Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

12 February, 2013

rentas

rentas

kurentasi
selautan ranjau
untuk tiba di sini
setelah menelan pahit getir
setelah bermandikan keringat
setelah menumpahkan bukan sedikit air mata
demi sebuah kesejahteraan
demi sebuah kebahagiaan
kugagahi jua...

CNM, 10/2/2013, THMK

keputusan

keputusan

jika hatimu
mengambil langkah
meninggalkan
pergilah
jangan toleh lagi ke belakang...

jika hatimu
terasa berat
meninggalkan
tunggulah
hingga tiba sinar kebahagiaan...

CNM

Penagih


CNM
6/2/2013

Penagih

Penagih cinta manusia
walau dihina berderai airmata
tetap memuja kerana hati menyerah segala
hingga tak termimpi penganti yang lebih sempurna
hanya pada si dia ditagih sisa cinta...

Penagih cinta alam semesta
mencari sudut menawan sukma
mempotretkan panorama dalam lensa kamera
jadi tatapan masa ke masa
hanya pada alam ditagih ketenangan jiwa...

Penagih cinta Yang Esa
walau perit tetap meredha
terus bermunajat memohon doa
diperteguhkan iman dan takwa
hanya pada DIA ditagih sebuah redha..

Hanya

Hanya

...aku hanya cengkerik
mengintai di balik rerumput
siapalah yang sudi bertandang
berkongsi laman permainan
melainkan hidupan seni
helang, merpati
terbang tinggi
tak akan bertenggek ke sini...

CNM

aku lepaskan

aku lepaskan

...aku lepaskan senja pergi
biar aku tinggal sendiri
mengenang indahnya memori
saat bersamamu meniti hari
moga malam membawa mimpi
bahawa kita pernah ada di sini
menikmati ciptaan Ilahi...

salam maghrib sahabat dihormati.

CNM

Janji-Nya

Janji-Nya

...yang berbuat kebaikan
syurga ganjarannya
yang berbuat kejahatan
neraka balasannya...

...telah dijanjikan
kenikmatan
telah dijanjikan
keperitan...

Ya Allah
anugerahkan kekuatan
untuk beribadat kepada-Mu tanpa gagal
aku takut akan siksaan-Mu yang amat pedih
aku yakin tiada satu janji-Mu yang didustakan
sesungguhnya Engkaulah penyelamat kami.

CNM

gerimis di hati

gerimis di hati

gerimis di hati
yang terpercik dek kata benci
akan reda dengan redha
namun aromanya
telah menyelinap ke segenap sendi
kekal menusuk ke kalbu
hingga roh meninggalkan jasad...

CNM

belum tentu

belum tentu

senyuman yang bertali arus di bibir
belum tentu
meredakan hujan tangisan di hati.

CNM

sekali

sekali

20 tahun dulu
telah kulafazkan
aku terima kamu
aku akan setia ke hujung nyawa
menjaga dan membahagiakanmu...

andai telah tiada yang menyayangimu
ketahuilah bahawa tiada lagi aku di dunia ini.

CNM

akan pergi

akan pergi

rasanya baru semalam
disember melambai pergi
esok lusa januari pula akan menyepi
tinggal kita menghitung hari
tiba saat dan ketika kita juga akan pergi
menemui Ilahi...

CNM

31 Januari

31 Januari

tarikh keramat
tarikh yang mengikat
tarikh yang tak akan kulupakan
aku dan dia jadi suami isteri
Ya Allah kurniakan kami
kebahagian dunia dan akhirat
di bawah keredhaan-Mu

CNM

kenapa duduk rumah?

kenapa duduk rumah?

sebab;

i.
jenayah
penjenayah ada di mana-mana
tunggu masa menerpa
kita lalai leka
memberi ruang pada mereka...

ii.
alam tercemar
sana sini alam dicemari
udara tak lagi suci
habuk debu asap memenuhi
kesihatan makin dicerobohi...

iii.
alat telekomunikasi
makin hari makin berperstasi tinggi
remah mesra di hujung jari
telefon pintar internet digemari
perhubungan dalam rumah memadai...

