Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

30 June, 2011

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


Wah ! macam bagus bunyinya
begitulah pemikir mencuba
menyatukan rakyat pelbagai bangsa
semua bergabung tenaga
berpadu menjayakan wawasan negara
demi bangsa Malaysia tercinta.

Sabtu ini ada acara
larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
serentak berlangsung seluruh negara
anak-anak sekolah jadi peserta
ibubapa guru ikut serta
mencatat nama dalam 'guiness book of record' sasarannya

Semoga berjaya !

~CNM, 30/6/11, 22.00 pm~

Katanya XIII

Katanya perhimpunan bersih
apa yang bersih?
apa yang nak dibersih?
benarkah ia bersih?
terjaminkah ia bersih?

Pakai baju kuning bersih
benarkah pemakainya bersih?
atau hanya di mulut kata bersih
mengata orang tak bersih
itukah sikap bersih?

Aku rasa tak akan bersih
Kuala Lumpur itu tak bersih
segala macam kekotoran belum dibersih
udara tak bersih
jalan tak bersih.

Kalau berhimpun lagi tak bersih
baju jadi tak bersih
paru-paru tak bersih
pendek kata kekotoran menelan bersih
nak bersih jadi tak bersih

yang penting hati mahu bersih !

~CNM, 30/6/11, 20.18 pm~

Mengertikan kamu

Kususuri
setiap lengkung sungai hatimu
agar kumengenali
yang mana tubir
yang mana dataran
nantinya bisaku aturkan
renangan memudiki ke hulu mahuanmu.

Kutancapi
setiap lenggok kata bicaramu
agar kumemahami
yang mana racun
yang mana madu
nantinya bisaku aturkan
hujahan menangkis peluru prasangkaanmu.

~CNM, 30/6/11, 18.00 pm~

29 June, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Tahniah Harimau Malaya
walau nampak belum dewasa
namun langkah sulungmu berbisa
mengigit dengan penuh gaya
walau sedikit alpa
masih mencengkam ke hujung masa.

Teruskan perjuangan dengan iringan doa
jayakan misi dan visi negara
masuk final piala dunia
tak mustahil kamu merealitikannya
kentalkan semangat waja bagai laksamana
berjuang demi maruah bangsa.

Kamu boleh Rimau Malaya !
~CNM, 29/6/11, 22.55 pm~

Dia



Dia anugerah berharga
pengikat kasih kami sekeluarga
walau dia anak istimewa
permata buat kami tak ternilai dari yang Esa
syukur ya Allah kuniaan-Mu kami hargai sampai bila-bila.

Dia penyeri
keletah mencuit hati
walau kekurangan diri
bukan halangan menghibur kami
alhamdulillah rezeki dari Ilahi.

~CNM, 29/6/11, 21.59 pm~

Pantai Percintaan

Sekujur tubuh yang terdampar di pantai percintaan
karam dipukul ombak hati kebutaan
dihanyutkan arus kepiluan
terkapai-kapai sendirian
hilang arah
hilang pertimbangan
membawa sekeping hati
mencari penawar menakupi kecaian jiwa
yang ditaburi pasir-pasir kepalsuan
dan dibakari hangat bara kenistaan.

~CNM, 29/6/, 19.11 pm~

28 June, 2011

cinta berbasa-basi

Buat apa menanti
jika hati tiada rasa pasti
lebih baik angkat kaki
mencari destinasi yang hakiki
jika ingin sekali menanti
biarlah kepastian telah menyemi
jadi tugu yang teguh untuk berpaut nanti
jangan baziri masamu kerana cinta berbasa-basi
ngerti !

~CNM, 28/6/11, 23.33pm~

Perlukah

Perlukah berlari
hanya kerana ingin memiliki
salahkah jika hanya menunggu
menanti akan tiba angin bersama anganan
yang hadirnya dengan rela tanpa keterpaksaan
bukankah itu lebih bermakna
dari terkejar-kejar bayangan
yang tidak pernah menoleh ke belakang
memandangmu walau sekilas pandang
kau mahu ?

Perlukah menangisi
hanya kerana hati telah dirobek
kata tajam dari lidah yang tak bertulang
hingga terpenggal akal dan iman
akal jatuh ke jurang mariana
dan iman dibadai taufan katrina ke hujung dunia
yang tinggal hanya rasa perih
bernanah membarah
membunuh harga diri
kau sedar ?

~CNM, 28/6/11, 23.23 pm~

boleh gitu !

Kerana aku sayang kamu
maka dengan selamba
sebelum tiba detik penentu
sebelum tiba saatku tidak mampu membantu
aku akan bambu
agar kamu tidak sebu
dengan segala macam anasir tak perlu
lebih baik kuisi dengan maklumat hingga tepu
dan kamu
berjuang tanpa ragu
pertanyaan apa pun kamu mampu
berhujah seperti hujan menderu
tepat lagi jitu.

boleh gitu !

~CNM, 28/6/11, 21.36 pm~

anak-anak jadi lupa !

Dari sinar mata
terpancar seribu duka
dalam ketaran dada
kau gagahkan jua
demi secubit rezeki buat menjana tenaga
tabahnya dikau orang tua.

Walau hanya seketika
dari bicara
yang lesu tak bertenaga
aku tahu hidupmu tersiksa
dari mentari belum menyua muka
hingga purnama bertahta
kau masih di ruang kerja.

apa daya
hanya rasa kecewa
simpati kenangkan usia
sepatutnya tak perlu bekerja
anak-anak dikau di mana
sanggup membiar seorang bapa
lemah menghayun tangan hingga lanjut usia
kamu tak rasa apa-apa?

aduh..anak-anak jadi lupa !

~CNM, 28/6/11, 20.54 pm~

Katanya XII

saya nak belajar
saya tak nak kena dibuang
merayu rayu
kalau ada anugerah perayu terbaik
nescaya dialah yang mengondolnya
itulah senario segelintir murid sekarang.

yang terusan menyeleweng
bukan atas ajaran
sebaliknya atas kealpaan
tiada matlamat dalam hidup jadi pegangan
hadir bukan untuk ilmu
hadir cuma untuk penuhkan saku.

saya menyeru
kepada ibubapa yang berilmu
pekalah dengan tindak tanduk anak
lebih lebih lagi waktu di luar awasan
seribu macam tingkahlaku yang tak terjangka
akan diperlaku mereka.

anak itu anak remaja
lumrah remaja bertindak tanpa memikir akibatnya
kitalah yang dewasa
kitalah yang sentiasa perlu mengingatkan mereka
tentang batas-batas agama
yang perlu disemat ke dada.

kau, kau
kau nampak masalah kita?

~CNM, 27/6/11, 20.00 pm~

26 June, 2011

Katanya XI

Malam masih panjang
apa nak diwalang
ayuh kita 'enjoy' sakan
embun belum matang
ayam belum berkokok tanda hari nak siang
jom kawan-kawan
mabuk-mabuk tunggang.

Itu senario anak muda zaman sekarang
pantang ada wang
dijolinya sakan
bukan nak membantu ibubapa tersayang
buat meneguk air kencing syaitan
sudahnya bertelanjang
tak sedar buat hubungan haram.

Kau, kau
kau buat macam tu?
CNM, 26/6/11, 23.00 pm

Adik Seronok


Lihatlah
adik gembira
jalan jalan ke alamanda
makan nasi ayam sup saya suka
terima kasih abah dan ibu yang bawa
adik bahagia.

Demi keranamu anakanda
abah akan usahakan jua
pastikan kamu sihat dan gembira
hilang derita hilang duka
yang terbaik abah ibu mencuba
buat kamu merasa ria.

~CNM, 26/6/11, 22.36 pm~


Malam telah tiba !

Malam telah tiba
akan ditebarinya selubung gelita
nyalakan lentera jiwa
agar terang malam dengan syariat yang Esa
menyerahkan diri sebagai hamba
menunaikan segala titah perintah dengan redha.

Malam telah tiba
akan ditutupinya luas pandangan mata
bertafakurlah sejenak menghitung pahala dosa
agar tidak kita terus alpa dan leka
muhasabah diri itu yang tercakna
mengingati akan janji-janji balasan-Nya.

Malam telah tiba !
CNM, 26/6/11, 19.25 pm

Senja sayu

Senja merangkak perlahan
seakan berat meninggalkan siang
menantinya gelita malam
menelan merah jingga warna kehidupan
sesaat merenung akan amalan
lebih baik dari berterusan hidup tanpa awasan.

Senja melambai sayu
seakan kesyahduan memerhati di ufuk kalbu
sucikah perjalanan dalam onak duri yang berdebu
heningkan jiwa agar telus cahaya wahyu
meresap getaran keinsafan bertamu
menyelubungi perjalanan berbaki waktu.

