tanganku mampu
memegang jalur-jalur pelangi
akanku ikat ke kaki gunung
agar pelangi kekal
mewarnai ke pelusuk alam
dan yang kelihatan cuma
sinar wajah dari nur Ilahi.
CNM, 10/2/11, 9.46 am.
menggapai ke pelantar langit
akan kugantungkan tirai sutera
agar cahaya gerhana
terpantul ke langit ke tujuh
dan yang membayangi cuma
bayangan keredupan rahmat Ilahi.
Andai tanganku mampu
mencapai ke puncak awan
akan kugantungkan payung pusaka
agar hujan duka
menghujani ke kaki langit ke tujuh
dan yang mencurah cuma
airmata keinsafan kepada Ilahi.
Andai tanganku mampu
memegang jalur-jalur pelangi
akanku ikat ke kaki gunung
agar pelangi kekal
mewarnai ke pelusuk alam
dan yang kelihatan cuma
sinar wajah dari nur Ilahi.
CNM, 10/2/11, 9.46 am.
09 February, 2011
Aku berlari lagi
Mengejar bayanganmu di celahan pelangi
hadirnya dalam waktu yang tak pasti
kakiku tak mampu lagi
membuka langkah sederas pelangi pergi
tinggal aku lelah di tepian kali
mengintai bayanganmu pada riak-riak air kali
titis embun yang memercik
memusnahkan penyatuan wajahku dan bayangmu
di cermin muka air
dalam keterpaksaan aku berlari lagi
mengejar bayanganmu di celahan pelangi.
CNM, 9/2/11, 22.15 pm
hadirnya dalam waktu yang tak pasti
kakiku tak mampu lagi
membuka langkah sederas pelangi pergi
tinggal aku lelah di tepian kali
mengintai bayanganmu pada riak-riak air kali
titis embun yang memercik
memusnahkan penyatuan wajahku dan bayangmu
di cermin muka air
dalam keterpaksaan aku berlari lagi
mengejar bayanganmu di celahan pelangi.
CNM, 9/2/11, 22.15 pm
Sudut berkarya
Mimpi dalam mimpi
Kala lena aku bermimpi
mimpikan aku bermimpi
bermimpi melihat kau bermimpi
kau mimpikan apa yang diimpikan
apa yang kau impikan bermimpikan aku
mimpi kau bermimpikan aku hadir dalam mimpiku
dan mimpi itu hadir dalam mimpi cuma.
CNM, 9/2/11, 18.05 pm
mimpikan aku bermimpi
bermimpi melihat kau bermimpi
kau mimpikan apa yang diimpikan
apa yang kau impikan bermimpikan aku
mimpi kau bermimpikan aku hadir dalam mimpiku
dan mimpi itu hadir dalam mimpi cuma.
CNM, 9/2/11, 18.05 pm
08 February, 2011
Mimpi bertamu
Mimpi bertamu
Malam yang panjang
mimpi datang mengintai dan bertamu
indah menguja deria lelakiku
malam jadi singkat
dengan tabir cerita
lelah mengejar cinta
di alunan angin pergunungan
turun ke lembah dugaan
menyentak sedar lenaku
di dada mimpi yang mengulit sepi.
CNM, 8/2/11, 23.11
Malam yang panjang
mimpi datang mengintai dan bertamu
indah menguja deria lelakiku
malam jadi singkat
dengan tabir cerita
lelah mengejar cinta
di alunan angin pergunungan
turun ke lembah dugaan
menyentak sedar lenaku
di dada mimpi yang mengulit sepi.
CNM, 8/2/11, 23.11
Penjahit kasut
Aku lihat
terbongkok ia di kerusi kontot
di sudut kaki lima yang comot
jari jemari lingat mencecah menjerut
memperbaiki pecahnya kasut
berapalah rezeki yang memaut
namun tabahnya tiada kerut
buat mengisi tali-tali perut
yang mungkin mengikat perut
menanti pulangnya penjahit kasut
membawa alas perut
melepas dahaga sehari suntuk
dari rezeki di tapak kasut.
CNM, 8/2/11, 21.10 pm
terbongkok ia di kerusi kontot
di sudut kaki lima yang comot
jari jemari lingat mencecah menjerut
memperbaiki pecahnya kasut
berapalah rezeki yang memaut
namun tabahnya tiada kerut
buat mengisi tali-tali perut
yang mungkin mengikat perut
menanti pulangnya penjahit kasut
membawa alas perut
melepas dahaga sehari suntuk
dari rezeki di tapak kasut.