CNM

Mencari

Mencari

aku menjenguk ke muka kali
mengintai bayangan wajahmu
tapi hampa...

aku mendongak ke dada langit
mencari potret wajahmu
tapi hampa...

aku meninjau ke puncak gunung
mengharap seraut wajahmu
tapi hampa...

aku tersedar
dek panahan wangian mawar
harumannya tak tersasar
itulah bauan dirimu dari kamar hati.

CNM, 27/1/13, 7.45 am, THMK.

Puisi

Puisi

adalah tinta hati
yang dizahirkan jemari
pada kanvas cerminan diri
memori
realiti
fantasi
semuanya ilham anugerah Ilahi...

CNM

bicara rasa

bicara rasa

aku diburu resah
menunggu bayu rindumu
yang tak kunjung tiba...

aku dihimpit gelisah
menanti pelangi kasihmu
yang tak muncul menyeri...

aku tanpa kamu
terumbang-ambing
bagai dedaun kering ditiup angin...

CNM

Setelah

Setelah

Setelah
bermati-matian membuat pilihan
mengapa terucap kata penyesalan?

Setelah
bermati-matian memberi kemaafan
mengapa terungkit kisah silam?

Setelah
bermati-matian menghulur tangan penerimaan?
mengapa terlafaz kata-kata sindiran?

sandiwara pemain perasaan
mengundang kebencian
mengikis keikhlasan.

CNM

Muara Kasih

Muara Kasih

...di muara kasihmu
aku menunggu bayu rindu
menyapa dengan bisikan cinta
yang merona bibir ini
sekuntum senyuman mekar...

...di muara kasihmu
aku menakung lafaz-lafaz indah
untuk kecantuman menjadi panji janji
yang bisa membajai kesetiaan
hingga engkau dan aku menyatu jadi delta bahagia...

CNM

Malam Berbahasa

Malam Berbahasa

malam berbahasa isyarat
jari telunjuknya menuding kepadaku
aku bertanya apa?
dengan menaikan tapak tangan
diletakkan tangan di tepi kepalanya
lalu dilentukkan ke sisi
dapatku mengagaknya
malam menyuruh aku masuk tidur...

CNM

Apa ertinya

Apa ertinya

apa ertinya berdoa pada Ilahi
sedang syariat-Nya ditolak ke tepi.

apa ertinya mengaku umat nabi|
sedang sunnahnya tidak digenggami.

apa ertinya bersuami andai hari cuti
dibiar sendiri menanti dan menanti.

apa ertinya beristeri andai hari-hari
dibiar makan sendiri tak ditemani.

apa ertinya berpuisi indah tak terperi
andai diri sendiri tidak memahami.

CNM

Renungkan

Renungkan

telah diutuskan rasul pilihan
membawa cahaya kebenaran
menyuluh umat dalam kegelapan
menunjuk jalan pulang...

telah didoakan akan kesejahteraan
terjaga dari bencana luar jangkaan
maka diperkenan pemilik seluruh alam
hanya umat yang hilang pertimbangan...

rasul pilihan
mengingati umat akhir zaman
tidak diajarnya;
membuka aib orang,
mengkafirkan orang,
bertelagah sesama umat Islam...

dalam sejarah perjuangan
rasul membawa perpaduan
lihat umat akhir zaman
kerana kuasa perang jadi pilihan
kerana kuasa saudara seagama ditikam
menongkah pesanan perpaduan diketepikan...

tunggulah azab kehancuran
janji-janji-Nya tiada yang didustakan.

CNM, 24/1/13, THMK.

Laut Kasih 250

Laut Kasih 250

malam ini dinda
inginku mengucup ubunmu
buat mengubat rindu
buat mengukuh rasa kasih
sebelum terlena dalam alunan laut kasihmu...

CNM

Laut Kasih 249

Laut Kasih 249

telah lama kupendam
gelora rasa ini
desahan asmara laut kasihmu
mengkhayalkanku
terbuaiku dalam hangatan pelukan cintamu...