~CNM, 26/6/11, 18.45 pm~

25 June, 2011

Teman

Teman
dalam hidup ini
usik mengusik jadi rencah penyeri
usah mengambil hati
niat teman menghibur kala sunyi
jadikan ianya pengikat tali suci.

Teman
dalam hidup ini
senda gurau di sana sini
semuanya untuk kurangkan stress diri
senyum penawar sakit hati
amalkan demi kesihatan diri.

Teman
dalam hidup ini
usah selalu menyendiri
membawa hati yang tak terubati
tempuhi apa jua onar kerenah berduri
tiba masa duri dipatahkan hati yang lali.

~CNM, 25/6/11, 22.22 pm~

Sayangku IV

Sayangku IV

Sayangku
hati menguntum rindu
bila berjauhan beribu batu
hanya dirimu pengubat gelora jiwaku
jangan tinggal daku
waktu ke waktu.

Sayangku
sukma berputih buah rindu
mendambakan belaian mesra selalu
hanya dirimu pengubat resah kalbu
jangan lupai daku
walau dalam lenamu.

Sayangku
kasih datang bertamu
menyubur ladang sanubariku
hanya kepada dirimu kutanam pohon rindu
jadi tanda teguh cintaku
kaulah satu isteriku.

~CNM, 25/6/11, 21.21 pm~

Maaf tapi sukar melupa

Ramai yang menyata
mudah memaafkan dari melupa
kenapa agaknya?
setelah memberi maaf dengan rela
haruskah lagi menyimpan di dada
bila tsunami kemarahan melanda
segala cerita diungkit bertimpa-timpa
adeh ! pedih jiwa
bagai luka dicurahkan cuka
bagai mata dipipiskan lada
memerih ke dasar sukma.

~CNM, 25/6/11, 18.38 pm~

Cahaya Keinsafan

Dalam terang cahaya mentari
dalam terang cahaya purnama
masih kedapatan insan yang dikelubungi kegelapan
gagal menyeka kelopak mata
untuk tidak meraba-raba dalam kebutaan.

Bukakan jendela hati
bukakan pintu sukma
agar cahaya kesedaran menyuluh kegelapan
membawa sinar ke dalam jiwa
bertunas pucuk keinsafan dalam setiap pandangan.

~CNM, 25/6/11, 12.33 pm~

Purnama

Purnama
terang benderang
menyuluh sekian alam
purnama yang hilang
akan berganti yang mendatang
waktu tetap berputaran
hingga ke titik pengakhiran.

Kita ini insan
yang diberi peluang
purnama ke purnama yang berbilang
menjalani kehidupan
jadi tanggungan
mencari keredhaan Tuhan
buat bekalan ke alam seberang.

~CNM, 25/6/11, 8.22 am~

Sepah

Sepah
anda bukan sampah
anda bukan menyepah
anda ada bakat anugerah Allah
teruskan tanpa mengalah.

Tahniah kerana menempah
kejayaan dengan penat lelah
jangan lupa ucapkan syukur kepada Allah
memberi ilham untuk mengolah
lawak yang sentiasa menyerlah.


Sepah
jangan berpecah
atau berbalah
kekal semangat ukhuwah
pasti diberkati Allah.

~Goldkey, 25/6/11, 00.25 am~

24 June, 2011

Final Raja Lawak

Awak !
jap lagi final raja lawak
jom pakat ketawa terbahak-bahak
jangan sampai terkeluar kahak
malu kat budak-budak.

anda dah agak?
siapa yang layak ke puncak
terhebat melawak
buat orang tergelak
hilang gelora jiwa retak.

esok pasti masuk media cetak
johan akan raja lawak
jangan tersentak
jika yang menang bukan sokongan awak
cuba lagi kelak.

~CNM, 24.6.11, 21.50 pm~

Kenangan Penawar Rindu

Kenangan yang tersisa
bisa jadi penawar akan racun rindu
putaran memori mematikan emosi membelenggu
terungkai rantai perih yang menjerut leher resah
perlahan retakan kalbu kembali bertaut
mengumpul serpihan ketabahan
bercantum jadi cermin kebahagiaan
buat menilik senyuman bermadu.

~CNM, 24/6/11, 20.30 pm~

23 June, 2011

Mengarah

Mengarah
biar tahu arah
jangan buat tak tentu arah
jadi payah
dah terantuk baru nak tergadah
baik tak payah.

Pasrah
jika ada yang banyak kerenah
memang hati bernanah
membawa punah
berdoa kepada Allah
diberikan petunjuk hidayah.

~CNM, 23/6/11, 20.26 pm~

22 June, 2011

Teman

Teman
andai terhenti perjalanan akalmu
hentikanlah gerak tari jemari
biar akal menyisih lelah
akan tiba masa nanti
akal berjalan sendiri
mengerak jari mengikut melodi
menitip bait indah dari jiwa murni.

Teman
usah tarikan jemarimu
mengikut lenggok irama ciptaan asing
biar maruah titipanmu terjaga
usah cemari kesucian ilhammu
kerana
yang palsu tetap palsu
kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

aku malu !

~CNM, 22/6/11, 19.00 pm~

Sia-sia liurnya

butiran omong
direjam mencurah
menimpa daun keladi minda
berguguran mengalir ke telinga longkang
melarut dan terenap ke dasar ketidakpedulian.

sia-sia
dibazirkan liurnya
membasuh daki-daki mati
yang memejal persis batu hampar
tak terlarut dek kata.

~CNM, 22/6/11, 17.17 pm~

Nora Elena III


insan
tak terlepas dari kesalahan
lebih-lebih lagi yang belum matang
apatah lagi jika ikut perangai syaitan
menyakitkan.

jika ada yang hendak ke pangkal jalan
selayaknya diberi peluang
lontar jauh-jauh akan dendam
berikan sokongan
bukan ungkitan kisah silam.

andai kejahatan telah dilakukan
hanya salam kemaafan dapat dipanjatkan
tidakkah itu jalan penyelesaian?
tidakkah itu petunjuk kesungguhan?
datang keinsafan menebus dosa-dosa silam.

diberi peluang
buktikan
jangan mempermainkan
perasaan
yang mengharapkan kebahagiaan.

yang jelik pasti mendapat balasan
yang bersabar dianugerahkan
ketenangan dan kesejahteraan
yang berpanjangan
di bawah rahmat Tuhan.

sekian !

~CNM, 22/6/11, 16.45pm~

21 June, 2011

Nora Elena II


digambarkan meen zulaikha
seindah-indah makhluk ciptaan Tuhan
punya wajah cantik menawan
jadi rebutan lelaki mata keranjang
namun jodoh pertemuan telah ditentukan.

punyai kelembutan
punyai budi bahasa
namun miliki hati yang keras membatu
mungkin kerana dendam tak sudah
perjalanan hidup jadi payah.

hidup dengan cinta
belum tentu bahagia
hidup memupuk cinta
tak semestinya derita
kesabaran, kemaafan
anugerah yang perlu dijaga.

~CNM, 21/6/11, 18.45 pm~

20 June, 2011

Nora Elena

Nora Elena
kesian kamu
sejak belasan tahun
terpaksa menyerah tanpa rela
rakusnya yang bernama lelaki meratah
jadi dendam membarah.

Nora Elena
sekali lagi kamu dalam tersiksa
menerima dia dalam keterpaksaan
setelah dihina tunangan sendiri
tak mengapa harus ada maruah diri
jangan diperkotak-katik lelaki.

nanti saya baca lagi
hi hi hi.

CNM, 20/6/11, 15.15 pm

19 June, 2011

Rindu bergenang air mata

Kutuliskan bicara
bersama rindu yang bergenangan air mata
tak tertumpah namun memenuhi rongga
mengaburkan pandangan menyebak dada
rindu yang tak pernah beranjak walau dihimpit masa.

Rindu yang sering membisik ke telinga dewasa
rindu yang sering mencuit memori suka duka
rindu yang sering menerpa mengasak minda
rindu yang jadikan daku tidak melupa ayahbonda
moganya kamu aman sejahtera menunggu daku tiba.

~CNM, 19/6/11, 18.00 pm~

Jangan tersalah makna

Jika hati telah menitipkan
titik hitam dalam pandangan mata
tiada cara menukarnya jadi putih suci
yang ada hanya kebencian
yang ada hanya kesalahan
yang ada hanya keburukkan.

Sucikan hati dari menterjemah warna
sebelum menyelidik dengan akal sempurna
lihat sedalam-dalam apa makna
agar jiwa dan sukma
tak tersalah memberi kata
yang bisa meracun rasa.