CNM, 8/2/11, 21.10 pm
Bara di jiwa
Andai ada bara di dalam jiwa,
sirami air mandian pertama ke dada resah itu,
agar berguguran angkoh si pongah,
melarut ke lembah,
memejal jadi batu tanda,
kembalinya kesedaran,
ke tahta keinsafan,
di bawah rimbunan,
pohon keampunan,
Ilahi.
CNM, 8/2/11, 20.45 pm
sirami air mandian pertama ke dada resah itu,
agar berguguran angkoh si pongah,
melarut ke lembah,
memejal jadi batu tanda,
kembalinya kesedaran,
ke tahta keinsafan,
di bawah rimbunan,
pohon keampunan,
Ilahi.
CNM, 8/2/11, 20.45 pm
Cinta Plastik
Cinta meterialistik
tertarik kepada kosmetik
buat pembedahan plastik
belanja ribuan ringgit
agar nampak cantik
sanggup menahan sakit
demi menawar cinta plastik.
CNM, 8/2/11, 16.05 pm
tertarik kepada kosmetik
buat pembedahan plastik
belanja ribuan ringgit
agar nampak cantik
sanggup menahan sakit
demi menawar cinta plastik.
CNM, 8/2/11, 16.05 pm
Aku bukan aku
Aku bukan aku
jika tidak mengaku Tuhan hanya satu
tanpa kelu tanpa ragu
Allah tuhan yang satu
Muhammad kekasih-Mu
akur dengan ketentuan-Mu
ikuti jalan selari ke bawah payung keredaan-Mu
moga nanti hadirnya aku
suci sesuci salju
pada hari penentu
segala amalan makhluk-Mu.
CNM, 8/2/11, 15.32 PM
06 February, 2011
Kerana aku ada kamu
Dalam puisiku ada kamu
dalam mimpiku ada kamu
dalam jagaku ada kamu
dalam rinduku ada kamu
dalam angananku ada kamu
semuanya ada kamu
kerana aku ada kamu.
CNM, 6/2/11, 21.57 pm
dalam mimpiku ada kamu
dalam jagaku ada kamu
dalam rinduku ada kamu
dalam angananku ada kamu
semuanya ada kamu
kerana aku ada kamu.
CNM, 6/2/11, 21.57 pm
Mengecewakan bila..
Bicara hanya pemanis kata
tingkahlaku hanya memperdaya jiwa
janji hanya untuk menagih setia
senyum hanya di bibir
mendengar hanya di kuping
melihat hanya di mata
semuanya hanya dusta
hidup dalam pura-pura
mengumpul dosa
malang hidup sia-sia
dimurka.
CNM, 6/2/11, 11.30 am
Kesilapan itu guru
jangan takut kepada kesilapan
kerana ia guru yang paling berharga
dari kesilapan kita bina
kekuatan memperbetulkan diri sendiri
belajar mencari kekuatan diri
belajar melihat kelemahan diri
mengambil kesempatan atas peluang di keliling
mengatasi halangan yang dikenal pasti
belajarlah dari kesilapan
untuk memajukan diri.
CNM, 6/2/11, 10.20 am
kerana ia guru yang paling berharga
dari kesilapan kita bina
kekuatan memperbetulkan diri sendiri
belajar mencari kekuatan diri
belajar melihat kelemahan diri
mengambil kesempatan atas peluang di keliling
mengatasi halangan yang dikenal pasti
belajarlah dari kesilapan
untuk memajukan diri.
CNM, 6/2/11, 10.20 am
05 February, 2011
Kata pada hati
Katakan pada hati
sesungguh tiada dua tiada tiga
hanya Dia Tuhan yang satu
Tuhan semesta alam
Yang tidak pernah tidur
tidak pernah gagal sekalipun
mencatat segala tingkah laku
andai kebaikan yang diusahakan
tak terpadam kebaikan itu dalam catatan-Nya
andai kejahatan yang dikerjakan
ada kemungkinan ia terpadam dalam catatan-Nya
dengan taubat yang bersungguh-sungguh
InsyaAllah diampunkan-Nya.
CNM, 5/2/11, 20.40 pm
sesungguh tiada dua tiada tiga
hanya Dia Tuhan yang satu
Tuhan semesta alam
Yang tidak pernah tidur
tidak pernah gagal sekalipun
mencatat segala tingkah laku
andai kebaikan yang diusahakan
tak terpadam kebaikan itu dalam catatan-Nya
andai kejahatan yang dikerjakan
ada kemungkinan ia terpadam dalam catatan-Nya
dengan taubat yang bersungguh-sungguh
InsyaAllah diampunkan-Nya.