CNM

Selamat Berhujung Minggu

Selamat Berhujung Minggu

hai! buat apa tu
usah keliru
betul dah, hari ni hari minggu
esok hari isnin sedang menunggu
segera lunaskan tugasan yang terbeku
akan tenang jiwamu...

tak akan selesai jika asyik membatu
gerakkan kaki tangan yang terbelenggu
dek kemalasan yang menghantu
rezeki tak akan datang bertamu
andai hanya duduk di ruang tamu
membayangkan ruyung mengeluarkan sagu...

CNM

Berputik rindu

Berputik rindu

..berputik rindu dalam kemarau kasih
air mata menyirami kelopak-kelopak rasa
embun syahdu menitis ke helaian dedaun sukma
reranting kesetiaan bergoyang ditiup bayu resah
dan rindu kian mekar dalam sebuan penantiaan tanpa kepastian...

CNM

Kenapa?

Kenapa?

...pada tunggul mati ini
kaumenempel meluah rasa
sedang engkau tak pernah mengakui
jauh sekali menghargai
yang tunggul inilah memberi setia...

...kenapa tidak kaulabuhkan
punggung gedabak dengan lemak keegoaan
pada sofa gebu yang kaupuja selama ini
sofa yang kaukatakan sungguh lembut
buat kauselesa berbaring berlunjur
hingga kaulupa tunggul mati inilah
pendengar setiamu...

CNM, 17/1/13, THMK.

moga tertera

moga tertera

kulantunkan
bait kata ke dada malam
dalam warna keputihan
agar terpercik
menjadi satu ayat
dan tertera kalimah
aku sayang kamu...

CNM

kosong suci

kosong suci

kita datang
dengan kosong dan suci tangan
mewarnai dengan pelbagai corak
moga bila pulang nanti
tangan penuh dengan keredhaan-Nya...

CNM

ketika ingin memiliki

ketika ingin memiliki

ketika ingin memiliki
janji diberi
janji ditaburi
kelihatan janjinya lebih pasti
dari janji syaitan kepada Ilahi...

CNM

Hari Mencalit

Hari Mencalit

..akan tiba
hari mencalit pimpinan negara
calitlah yang kamu suka
calitlah yang kamu rasa bahagia
calitlah yang kamu rasa membela...

waspada
jangan calit yang berpura-pura
jangan calit yang tak ingin menabur jasa
jangan calit yang tak mengikut syariat agama
jangan calit yang membawa sengsara lima tahun lamanya...

calitlah demi negara bangsa dan agama...

CNM, 15/1/13, THMK.

titis kian lesu

titis kian lesu

titisan tinta hatiku
kian lesu
dihimpit waktu
tak berdaya mendendang lagu
suaranya membeku
di kanvas bisu...

CNM

Senja ini

Senja ini

kasih
senja ini
hatiku berbisik
aku cinta kamu
sampai nafas yang terakhir...

Oh! Angin
perdengarkan
ke cuping hatinya
bahawa bisikan ini
sejak dari hari pertama
hati ini ditawan cintanya...

CNM, 14/1/13, THMK

itu ini

itu ini

bila lihat ke luar diri
itu ini
begitu begini
cuba sesekali
melihat ke dalam diri
apa yang perlu dibaiki
perbetul yang dah tak selari
luluhkan yang dah berdaki
baru suci...

CNM

Rindu

Rindu

rindu datang menari-nari
mengusik sendu hati
seperti mengejek rasa bersendiri
khayal akan si buah hati
yang pergi menyepi...

rindu bertamu menyanyi-nyanyi
mencuit pilu hati
seakan mempersenda rasa dikhianati
mengenang indah memori
ditinggal bersama janji tak pasti...

CNM

Duhai Jemari

Duhai Jemari

..telah berkata mataku;

'duhai jemari berhentilah menari
getaran tarianmu tak mengizinkan aku lena
sambung esok saja
hari sudah didekati fajar'...