~CNM, 19/6/11, 15.29 pm~

Anak-anakku

Abah tak punya wang berjuta
untuk menabur kemewahan
bukan juga pewaris harta
untuk mewariskan kamu kekayaan
yang abah ada cuma rasa kasih dan sayang
telah abah cuba dan cuba mencurah sedalam-dalam
andai
di hati kamu
di mata kamu
abah ini seorang abah yang gagal
maka gagallah abah
namun
jauh ke dasar hati abah ini
kamulah permata hati
akan abah adakan waktu untuk kamu
sesungguhnya saat bersama kamu tak ternilai
tiada kata dan bahasa yang nak menggambarkan perasaan abah
moga kamu aimran:azahara pernah merasa bahagia
andai ada kekurangan
itu kelemahan diri abah
mohon maaf duhai anak-anakku.

~CNM, 19/6/11, 14.41 pm~

18 June, 2011

Kata 'Tok T'

Kata 'Tok T'

Cintanya bukan di atas kertas
cintanya getaran di hati
aku nak nyatakan cintaku atas kertas
nantinya ratuku ada nukilan untuk dikenang
bukan hanya igauan tak berketepian.

Biarlah rahsia
biar orang tertanya-tanya
aku ingin nyatakan tiada rahsia
kusudah punya isteri yang setia
akan kujaga ke hujung nyawa.

Purnama merindu
tinggi di langit menunggu
aku sentiasa merindu
belaian manja sang ratu
bahagia memandu kasih menyatu.

Jerat percintaan
terperangkap dalam pertemuan
aku tak pernah memasang jerat cinta
cinta hadir setelah ketemukan ratu jiwa
tiada keterpasaan menerpa.

~CNM, 18/6/11, 23.23pm~

Ke mana pun pergi

Ke mana pun pergi
pasti dijejaki mati
usah mengatur langkah untuk lari
lebih baik pasrah menanti
mengambil usaha yang cakna sekali
InsyaAllah melepasi
dengan mudah bertemu Ilahi.

~CNM, 18/6/11, 19.35 pm~

Irama radiasi

Irama radiasi
diperdengar setelah tsunami
membadai negara terbit mentari
aduh ! risau sekali
dikhuatiri
merosakkan ketahanan 'bodi'
penyakit menular ngeri
minta dijauhi
dari kami
di tanah melayu ini.

~CNM, 18/6/11, 18.45 pm~

Al-fatihah buat bapa

Walau kamu telah tiada
tak pernah kulupa akan jasa
memberikan daku ilmu dalam dada
menempuh hidup penuh pancaroba
kata-kata amanatmu kegenggam membara
tak pernah akak daku melupa
ketabahanmu jadi mercu tanda
buat daku mendaki anak-anak tangga ke puncak jaya
al-fatihah buat bapa
moga ketemu kita di syurga.

~CNM, 18/6/11, 17.17 pm~

Duduk tepi tepi

Duduk tepi tepi
diam diam
jangan berkokok.

Tengok perhati
ambil iktibar
jadikan pagar.

Kekuatan diri
cari
gali.

reti !

~CNM, 18/6/11, 16.46 pm~

Guru memberi, murid lari !

Guru saban hari
menanti untuk memberi
seikhlas hati dari gedung sanubari
demi membangun modal insan pewaris generasi
namun
apa yang dikesali
ramai yang tak hadirkan diri
lesap setelah dihantar ibubapa sendiri
konon sekolah tak ada aktiviti.

Wahai anak didik yang disayangi
sedarlah untuk masa depan kamu nanti
jangan sesekali menipu ibubapa sendiri
solat lima waktu wajib dilengkapi
memilih kawan ke arah kejayaan itu mesti
bukan
leka dan alpa melarikan diri
seronok dengan budaya kuning luar negeri
menjauhkan diri dari ilmu yang sepatutnya diperolehi.

~CNM, 18/6/11, 16.25 pm~

Apa salahnya hitam, apa lebihnya putih?

Aku tidak faham
apa salahnya hitam?
apa lebihnya putih?
bukankah dua-dua itu warna
yang punya kelebihan tersendiri.

Tidak terasa memperkecilkan ciptaan Tuhan
sampai menyebut hitam jadi masalah
macam mana mahu maju
soal remeh temeh
diperbesarkan.

Kalau bangsa kulit hitam
rasanya kulit hitam lebih baik dari kulit putih
ketahanan, kekuatan, daya juang
pendek kata yang kulit hitam akan menang
jadi apa masalah dengan kulit hitam?

Kalau kereta
kuasa kuda sama
warna hitam lebih mahal dari warna putih
jadi apa tak kenanya dengan hitam?
aku pun suka warna hitam.

Putih tak semestinya baik
kulit putih bangsa yang menjajah
kulit putih bangsa yang menindas
bangsa yang tak boleh tengok bangsa lain senang
aku tak bangga dengan bangsa kulit putih!

~CNM, 18/6/11, 16.10 pm~

Sepuluh guru pun tak ke mana !

Datangnya dengan nada 'hard rock'
didendangnya lagu penuh persoalan
apa cikgu buat?
kenapa cikgu tak bagi latihan?
macam-macam
sepatutnya didendang lagu sentimental
ala-ala lagu slam
mendayu
lihatlah pada kemahuan anak itu
ada buat tugasan?
ada siapkan latihan?
jangan hanya melihat salah orang
sendiri apa sumbangan?
kalau dah sistem sekolah dah tak menepati
ajar sendiri baru puas hati
cikgu nak ajar berpuluh murid
ibubapa takan tak boleh ajar anak seorang
datang sepuluh guru pun
kalau murid tiada kemahuan tak ke mana !

~CNM, 18/6/11,14.14pm~

17 June, 2011

Sebentuk Cincin

Sebentuk cincin permata hijau
berbingkai suasa
aku gilap rapi
berseri
jadi kenangan abadi.

Aku masih ingat
tersarung anggun dijarimu
manis sekali
kauwarisi demi kasih suci
tanda ingatan seikhlas hati.

~CNM, 17/6/11, 21.45 pm~

Menanti

Ingin saya berdiri dalam kabus dingin
dengan detak jantung yang deras berlari
membiarkan dingin meresap ke seluruh nadi jiwa
dan membeku duka jadi parut hiasan mengubat luka
titis kabus yang menyelinap sedalam dalam bertaut mencantumi
cebisan cebisan pilu jadi hamparan peraduan menunggu berlalu gerhana
akan hadirkan detik itu?

CNM, 17/6/11, 19.19 pm

Cintaku

Kerana cintaku kepada-Mu Ya Rabbi
kupanjatkan doa
mohon hatiku tidak terpaling dari beriktikad;
Kaulah tuhan yang satu
Rasulullah itu persuruh-Mu
jalan lurus perlu kulalui berpandu syariat-Mu.

Kerana cintaku kepadamu ayahbonda
kukirimkan doa
moga kamu dirahmati Ilahi
hadir nanti dengan hati bersih suci
tergolong dalam golongan diredai
ditakdirkan ke Firdausi.

Kerana cintaku kepadamu sayang
kuserahkan jiwa tanpa walang
moga kasihku takkan hilang
kekal bersemi sepanjang zaman
mendamaikan hatimu jadi tenang
mengusir duka lara yang bertandang.

Kerana cintaku kepadamu aimran:azahara
kukorbankan masa
melayan apa jua
moga kasih abah membahagia
kamu berdua
meniti ke alam dewasa.

Kerana cintaku pada diri
kumengabdi kepada Ilahi
menumpang kasih kepada isteri
mencurah bakti kepada zuriat sendiri
moga nanti tiada sesalan menghantui
sepanjang usia berbaki.

Kerana cintaku kepada bangsa
kupilih jadi warga bina jiwa
mendidik anak bangsa
jadi warga berguna
berpegang pada agama
untuk negara dan bangsa.

~CNM, 17/6/11, 18.45 pm~***

Pasti

Duhai sukma !
biarkan
biarkan kata menjarum kejam.

Duhai jiwa !
abaikan
abaikan tomahan meracun nista.

Yang dikejami
yang disakiti
pasti dilindungi Ilahi.

~CNM, 17/6/11, 17.52 pm

Ketentuan jadi saksi

Jika mendung yang tiba
disusuli ribut yang menggila
bertabah dan terus berdoa
yakini pelangi akan menyeri
langit akan membiru
kehidupan ini hitam putih warnanya
ada ketika kegelapan menyelimuti
ada ketika terang menyelubungi
warna-warna ini
bak siang dan malam silih berganti
fahami
mengerti
ketentuan jadi saksi
hidup perlu ditempuhi.

~CNM, 17/6/11, 14.14 pm~

16 June, 2011

Andai rindu

Andai rindu mampu merayu
tak ingin katanya bertamu
aku jadi lelah melihat air mata pilu
aku jadi sebak melihat wajah sendu
aku jadi gelisah melihat senyum tak bermadu.

Andai rindu mampu berlagu
akan didendang lagu kenangan masa lalu
agar terbuai emosi yang membelenggu
lupa sejenak rindu menyesak kalbu
membuai rasa waktu ke waktu.

~CNM, 16/6/11, 21.15 pm~

15 June, 2011

Lorong yang membawa.