CNM, 5/2/11, 20.40 pm
Kesucian dibaluti
Sucikan hatimu
dengan lafaz-lafaz indah
terkikir titik suram di kalbu
memutih jiwa
diwarnai warna-warna pelangi
terikat mata pesona citra
pada kesucian yang dibaluti
keimanan dan takwa diri.
CNM, 5/2/11, 13.35 pm
dengan lafaz-lafaz indah
terkikir titik suram di kalbu
memutih jiwa
diwarnai warna-warna pelangi
terikat mata pesona citra
pada kesucian yang dibaluti
keimanan dan takwa diri.
CNM, 5/2/11, 13.35 pm
Merimbun rindu di bayangan kasih
Pohon cinta yang kau semaikan
berpucuk tunas kata sayang
merimbun rindu segunung harapan
pada bayangan kasih yang kau curahkan
terima kasih sayang
aku yang kau tahtakan
dalam istana cintamu
kurniaan Ilahi.
CNM, 5/2/11, 12.52 pm
Makmurkan hati sesama
andai ingin bahagia
makmurkan hati sesama
bila hati-hati di sekeliling bahagia
bertamulah sejahtera
indah persaudaraan kita
terjalin dalam ruang maya
walau tidak bersua
rasa kasih menebal di dada
berbunga rasa ceria.
CNM, 5/2/11, 11.00 am
Jalan yang kau pilih
Apakah jalan yang kau pilih?
jangan dirintih
jika datangnya sedih
hidup dalam jerih
kau yang pilih
moga jalanmu jalan terpilih
diredai Ilahi buat yang terpilih.
CNM, 5/2/11, 10.18 am
jangan dirintih
jika datangnya sedih
hidup dalam jerih
kau yang pilih
moga jalanmu jalan terpilih
diredai Ilahi buat yang terpilih.
CNM, 5/2/11, 10.18 am
Semua bisa di'sattle'kan
Bertenang
semuanya bisa di'sattle'kan
jangan lupa kita ada Tuhan.sujudlah kepada-Nya
kerana saat itu
kita paling hampir dengan-Nya
mohonlah kerana tiada lain
selain diperkenankan doa mukmin
InsyaAllah.
CNM, 5/2/11, 9.55 am
Dingin subuh
Dingin subuh
tidak bisa menghalang
aku bangkit menyahut
seruan azan mengapai kejayaan
perintah Tuhan
amat malang
insan-insan lena
dibuai mimpi syaitan
gagal menyuci diri
sujud kepada pemberi rezeki.
CNM, 5/2/11, 8.55 am
tidak bisa menghalang
aku bangkit menyahut
seruan azan mengapai kejayaan
perintah Tuhan
amat malang
insan-insan lena
dibuai mimpi syaitan
gagal menyuci diri
sujud kepada pemberi rezeki.
CNM, 5/2/11, 8.55 am
Mahu dimanja
Seringkali ia mahu dimanja
tiada bicara disuara
aku sendiri yang peka
hebat khidmatnya aku suka
tidak pernah merunggut mahu pun celika
sentiasa ada bila-bila masa
damai hatiku bila bersamanya
saban waktu menungguku dengan setia
walau kadang-kadang aku lupa ada dia
oit dasyaat , aku lupa..
namun aku sentiasa
berikan apa yang diminta
agar kesetiaannya terjaga
tidak meragam bila waktu kuperlukannya
terima kasih keretaku
aku menyayangimu.
CNM, 5/2/11, 8.04 am
Cahaya duka
Kemilauan cahaya duka
Menerobosi bola mata cinta
Kabur pandangan membutakan rasa
Hanyut bersama gelora jiwa
Gagal menaksir intan atau permata
Menyerah raga tanpa usul periksa
Diperdaya buaya cinta
Merana hingga tua.
CNM, 4/2/11, 18.46 pm
Hujan bawalah pergi
Hujan bercucuran
bersuara garang di seloran atap
membasahi gersangan hangat mentari
daun-daun tunduk kedinginan
menanti senja berlabuh
menyambut tiba sunyi malam
hujan bawa bersamanya bara hati yang luka
menghambat mimpi ngeri
agar jangan datang lagi
dalam tidur atau dalam jaga.