CNM

Jadi Drebar

Jadi Drebar

Hais!
hais lagi
tiap-tiap hari aku jadi drebar
drebar kepada diri sendiri
ke sana ke sini...

esok ini
nak jadi drebar kepada isteri
nak ke tempat tak pernah dia memandu sendiri
nampak gaya kena golekan diri
takut esok tak bangkit pagi-pagi...

CNM

Berbahagi

Berbahagi

hais!
jangan engkau!
jangan buat andaian
aku bukan berbahagi kasih
hah! ...kan dah salah andai
aku berbagi laman
sekejap sana
sekejap sini
macam lelaki bermadu
buat pengiliran...

jangan marah ya.

CNM

Usah Bertanya

Usah Bertanya

Usah bertanya
kenapa aku membisu
kerana kamu tak pernah
mencerahkan persoalan demi persoalan
yang telah kulontarkan...

kita diam
kita sama-sama cipta pengandaian...

CNM

mengapa

mengapa

mengapa?
titis jernih lagi suci
mengalir lesu di pipi
aku belum bicara dalam bait puisi
hanya memadang dari jendela hati...

ada apa yang menyiat?
ada apa yang tersiat?

CNM

Janga Gelak



aku malas nak berkata-kata
jadinya aku taip saja
bahawa
bicara tiada lagi pabila terpejam mata
yang ada hanya mimpi meraja...

mimpi tentang dia
mimpi tentang gelora rasa
mimpi tentang rintihan jiwa
yang siang tadinya meronta-ronta
di pentas minda...

CNM

Senja Hampir Pergi

Senja Hampir Pergi

Senja hampir pergi
telah kusiapkan sebuah puisi
untuk seorang permaisuri
bahawa hati ini
sejak dulu dan kini
menyerah cinta suci
untuk dirimu sehingga akhir nanti
biar siang dan malam silih berganti
kasih ini teguh menyebati...

CNM

Di Hujung Hari

Di Hujung Hari

Di hujung hari
sebelum senja pergi
akan kusiapkan sebuah puisi
puisi bingkisan hati
untukmu permaisuri...

CNM

biarkan

biarkan

biarkan
andai air mata ingin bercucuran
sesekali mengalir perlahan
membasahi pipi keinsafan
kerana air mata sesalan
bisa mengembalikan ke jalan kebenaran...

CNM

Dari Atas Titian

Dari Atas Titian

dari atas titian
yang merentangi alir arus
kelihatan air menyusur tebingan
kembali ke muara menuju lautan
teroleng-oleng ampaian
mengikut alunan gelombang
ada yang timbul tenggelam
ada yang terdampai di celah batuan
terikut permainan aliran...

begitulah insan
dalam perjalanan pulang
ada yang tenggelam kelemasan
ada yang terhumban ke lembah kehinaan
ada yang terapung dipermudahkan
pelbagai rintangan
datang sebagai pengujian
yang berpegang pada tali keimanan
pasti tiba dengan senyuman...

CNM, 6/1/13, 1.45pm, FTS.

mahu gelak

mahu gelak

aku bukan pelawak
yang boleh buat kamu ketawa terbak-bahak
aku hanya mencuit hati
dengan bait puisi
mahu gelak
tunggu maharaja lawak
aku tak melawak
sungguh lawak
itu rancangan maharaja lawak...

CNM

hebat

hebat

andai
kamu mampu beri senyuman
setelah kata manismu
tersiat dek bingkisan cerita lama
yang telah diberi sepotong kemaafan
dengan redha...

andai
kamu bisa menyeka
titisan darah merah di mata hati
kala dipersenda dengan sejarah silam
setelah kauditerima kembali...

CNM, 4/1/13, 5.35pm, THMK

jangan mainkan VIII

jangan mainkan VIII

setelah kaulontar
sebutir janji bersulam cinta
yang berpucuk rindu
mekar subur di hatinya...

mengapa?

angin tanpa lagu
embun tanpa tari
yang kaukirimkan
ke laman penantiannya...

CNM, 4/1/13, 5.12pm, THMK

kasih

kasih

adakah kaurasa?
semua yang aku rasa
bagai di puncak alunan cintamu...

CNM