Saya ingin sampai
namun rasa tak upaya
mungkinkah saya terlajak?
mungkinkah saya terbabas?
terkeluar dari landasan
gagal mencecah garisan penamat
rentangan tali penyudah
jelas kelihatan
namun banyak halangan
terpaksa ditelan
harapnya tiada duri selumbar yang menyeka
satu-satunya lorong yang membawa.

~CNM, 15/6/11 23.23 pm~

Gelagat

Hebat,
sangat,
berbakat,
berpendapat,
koprat,
berdarjat,
berpangkat,
dihormat,
masyarakat,
setempat.

Jahat,
dilaknat,
sahabat,
penat,
menyiasat,
kelibat,
pengkhianat,
merembat,
alat,
pejabat.

Ingat,
terlibat,
dilihat,
berniat,
bersubahat,
mengelat,
diikat,
disekat,
disiasat,
penyiasat.

~CNM, 15/6/11, 21.50 pm~

14 June, 2011

Senandung keperibadian

Senandung yang didendang ombak laut
membadai menghempas pantai hati
dipersenda deruan bayu kepedihan
menyemarak api kemarahan
meruap asap kebencian
menyelubungi jerebu ke kamar jiwa
menyesak nafas mencekik sukma
lemas tak bermaya dalam rumah kaca sengsara
tipisnya ozon kesabaran
membuka ruang bahang keraguan menerjah ke kotak minda
meniup bara dendam di atmosfera sanubari
terluluhawa keperibadian murni
hilang kemakmuran diri.

~CNM, 14/5/11, 21.58 pm~

Tebulah

Jange duk selu sela
buat kijo molek
loghat gaduh nak gi kuano
koho-koho buat bulih jah
bakpo ya duk larok koksir
buat nana
tak belago angin lagu tu
setok angin nyetok bulih
acu beranjo !

~CNM, 14/6/11, 21.40 pm~

Gempa Bumi

Pagi ini
buat pertama kali
aku rasakan gegaran gempa bumi
walau saat itu
aku tidak mengetahuinya
namun
dari gejala yang aku rasa
aku yakin itu gegeran gempa.

Bila kudengar berita tengahari
ternyata memang ada berlaku gempa di Sumatera
warga Putrajaya khabarkan diarahkan kosongkan menara
sekitar lembah Klang banyak tempat merasa
Ya Allah
jauhkan kami dari bencana gempa
beberapa saat yang aku rasa
tak tertanggung andainya lebih lama
dunia semakin ke hujung usia.

~CNM, 14/6/11, 15.15pm~

13 June, 2011

Pelik tapi benar !

Sejujur mana pun kata-kata
jika dibisik ke telinga curiga
syak wasangka tetap bersultan di jiwa
hati tetap bernanah cairan buruk sangka
muka mencuka sepanjang masa.

Seburuk mana pun kata-kata
bila dibisik ke telinga alpa
kepalsuan tetap dilihat bagai bunga
hati tetap menerima walaupun dihina
muka bersahaja tak rasa didusta.

pelik tapi benar !

~CNM, 13/6/11, 18.26 pm~

Emosi dipalu

Adakala emosi bagai dipalu-palu
bergetar ke seluruh urat nadiku
bergema ke serata alam sukmaku
andai mengikut kata hati jiwa menjelma jadi 'hantu'
rosak binasa tingkahlaku
kesabaran hilang bersama angin celaru
rasional hilang ditelan amarah melutu.

Ya Allah
atas nama-Mu kumohon anugerah
atas nama-Mu kuterus bertabah
memanjat doa agar tidak menggelabah
hadapi musibah
dengan tenang walaupun payah
mengawal emosi yang ditarah.

InsyaAllah
kupasrah.

~CNM, 13/6/11, 18.05 pm~

Usaha sendiri

Saya tak suka merayu
apa lagi mengampu
jika saya inginkan sesuatu
saya akan usaha tanpa jemu
sehingga apa yang saya ingin saya ketemu.

Bagaimana kamu?
adakah sepertiku
atau suka mengampu
sendiri buat tak mampu
mengharap orang lain 'membantu'.

Biar kita usaha sendiri
jangan harapkan simpati
Allah pasti mengurniakan rezeki
bersabar atas kudrat yang direstui
kejayaan pasti.

Jangan sesekali membuli
demi memenuhi keperluan diri
ingat ! usah mengambil kesempatan atas jerih saudara sendiri
tidak diberkati
kelak memakan diri.

~CNM, 13/6/11, 17.50 pm~

12 June, 2011

Andai telah terluka

Andai telah terluka
yang tak bisa terlihat dek mata
siramilah dengan air mata redha
moga darah duka berhenti mengalir di jiwa
sukma berparut kecewa kembali menguja
mengintai dari kamar sengsara
kilasan bayangan sejahtera di dada purnama
cahaya kebahagiaan menyuluh gelap gelita duka
mengusir lara ke hujung pusara dunia
bersemadi derita bersama enapan ceria.

~CNM, 12/6/11, 23.23 pm~

Adik burung



Kata adik ingin seperti burung
terbang bebas tak terkurung
ibu abah jangan murung
adik akan terbang turun
bila nak makan adik ke dapur.

Kata adik ingin seperti burung
terbang tinggi ke puncak gunung
ibu abah jangan termenung
adik akan datang berkunjung
bila nak tidur adik nak didodoi.

Jadilah seperti adik nak jadi
ibu abah menuruti
janji adik gembira hati
kamu permata kami
dunia dan akhirat pasti.

~CNM, 12/6/11, 22.22 pm~

Senyum senyum

Senyum senyum
jangan kata apa apa
jika apa yang kamu pandang
buat kamu rasa disayang.

Senyum senyum
jangan kata apa apa
jika apa yang kamu dengar
adalah keputusan kamu dilamar.

Senyum senyum
jangan kata apa apa
jika apa yang kamu sasar
telah buat kamu menang besar.

Senyum senyum
jangan kata apa apa
jika apa yang kamu dapat
adalah anugerah paling hebat.

Senyum senyum
jangan kata apa apa
jika nukilan ini biasa saja
anggap sekadar hiburan semata.

~CNM, 12/6/11, 21.55 pm~

Ingin sekali

Ingin sekali saya membisikkan
kata terindah ke telinga kalian
agar terungkai perasaan yang tersimpan
rasa keakraban yang mendalam
walau hanya di laman maya
bersama berkongsi suka duka luahan rasa
walau tak sama
kita diikat minat yang sama
berbicara tentang jiwa
menyuara bingkisan sukma
menitip kata tentang pencipta
kita menghuni teratak puisikan bait kata suara
mencipta kesatuan minda.

~CNM, 12/6/11, 17.37 pm~

Selagi ada

Beruntunglah yang masih punya ibubapa
masih ada ruang untuk berbakti
menabur budi
membalas jasa-jasa yang diberi
dari kecil sehingga berdikari
terbalaskah?

Duhai ! anak-anak generasi kini
jangan lupa ibubapa sendiri
jaga selagi nyawa mereka berbaki
tak terbalas akan budi
yang ditabur selama ini
mengerti?

~CNM, 12/6/11, 17.10 pm~

Dia ibuku sejati.

Dia yang kupuja
telah pergi dari pandangan mata
namun kekal di pandangan jiwa.

Dia yang kubangga
telah tiada buat selamanya
namun kekal bersemi di sukma.

Dia yang kusayangi
telah hilang dari hidup ini
namun kekal dalam lipatan memori.

Dia yang kukasihi
telah tinggalkan diri ini
namun kekal dalam kisaran mimpi.

Dia takkan dapatku cari ganti
walau seribu tahu lagi
hanya kenangan kekal abadi.

Dia kuingin temui lagi
di alam kekal abadi
kupohon dari-Mu Ilahi.

Nantikan kumenyusuli
itu pasti
dia ibuku sejati.

~CNM, 12/6/11, 16.55 pm~

11 June, 2011

Tahniah Terengganu

Tahniah Terengganu
main bersungguh sampai tamat waktu
Kelantan lemah semangat buang waktu
main-main ingat sudah menang paila itu
terlupa bola bulat apa pun boleh berlaku
akhirnya tewas dua satu.

~CNM, 11/6/11, 23.50 pm~

Ganu lawe Klate

Ganu lawe Klate

Mari pakat tengok adik kakok kaknik kakwe
mace adik abe
lawe bola lawe denga semangat jate
jange duk betibe
kaloh mene adat permaine.

Penonto kena kawa peraso e
demo hok main doh comey
kito pakat soko hok mano mene
tetu team dio main comey
jange kecik hati kalu tak mene.

gomo Klate gomo
peteh Ganu peteh
samo kuat samo tehe
sapo sumbat dio mene.