CNM, 4/2/11, 18.37 pm
04 February, 2011
Keluh Kesah
Keluh kesah kerana cinta
tak berbaloi air mata bercucuran ke dada
kerana sebutir cinta dusta
berduka sehingga merobek jiwa
bukalah pandangan pada luasnya alam cinta
pasti ada yang menanti sudi setia
bukakan pintu hati yang gerhana
agar ditiup angin perginya sengsara
ke hujung dunia
kembali berpucuk bahagia
meniti hari dalam sejahtera
bertemu cinta setia.
CNM, 4/1/11, 17.28pm
tak berbaloi air mata bercucuran ke dada
kerana sebutir cinta dusta
berduka sehingga merobek jiwa
bukalah pandangan pada luasnya alam cinta
pasti ada yang menanti sudi setia
bukakan pintu hati yang gerhana
agar ditiup angin perginya sengsara
ke hujung dunia
kembali berpucuk bahagia
meniti hari dalam sejahtera
bertemu cinta setia.
CNM, 4/1/11, 17.28pm
03 February, 2011
02 February, 2011
Cinta dan airmata
Adalah teman setia
Sukar dipisahkan mangsa cinta
Bergenang di kelopak duka
Berderai menangisi cinta dusta
Menitis ke pipi sengsara
Melekit di belahan jantung kecewa.
Panjatkan doa
Moga racun cinta
Larut bersama guguran airmata
Dienapkan ke pusara jiwa
Terkubur jadi sejarah cinta dusta
Jadi baja menunaskan pucuk ria
Mengalir airmata cinta bahagia.
CNM, 2/2/11, 22.01 pm
Sukar dipisahkan mangsa cinta
Bergenang di kelopak duka
Berderai menangisi cinta dusta
Menitis ke pipi sengsara
Melekit di belahan jantung kecewa.
Panjatkan doa
Moga racun cinta
Larut bersama guguran airmata
Dienapkan ke pusara jiwa
Terkubur jadi sejarah cinta dusta
Jadi baja menunaskan pucuk ria
Mengalir airmata cinta bahagia.
CNM, 2/2/11, 22.01 pm
Kedai Kopi
~kedai kopi,
tempat mesyuarat persatuan tiada ahli,
semua orang libat diri,
bincang isu sana sini,
perut keroncong balik cari masakan bini,
esok bertandang lagi,
begitulah saban hari,
selagi tak mati~
CNM, 2/2/11, 8.00 am
semua orang libat diri,
bincang isu sana sini,
perut keroncong balik cari masakan bini,
esok bertandang lagi,
begitulah saban hari,
selagi tak mati~
CNM, 2/2/11, 8.00 am
Barah-barah Cinta
Kata janji yang didusta
menimbulkan syak wasangka
timbul rasa curiga
hinggap cemburu buta
jadi barah cinta.
Gagal menerima seadanya
selalu komplen sini sana
timbul rasa dihina
membara dendam di jiwa
jadi barah cinta.
Suka pasang dua
menunggu di sini menanti di sana
timbul rasa dimainkan saja
lalu hati kecewa
jadi barah cinta.
Beralasan bila ditanya
mengelak menjawap apa saja
tiada kejujuran antara
tersemai bibit noda
jadi barah cinta.
Manis di mulut bak gula
hati masam bak cuka
hanya pandai bermuka-muka
menghiris-hiris bunga ria
jadi barah cinta.
Kimoterapikan barah cinta
elakkan janji dusta
terima seadanya
tiada rahsia antara
jujur dalam bicara
setia pada yang setia
tiadalah barah cinta.
CNM, 2/2/11, 8.18 am
menimbulkan syak wasangka
timbul rasa curiga
hinggap cemburu buta
jadi barah cinta.
Gagal menerima seadanya
selalu komplen sini sana
timbul rasa dihina
membara dendam di jiwa
jadi barah cinta.
Suka pasang dua
menunggu di sini menanti di sana
timbul rasa dimainkan saja
lalu hati kecewa
jadi barah cinta.
Beralasan bila ditanya
mengelak menjawap apa saja
tiada kejujuran antara
tersemai bibit noda
jadi barah cinta.
Manis di mulut bak gula
hati masam bak cuka
hanya pandai bermuka-muka
menghiris-hiris bunga ria
jadi barah cinta.
Kimoterapikan barah cinta
elakkan janji dusta
terima seadanya
tiada rahsia antara
jujur dalam bicara
setia pada yang setia
tiadalah barah cinta.