~CNM, 11/6/11, 14.30 pm~

Pondan/tomboy/pengkid/lesbian


Saya terpanggil mengingatkan
kamu itu seelok-elok kejadian tuhan
hargai atas kejadian
sempurna tiada kecacatan
yang perlu kamu ubahkan.

Soal naluri jadi persoalan
itu hanya mainan syaitan
dekatkan diri dengan Al-Quran
mudahan kamu diberi kekuatan
menjalani hidup berlandas syariat kebenaran.

Manusia dijadikan berpasang-pasangan
pilihlah yang jadi idaman
mengikut jantina yang berlainan
itu yang ditetapkan
jangan menongkah kelaziman.

Adakala salah pilih persekitaran
teman-teman yang menyongsang
tetapkan pegangan
pilih jalan yang disaran
bukan jalan penuh kekotoran.

Maaf andai saya terlebih percakapan
bukan niat menyakiti apalagi penghinaan
saya sekadar mengingatkan
hidup perlu diperbetulkan
ikhlas mengikut cara dan jalan kebenaran.

~CNM, 11/6/11, 13.45 pm~

Perempuan

Perempuan

Jangan marah saya katakan
kamu kena pandai melayan
baru lelaki akan sayang
lelaki ada ciri keanakan
suka dibelai-belaikan.

Saya juga cadangkan
kamu belajar semua jenis masakan
kenyangkan perut lelaki pilihan
InsyaAllah dia tak meragam
bertambah-tambah dia sayang.

Elakkan bebelan
lelaki tak suka dibebelkan
cuba kamu nasihat perlahan-lahan
lelaki akan faham
bukan marah tak ingat tuhan.

Belajar memahami pasangan
setiap insan ada kelemahan
lelaki tak terlepas ada kekurangan
kamulah yang melengkapkan
bukan menambah burukkan.

Maaf lelaki dan perempuan
kalau apa yang saya katakan tidak bertepatan
ini cuma padangan persendirian
kalau betul jadikan pedoman
kalau salah sila abaikan.

Perempuan,
kamu bolehkan!
~CNM, 11/6/11, 13.13 pm~

Jantan

Jantan

Jantan kena ke depan
jadi penunjuk jalan
bimbing wanita ke jalan kebenaran
jangan duduk belakang
malu kepada perempuan.

Jantan kena bersopan
lemah lembut melayan
tapi bukan jadi pondan
baru wanita rasa diberi penghargaan
bukan melayan dengan kekasaran.

Jantan kena ada kekuatan
mengawal diri dari dikuasai perasaan
biasakan diri dalam ketenangan
tindakan akan bertepatan
pasti datang kejayaan.

Jantan kena tahu macam-macam
telah dilantik sebagai khalifah oleh tuhan
kena jaga kepimpinan
tengungjawan bukan main-main.
nanti dipersoalkan.

Jantan,
kamu bolehkan?

~CNM, 11/6/11, 12.51 tgh~

Tak tertahan

Andai sudah tak tertahan
lepaskan
usah malu dan segan
ia bisa menyakitkan
ia bisa meresahkan
ia bisa mengelisahkan
angkat tangan
minta perlepasan
demi keselesaan
bangkitlah
bangkitlah pergi ke jamban !
legakan !

~CNM, 11/6/11, 11.16 am~

10 June, 2011

Ibu hanya satu


Pernahkah kamu?
membuatkan air mata ibumu mengalir
tertumpah jatuh berderai
memercik ke serata jiwa
dan esak tangisnya mengema sukma.

Aduhai !
kawan yang budiman
beruntunglah andai air mata itu
mengalir atas rasa sebak kesyukuran
kerana mulia peribadimu.

Aduhai !
teman yang hilang pertimbangan
rugilah andai air mata itu
mengalir atas rasa hiba kedukaan
kerana buruknya peribadimu.

Ingat !
syurga itu di bawah telapak kaki ibu
hormatilah selagi ada hayatmu
hargailah selagi tersisa waktu
kerana ibu hanya satu.

~CNM, 10/6/11, 23.40 pm~

Sepertinya air


Seperti tidak pernah putusnya aliran air
begitulah rahmat dari tuhan tak pernah berakhir
terus mengalir.

Seperti dinginnya air yang mendamaikan
begitulah alunan ayat-ayat suci menenangkan
terus alunkan.

Seperti berharganya air yang didambakan
begitulah berharganya Al-Quran
terus jadi pedoman.

~CNM, 10/6/11, 23.00 pm~


Tanya jiwa

Jika laju deraian air mata
bercucuran membasahi dada
menyebak menyesak sukma
apakah hidup sudah tidak bermakna?

tanya pada jiwa
apa mahunya
bergelumang dengan derita !
atau bangkit mengejar bahagia !

jawapan ada dalam dada
tak perlukan nasihat sesiapa
sendiri perlu sedar segera
sebelum hilang nyawa.

~CNM, 10/6/11, 11.55 am~

Kerana kecintaanku kepada-Mu

Kerana kecintaanku kepada-Mu

Aku
ingin jadi
seperti rerumput di padang
jadi makanan kepada hidupan
bukan jadi duri yang menyucuk kepahitan.

Aku
ingin jadi
seperti ombak di pantai
yang memendap pasir putih suci
bukan jadi ombak memendapkan lumpur berdaki.

Aku
ingin jadi
seperti hujan yang mencurah
menyuburkan hidupan di bumi Allah
bukan jadi hujan asid yang menyusah.

Aku
ingin jadi
seperti sungai dari pergunungan
kaya muatan membentuk delta yang menyuburkan
bukan jadi sungai yang melimpahkan banjir kemusnahan.

Aku
ingin jadi
seperti bulan purnama yang terang
menyinarkan cahaya menerangi kegelapan
bukan jadi bulan yang gerhana membawa kegelapan.

Aku
ingin jadi
seperti mentari berseri
sentiasa menyinari alam semesta
bukan jadi malam yang gelita tanpa cahaya.

Aku
ingin jadi
seperti pelangi mewarnai
menghiasi langit ceria berseri
bukan jadi petir yang menyambar mengeri.

Aku
ingin jadi
seperti angin membawa dingin halwa
menyamankan persekitaran yang membara
bukan jadi taufan yang mengorbankan nyawa.

Ya Rabbi
sungguh indah ciptaan-Mu
jadi tanda kebesaran dan keagungan-Mu
tiada Tuhan melainkan-Mu
Laillah hailallah.

~CNM, 10/6/2011, 10.45 am~

Jangan ribut

Jangan ribut

Usah nak ribut
kalau sendiri pun berserabut
lebih baik ikut dan turut
jangan cuba nak mengarut
nanti kena carut
muka naik kerut
tambah kelam kabut
tak patut ribut!!!

Buat mana yang patut
jangan mudah kalut
nanti urusan terbantut
apa kata pekena cendol pulut
kenyangkan perut
mungkin boleh surut
perasaan melalut
yang tak patut.

~CNM, 10/6/11, 8.40 am~

Salam Jumaat

Salam pagi Jumaat
semoga anda sihat walafiat
dicucuri rahmat.

marilah perbanyakkan selawat
kepada rasulullah penyelamat
dunia dan akhirat.

Syukur kepada Allah memberi nikmat
dikurniakan rezeki dan kudrat
mampu mengucap syahadah, solat, puasa dan berzakat.

marilah kita berdoa semoga selamat
dari malapetaka yang dahsyat
sampai hari kiamat.

~CNM, 10/6/11, 8.10 am~

09 June, 2011

Haiku12

Ketuhar Rindu
menghangat rasa kasih
kecur asmara.

Cinta-Mu

Dalam rakulan gelita malam
cinta-Mu terbentang
menunggu kepulangan
musafir kehausan
setitis embun
buat penawar
kembali ke perdu
pohon syariat-Mu

CNM, 9/6/11, 20.33 pm

Pusingan U

TV3 duk kata pembangkang buat pusingan U
agaknya patah balik ke belakang
itu biasalah dalam kalangan politikus
kena ke hulu kena ke hilir
lawat kawasan
jadi apa nak hairan
idealogi pun sekejap ke timur sekejap ke barat.

Macam saya pesan
baliklah mengkaji
peta Allah
apa yang nak dijunjung?
UMNO ke? PAS ke? PKR ke?
ada membantu ke nanti bila mati?
cukup-cukuplah baik betulkan akidah remaja.

CNM, 9/6/11, 20.26 pm

Syukur

gamitan hangat bara Mentari
mengundang keringat Membasahi
sekujur tubuh yang ligat memacu kudrat mencari Rezeki
demi sesuap nasi anak-anak dan isteri yang Menanti.

tubuh itu juga nanti malamnya menahan Dingin
tidur menggerekok berbumbungkan langit berlantaikan Simen
telah berdekad diredahnya kerana ada impian Dipingin
melihat darah daging sendiri tidak menderita Seperti.