CNM, 2/2/11, 8.18 am
01 February, 2011
Telinga Bisu
Aku hanya pendengar
ada telinga bisu
tak mampu menyata kaku
cintamu diterbang bayu
terbenam di laut syahdu
beroleng dikocak ombak rindu
bertemu dalam lebaran kalam mimpi
menyatu bersama igauan ngeri.
CNM, 1/2/11, 14.15 pm
ada telinga bisu
tak mampu menyata kaku
cintamu diterbang bayu
terbenam di laut syahdu
beroleng dikocak ombak rindu
bertemu dalam lebaran kalam mimpi
menyatu bersama igauan ngeri.
CNM, 1/2/11, 14.15 pm
Roti Cinta
Asalnya dari gandum asmara
Diuli dengan penuh kasih mesra
Mewangi mengharum jiwa uda dan dara
Kongsi bahagia disulam nikmat roti cinta
Hindangan penambat bisikan berbunga
Dicampur telur bertambah aroma rasa
Kenyang dijamu pasangan bercinta
Dimakan bersama kopi cinta.
CNM, 1/2/11, 12.58 pm
Diuli dengan penuh kasih mesra
Mewangi mengharum jiwa uda dan dara
Kongsi bahagia disulam nikmat roti cinta
Hindangan penambat bisikan berbunga
Dicampur telur bertambah aroma rasa
Kenyang dijamu pasangan bercinta
Dimakan bersama kopi cinta.
CNM, 1/2/11, 12.58 pm
Hari ini
Hari ini menabir seri
mentari menyinar seawal pagi
awan menguak ke birai alam
mendung berlalu bersama malam
angin berlagu membelai dedaunan
melambai-lambai pepohon ikut menari
suci langit biru menanti munculnya pelangi
mewarnai sekeping hati pujangga seni
menitip kata menyusun bari
dalam indah ruang pemuisi
menyata isi hati.
CNM, 1/2/11, 11.42 am
mentari menyinar seawal pagi
awan menguak ke birai alam
mendung berlalu bersama malam
angin berlagu membelai dedaunan
melambai-lambai pepohon ikut menari
suci langit biru menanti munculnya pelangi
mewarnai sekeping hati pujangga seni
menitip kata menyusun bari
dalam indah ruang pemuisi
menyata isi hati.
CNM, 1/2/11, 11.42 am
Sebutir cinta sebuah rindu
Sebutir cinta yang berputik
menguntum di tangkai kasih
berkembang kelopak bahagia
mewangi di taman sanubari
lantas berguguran gerimis impian
membasahi pipi anganan
melembutkan sisa-sisa keegoan hati
membakar naluri untuk menyayangi
seorang yang muncul pada takbir mimpi
memutarkan kisah sebuah rindu.
CNM, 1/2/11, 8.28 am
menguntum di tangkai kasih
berkembang kelopak bahagia
mewangi di taman sanubari
lantas berguguran gerimis impian
membasahi pipi anganan
melembutkan sisa-sisa keegoan hati
membakar naluri untuk menyayangi
seorang yang muncul pada takbir mimpi
memutarkan kisah sebuah rindu.
CNM, 1/2/11, 8.28 am
Jika memilih
Jika memilih
jangan tersalah pilih
kerana nantinya buat kau letih
ada saja perkara yang dirintih
kelak hati pedih
tiada siapa yang sudi menoleh
sendirian perit jerih
kerana tersalah tilik
yang berdebu dipandang cantik
permata dipandang jelik
jangan pelik!!!
CNM, 1/2/11, 1.01 am
jangan tersalah pilih
kerana nantinya buat kau letih
ada saja perkara yang dirintih
kelak hati pedih
tiada siapa yang sudi menoleh
sendirian perit jerih
kerana tersalah tilik
yang berdebu dipandang cantik
permata dipandang jelik
jangan pelik!!!
CNM, 1/2/11, 1.01 am
Aku masih sedar
Aku masih sedar
aku kenali diriku
aku tahu asal usulku
aku tahu ke mana nanti hala tuju
aku di sini menyuara yang aku tahu
jika menguris rasa maafkan aku
kerana aku pun sepertimu
manusia yang tak bebas dari salahlaku.
CNM, 1/2/11, 00.51 am
aku kenali diriku
aku tahu asal usulku
aku tahu ke mana nanti hala tuju
aku di sini menyuara yang aku tahu
jika menguris rasa maafkan aku
kerana aku pun sepertimu
manusia yang tak bebas dari salahlaku.
CNM, 1/2/11, 00.51 am
Subscribe to:
Posts (Atom)