Tubuh itulah yang jadi belasan Alam
namun dipercayanya berbakti pada Alam
pasti membawa pulangan yang tersergam
walau dalam kepayahan yang Kejam.

Oh ! Tuhan
kesabarannya jadi Ilham
menyukuri rezekimu yang Datang
mampukah aku bertahan jika Sedemikian?

~CNM, 9/6/11, 16.00 pm~

Cinta Tegar

Cinta yang ditawar
jika telah disambar
usah ditukar-tukar
mantapkan agar
kembang mekar
jadi cinta tegar
tempat kekasih bersandar
miliki cinta berpagar
jiwa berkobar-kobar
tak tersasar
mengikat kata ikrar
sehidup semati dalam sedar
memupuk cinta dalam sangkar
tak berbayar
ciptaan berdua sebelum pudar
di bawa arus belayar.

~CNM, 9/6/11, 14.40 pm~

Pesanan

Pada angin yang menderu
kubisikan kata pesanan rindu
sampaikan kepada sang ratu sukmaku
bahawa kasihku kekal menugu untukmu.

Pada unggas yang berterbangan
kukatakan kata sayang bukan kepalang
sampaikan kepada orang yang tersayang
bahawa cintaku kekal untukmu seorang.

Pada mentari yang menyeri
kulontarkan kata puji yang murni
sampaikan kata menghargai buat isteri
bahawa kasih sayangmu yang sejati amat kuhargai.

~CNM, 9/6/11, 9.45 am~

pagi ini

Pagi yang tenang ini
salam sejahtera salam selamat pagi
kuucapkan kepada semua warga bait kata suara puisi.

Aku bertamu lagi
membaca garapan teman puisi
sudah jadi rutin sehari hari meneliti memerhati.

Kudoakan kalian semua sihat sejahtera sepanjang hari
berbahagia bersama tugasan, keluarga mahupun bersendiri
sesungguhnya rasa keakraban semakin tinggi.

Bermulanya hari memberi tanda berjalan pencarian rezeki
berusahalah dengan sabar kerana rezeki Ilahi pasti
cuma pastikan ianya sumber yang halal jika mahu dirahmati.

Saya masih dalam bercuti
dapatlah menjeguk ke mari awal pagi
kalau sudah bekerja petang baru datang ke sini.

Sudah anda bersarapan pagi?
kesihatan kena jaga kalau tak susah nanti
dah terbaring tak boleh buat apa lagi.

~CNM, 9/6/11, 8.50 am~

08 June, 2011

Betul

Kita perlu perbetul
apa-apa saja yang tak betul
mulakan dengan niat yang betul
ikuti pelaksanaan dengan cara yang betul
barulah kita dikira betul
kalau tak betul-betul
nanti kelihatan tolol
nanti ada yang menyumpah bahalul!
buat betul-betul
ada betul?

~CNM, 8/6/11, 23.30 pm~

High School Kajang

High School Kajang
namanya sudah terbilang
warganya cukup cemerlang
mencatat sejarah yang gemilang
wahai warga KHS yang budiman
tanamkan rasa kasih dan sayang
kepada sekolahmu yang berwawasan
sekolah tempat membina insan
jangan pandang ringan
ikuti setiap pembelajaran dan pengajaran
hormati guru yang menunjukkan jalan
berkat ilmu hidup berjaya sepanjang zaman.

CNM, 8/6/11, 22.50 pm

Relakkan diri

Aku bukan pentingkan diri
atau syok sendiri
jika keluargaku tak pergi
aku pun tak mahu pergi
ronda boleh pergi lain kali
bersama keluarga itu 'prioriti'
esok masa ada lagi
putajaya pun bukan tak pernah pergi
ada rezeki sampaiku nanti.

Balik kepada puisi
agaknya rakan di sini
dah boleh digelar 'hantu puisi'
jangan kecil hati
malam-malam ni 'best' juga gelikan hati
siang tadi penat di opis dari pagi
malam relakkan diri
esok nak bangun awal pagi
sambung tugasan yang berbaki.

~CNM, 8/6/11, 22.15 pm~

Ronda jom

Sudah lama dah tak keluar meronda
rasa nak ambil udara
nak keluar tengok-tengok lampu ke Putrajaya
asyik duk belik ruang puisi bait kata suara
sesekali ok juga bawa keluarga
santai menikmat panorama
malam yang dingin sejuk terasa
nanti saya 'snap' gambar dua tiga
tunggukan nanti akan ke udara
kalau tak malam ini esok masih ada
jom kita!!!

~CNM, 8/6/11, 21.50 pm~

Nukilan ke 1000

Tahukah teman-teman?
inilah nukilan ke seribu yang saya garapkan
itu catatan di laman blog saya kendalikan
dalam perkiraan mungkin lebih telah dihasilkan
syukur kepada Tuhan yang memberi Ilham.

Minat menulis telah lama terpendam
sejak dari memegang status warga pendidikan
saya pupuk perlahan-lahan
sejak kebelakangan ada ruang dan kesempatan
lalu saya abadikan buat tatapan.

Idea datang dari pelbagai ragam
terlintas saja saya tuliskan
tak kisah apa genre janji saya suarakan
moga ada yang terkesan
dengan apa yang saya sampaikan.

Sambil menambah kosa kata yang serba kekurangan
saya perbaiki akan persembahan
jika teman-teman teliti mungkin ada peningkatan
walau pun ringkas mungkin padat dengan bahan
boleh dijadikan panduan dan tauladan.

Ingin sekali saya menulis seperti sasterawan
namun rasanya banyak lagi yang perlu diperhaluskan
saya akan cuba bertahan dan kembangkan
minat saya ini selagi ada kekuatan
mengharapkan sokongan dan teguran teman-teman.

Terima kasih kepada yang tak jemu membaca nukilan
tanpa rakan-rakan siapalah yang sudi bacakan
andai ada silap salah sepanjang penulisan
dari hujung rambut ke hujung kaki saya mohon diampunkan
kerana saya takut saya tidak diredhai Tuhan.

Kepada teman-teman
sampaikan walau sebaris ayat yang kita faham
moga ianya nanti jadi bekalan
menyelamatkan kita dari penyesalan
di alam yang belum tentu apa kesudahan.

Cukup dulu untuk penutupan
mungkin saya garap lagi pada lain pertemuan
tergur-tegurlah saya jika ada kesalahan
sesungguhnya kita bersaudara di sisi Tuhan
sama-sama menengak kebenaran.

~CNM, 8/6/11, 18.00 - nukilan ke 1000~

Rintik hujan

Rintik hujan yang berguguran
menempias gemalai ke laman
membawa dingin menyergah hangatan.

Senja kian malap menanti malam mengasyikkan
sayup-sayup guruh kedengaran
membelah sunyi sore yang kian kejauhan.

Aku masih di sini menikmati angin petang
membaca puisi garapan adik, kakak, abang
mendamaikan hati yang walang.

Terima kasih teman-teman
sudi mengarap bahan bacaan
moga sejahtera hidup kalian.

~CNM, 8/6/11, 17.40 pm~

Benih cinta

Jika benih cinta yang disemai
tidak ingin tumbuh-tumbuh
hatta, tunas pun enggan bercambah
sudah tentu tanahnya tidak serasi
atau barangkali benihnya benih yang 'kodi'
eloklah merantau mencari
jadi kelasi
belayar mengintai taman syurgawi
buat menyemai benih cinta suci
untuk permaisuri hati.

~CNM, 8/6/11, 17.07 pm~

Bulan madu percuma

Keganasan rumahtangga
sering kali jadi bahan media
menteri perpaduan dan kebajikan kena peka
fikirkan satu program bina keluarga bahagia
saya ada satu idea
nak tahu apa dia?
apa kata wujudkan suasana
yang cukup menguja
suami isteri rasa diharga
dapat mereka habiskan masa bersama
setahun sekali diberi bulan madu percuma
ala! tak perlu ke luar negara
dalam Malaysia pun baik punya
ha ha ha..
apa kata anda?

~CNM, 8/6/11, 16.50 pm~

Karangan rindu

Karangan rindu
subur membenih rasa kasih
menghiasi biru laut asmara
indah dua jiwa menyelami bersama
menikmati panorama tautan karangan janji
melenggok menuruti arus cinta
warna warni di dasar laut hati
bagai pelangi menyeri
pelamin kasih yang disandingi
bahagia meniti hari
bersama cinta abadi.

~CNM, 8/6/11, 16.20 pm~

Pupuk cinta

Aku memupuk rasa cinta
dari alam remaja hingga lewat usia
cinta yang kubina bersama ratu jiwa
kutahtakan ke singgahsana
kubajai dari masa ke semasa
gelak tawa gurau senda
menghiasi kamar rumahtangga
kurapikan dan kujaga
cinta yang kembang berbunga
agar tidak layu hingga hujung nyawa
syukur anugerah dari-Nya
kupunya cinta bahagia.

~CNM, 8/6/11, 15.50 pm~

Benar

Peta Allah petunjuk yang benar
Rasulullah mengajar yang benar
maka turutilah yang benar
kenapa nak "konar-konar"?
sengaja buat nanar
nak menghalalkan onar
dasar !
nak menegak yang pudar
calar balar
hambar.

Sedar
yang benar tetap benar
menengak yang benar itu benar
tiada yang lebih benar dari yang benar
susah benar
nak terima yang benar
jangan tersasar
pilih yang benar
sabda rasulullah benar
peta Allah benar.

~CNM, 8/7/11, 13.00 pm~

Hati yang keruh

Hati yang keruh
dengan segala sisa kehidupan
menyuramkan wajah
sukma terbelenggu debu halus
tak kelihatan namun membebankan.

Heningkan
bagai air yang penuh ampaian
kandungi selut debu kekuningan
biar dia tenang
nerscaya ia mendap ke dasar.

Begitu jua
kekeruhan hati
biarkan ia tenang
nantinya sisa kejelikan
mendap ke dasar hati.

~CNM, 8/6/11, 10.30 am~

Elektromagnet

Hidup kian canggih
guna alatan elektronik
dari dapur hingga ke bilik tidur
kebanyakkan berfungsi dengan sinaran gelombang
ya ! gelombang elektromagnet
sedarilah
gelombang ini tidak berbau
gelombang ini tidak kelihatan
sepertinya angin.

Hidup kita tercemar
tidak seperti pencemaran air
tidak seperti pencemaran udara
elektromagnet !
bagai api dalam sekam
bagai gunting dalam lipatan
merosakkan tanpa disedari
membarah
jangan tersedar setelah parah.

~CNM, 8/6/11, 9.45 am~

Kita bebas

Kita lahir dan bebas
menentukan arah hidup sendiri
berpandukan peta Allah
jadi kenapa?
menjadikan badan sangkar
yang memenjarakan segala perasaan
resah
hati membarah
sukma yang bernanah
dan segala emosi yang tak membahagiakan.

Tidakah kamu ingin berbahagia?
jalan yang tepat telah digariskan
tinggal lagi kita yang pilih laluinya
jadi kenapa tidak?
ambil pedoman
bina kesejahteraan
hilangkan resah
rawati hati yang membarah
sucikan sukma yang bernanah
dan nikmati hari-hari indah yang diimpikan.

~CNM, 8/6/11, 9.20 am~

Sinar pagi

Tahukah kamu?
pagi yang menjelma saban hari
membawa sinaran
membawa harapan
semoga tetamunya bersemangat kental
meredah perjalanan sepanjang hari
ditemani sang mentari
berjuang dalan kehidupan
tanpa
rasa takut
rasa ketinggalan
semuanya ada di tangan
hayunkan sederasnya mengapai
impian yang tak mungkin datang melayang
bangkitlah dengan kekuatan menghormati sinar bawaan pagi.

~CNM, 8/6/11, 9.09 am~

07 June, 2011

Tak jadi gawa

Tak jadi gawa
kalu muduk sebek
acu bangun gi jenguk
kelih tengok ore buat gapo
ni dok, belekar mace ula sawo
pah tu nak murih ko ore
kalu diri ketingale
tak sir capur denga ore
buat ha sediri
sapa kiamat tak maju.

~CNM, 7/6/11, 21.40 pm~

Di sana menanti, Di sini menunggu

Di sana menanti
Di sini menunggu
Cinta yang pergi
Sukar diketemu.

Di sana menanti
Di sini menunggu
Cinta yang murni
Sering diburu.

Di sana menanti
Di sini menunggu
Cinta diberi
Kasih bertamu.

Di sana menanti
Di sini menunggu
Cinta yang abadi
Cinta yang satu.

Di sana menanti
Di sini menunggu
Cinta memberahi
Cinta nafsu.

Di sana menanti
Di sini menunggu
Cinta kepada Ilahi
Cinta yang jitu.

~CNM, 7/6/11, 19.20 pm~

Mohonlah berlindung

Jika hati dibisikkan kata merayu
mengkiblatkan ke arah yang menyongsang
dari syariat yang sepatutnya jadi pegangan
berhentilah sejenak
sedetik merenung mungkin menyelamatkan
dari tergelincir ke cenuram kehancuran.

Ingat! kita telah difirmankan
dalam hidup ini ada musuh yang nyata
akan menyesatkan makhluk bernama manusia
sentiasa olehnya
membolak balik hati dan jiwa
terpedaya cintakan kerosakkan dan kebinasaan.

Mohonlah
berlindung dari syaitan yang direjam.

~CNM, 7/6/11, 13.40 pm~

Pesan untuk politikus

Wahai ahli politik yang hebat
saya ini cuma beri pendapat
yang mungkin boleh dilihat
untuk capai kata sepakat
hidup aman penuh berkat.

Wahai politikus
usah berlumba mencari salah siapa
apa kata sama-sama tegakkan agama
ajaran yang datang dari-Nya
itu lebih bermakna.

Wahai wakil rakyat
jangan hanya pandai mengayat
jalankan amanat
kerana kamu akan disiasat
pada hari akhirat.

Wahai pemimpin rakyat
usah bangga berbuat jahat
yang buruk pasti terlihat
pimpinlah ke jalan benar bukan menyesat
tugas kamu memang berat.

~CNM, 7/6/11, 13.17 pm~

Jangan dikesali

Seringkali dan selalunya
kita mengharapkan pelantar langit
membiru dengan awan memutih
mentari menyinar terang sepanjang hari
angin meniup elus membawa dingin
pelangi berkembar mewarnai
pepohon menghijau melambai
rerumput mengharum di bumi

NAMUN

jika pelantar langit
kelabu dengan kepulan awan hitam
hujan melontar butiran kotoran
mentari menyorok malu
angin rakus membadai
pepohon bergelimpangan
bumi ditakungi sisa-sisa kejelikan
jangan sesekali dikesali.

~CNM, 7/6/11, 12.00 tgh~

Ingin saya tuliskan

Ingin saya tuliskan satu persatu
kisah sepanjang hidup
buat tatapan di hari senja
jadikan renungan
adakah telah saya pergunakan
waktu ke jalan yang diredha
atau mencalit lumpur ke badan sendiri.

Namun tangan ini tidak mampu
kerana minda gagal mengimbas kembali
detik-detik yang telah berlalu
hanya doa mampu diteruskan
semoga hidup saya dirahmati
mendapat keredhaan Ilahi
dan takdir yang menyebelahi.

~CNM, 7/6/11, 11.30 am~

Kita sama

Selagi berbumbungkan langit
selagi berlantaikan bumi
kita sama
sama merahnya darah yang mengalir
perlu mengaji dan mengkaji peta Allah
yang ditinggalkan kekasih-Nya
Muhammad Rasulullah
kerana itulah penyelamat
di alam yang bakal kita berlabuh.

~CNM, 7/6/11, 10.20 am~

Mimpi penggali kubur

Entah mengapa
untuk yang satu ini
hatiku tak mampu lagi bertahan
bercucuran air mata pilu
sedang sudah beratus kali
aku sediakan untuk mereka
tanpa merasai apa yang kurasakan ini.

Tanah itu aku kerjakan
dengan petak-petak mengikut ukuran
ada yang panjang ada yang pendek
mengikut kehendak mereka
namun kali ini aku tidak perlukan ukurannya
seakan ada dalam kepala panjang pendeknya
yang perlu aku sediakan.

Dalam esak tangis
sebak dada menyekang nafas
ruang sempit untuk menunggu
akan kepulangan telah sempurna
serentak itu tersentak aku di pembaringan
dengan keringat dingin membasahi
astarafirullah hal'azim, aku bermimpi
menggali kubur sendiri.

~CNM, 7/6/11, 9.35 am~

06 June, 2011

Berbaki nyawa

Dalam berbaki nyawa
saya tidak ingin derita
terperosok di penjuru duka
bersama secebis tisu buat mengelap air mata
tanpa berbuat apa-apa.

Saya ingin jadi insan yang bermakna
pada diri, keluarga, bangsa dan agama
berdiri setanding mereka yang berjaya
sekurangnya tidak mengecewa
hati sesiapa.

Anda bagaimana
ada cita-cita yang didamba?
ayuh ! sama-sama kita berlumba
mengapai puncak jaya
ikhlas dan menurut syariat-Nya.

~CNM, 6/6/11, 19.40 pm~

Senja berbicara

Senja berbicara
mengingatkan baki usia
jangan dipersia-sia waktu yang tersisa
masa kian singkat antara
badan dan nyawa
untuk bersama.

Senja melambai mesra
dari ufuk berlatar langit jingga
berpisah buat sementara
tinggalkan hari penuh tanda tanya
apakah pahala atau dosa
yang ditimba.

Malam pun tiba
membawa petanda
berakhirnya hari menambah usia
masa kian tiba
saat kita kembali kepada-Nya
mohon diampunkan yang Esa.

~CNM, 6/6/11, 18.45 pm~

Terima kasih sayang

Senyumanmu

duhai isteri penambat hati

syukur kepada Ilahi

dipertemukan kasih yang suci

dalam ikatan satu lafaz yang diredhai.


Kasih sayangmu

duhai isteri tak berbelah bahagi

anugerah yang kuterima daripada Ilahi

alhamdullilah nikmat yang kusyukuri

moga kasihmu kasihku kekal abadi.


Cintamu

duhai isteri suci lagi murni

tepat bagiku memilih kamu ratu hati

terima kasih kerana sudi

memberikan daku ruang di sudut hati.

~CNM, 6/6/11, 17.40 pm~

Duhai Anakku



Duhai anakku
senyumanmu kurindu
detik-detik bersamamu
membenih rasa damai ke benakku
gembiralah selalu
hiburkan hati abah dan ibu.

Duhai anakku
abah dan ibu memberi yang termampu
moga menghiburkan hatimu
dalam pinjaman waktu untukmu
mendidik dan membahagiakan kamu
itulah tugasan abah dan ibu.

~CNM, 6/6/11, 13.30 pm~

05 June, 2011

Atas nama cinta

Atas nama cinta
jiwa dan raga diserah segala
pada uda/dara yang ditahta
mengharap bahagia ke hujung nyawa
sanggup setia ke mana saja
walau diri digigit duka.

Atas nama cinta
relanya berendam air mata
janji yang ditahta hati terjaga
mengharap cinta kekal selama
sanggup mengalah dalam apa suasana
walau diri dicengkam bara.

Atas nama cinta
ramai yang hidup melara
asalkan diri di samping si dia
berdoa agar dikurniakan bahagia
sanggup melupa sukma terluka
walau diri diracun barah kata.

Atas nama cinta
hidup juga boleh teruja
jadi pemuja setiap masa
mendambakan kasih membunga
kembang berbuah segugus sejahtera
buat peneman sebelum bertemu-Nya.

~CNM, 5/6/11, 9.15 am~

"Muka Buku"

"Muka Buku"

laman sosial terkini alaf baru

jadi medium untuk bertemu

serata dunia jadi satu

IT jadi pembantu

merapatkan yang jauh berbatu-batu.


Dalam ini muka buku

macam-macam hal berlaku

ada yang baik menyenangkan kalbu

ada yang buruk merobek jiwa bercelaru

terpulang kepada pengguna menentu

mana satu yang nak diburu.


Ramai anak muda jadi ahli muka buku

jadi tempat meluah isi hati yang terbuku

tak kurang yang leka sampai tak baca buku

tak pandai nak bahagikan waktu

mana satu nak didahulu

antara pelajaran dengan santai melulu.


Yang tua juga suka cari kawan dulu-dulu

merapatkan hubungan setelah lama tak bertemu

ada yang terharu

mengenang kisah yang telah berlaku

terpisah oleh jarak dan waktu

bertemu semula dalam muka buku.


Aku juga ahli muka buku

jadi satu alat menyampai ilmu

ikut rentak murid yang suka muka buku

sekurang tak membazir waktu

dapat informasi terbaru

luaskan pengetahuan tambah ilmu.


Muka buku

kalau kena cara boleh membantu

jangan pula guna untuk jadi 'hantu'

ambil kesempatan buat jenayah alaf baru

sepatutnya gunakan untuk lebih maju

membangun diri ke mercu.


Kalau nak tulis panjang berbatu

macam-macam yang kita jumpa dalam muka buku

yang baik ambil sebagai contoh jitu

yang buruk tolak ke tepi biar di situ

kita yang menentu

ke mana hala tuju dalam muka buku.


~CNM, 5/6/11, 8.45 am~

Malam yang perih

Malam yang mengesot perih
suram kelam tanpa cahaya
embun berjurai seakan menangis
meratapi sepi yang merantai
terikat dalam pilu di pancang resah.

Nafas lemas menyesak ke dada
mencengkam rasa ke lubuk gelora
bila tiada keserasian impian dan harapan
bertingkah-tingkah igauan memalu jiwa
memelodikan rentak sumbang ke telinga sukma.

~CNM, 5/6/11, 00.02 am~

04 June, 2011

Luahkan

Coretkan
walau sebaris ayat
kerana suara hati yang tak terluah
akan bisa jadi barah jiwa
merosak sukma.

Puisikan
kata suara yang tersimpan
garapkan dalam bait-bait indah
agar terlerai kekusutan membelit
tenang sanubari.

Sampaikan
isi hati yang terbuku
agar orang akan tahu
rasa hati kamu yang itu
persahabatan jadi kian padu.

~CNM, 4/6/11, 8.15 am~

Semalam

Semalam yang mencalarkan pilu
telah kugilapkan dengan embun kesabaran
kedinginan pagi menyinarkan ketenangan hati.

Kelmarin yang mengusik jiwa
telah kusimpan dalam lipatan memori
jadi kenangan buat menempuh hari-hari mendatang.

Hari ini aku jadi lebih tegar
tabah dengan segala mainan dunia
yang buat aku belajar dan belajar tentang kehidupan.

~CNM, 4/6/11, 8.00 am~

03 June, 2011

Saya tak ingin menyakiti

Saya tak ingin menyakiti
kerana saya tahu akan sakitnya disakiti
saya hanya ingin menasihati
kerana saya yakin akan ada yang terbuka hati
menerima realiti menolak mimpi
sama ada yang telah dilalui atau bakal terjadi.

Saya bukanlah ahli psikologi
namun saya ada mengkaji
meneliti dan memerhati
apa yang kita tak suka terjadi kepada diri
jangan diharapkan menimpa kepada saudara sendiri
doakan kesejahteraan semua bukan membenci.

Jika kita sedar kita makhluk Ilahi
jangan sesekali meninggi diri
kita sama saja di dunia ini
pangkat darjat harta benda hanya diberi
tiba masa akan diambil kembali
yang berguna hanya amalan suci.

Ya Rabbi
ampuni kami
andai ada antara kami
lalai leka dengan hal duniawi
kurniakan nur keimanan kembali mentaati
syariat-Mu akan membawa kami
ke tingkat ketakwaan paling tinggi.

~CNM, 3/6/11, 22.15 pm~

Sebelum membuka jendela

Sebelum membuka jendela
dan menyingkap tirai kamar
cerminkan dulu rupa wajah
layakkah untuk mengintai pelangi
menyeru pada bayu menyampai pesan
hati tergamit pada sang rupawan
yang belum tentu memandang
sudahnya nanti bercucuran
air mata pilu.

~CNM, 3/6/11, 21.31 pm~

Apa salah anak ini?



Apa dosa anak ini?
bukan dia yang pinta dilahirkan begini
semuanya ketentuan Ilahi
jika kamu yang diuji
boleh kamu hadapi?
kukira belum tentu lagi...

Saat dia bertarung nyawa
di mana kamu semua?
ada kamu datang bertanya?
ada kamu datang tunjuk muka?
aku dan keluargaku yang di sisinya
jadi apa salahnya aku gembira?

Ingat kita sama saja
yang membezakan kita hanya takwa
jangan dicari cacat cela saudara seagama
itu dimurkai yang Esa
buat sesuatu itu dengan ikhlas jiwa
disokong dengan cara mengikut syariat-Nya.

Ya Allah
jauhkan daku dari golongan yang suka menghina
pangkat dan darjat berjela
wang berjuta
semua tak bermakna
aku hanya ingin diredha.

Jika anak ini dicerca
sama seperti kamu merobek jiwa
demi kerananya aku sanggup korban nyawa
aku datang bukan untuk menyakiti sesiapa
menulis menyampai apa yang aku rasa
hanya kerana-Nya.

~CNM, 3/6/11, 15.15 pm~

Salahkah aku?

Salahkah aku punya anak istimewa?
Salahkah aku menulis tentang anak istimewa?
Salahkah aku menulis tentang darah daging sendiri?
aku tidak minta simpati sesiapa
kerana aku tahu itu amanah yang perlu aku jaga.

Salahkah aku berkongsi rasa?
suka duka tawa ria
punya anak istimewa
aku rasa bangga kerana dikurniakan anak sebagai harta
walaupun tak sempurna namun dia juga manusia.

Syukur kepada Yang Esa
rezeki dari-Mu kuterima
akan kujaga selagi ada nyawa
umpat keji kata menghina
kuserah kepada-Mu menyedarkannya.

~CNM, 3/6/11, 9.30 am~

02 June, 2011

Kelmarin yang pilu

Pernahkah kamu terfikir?
kenapa kelmarin begitu pilu
menangis sedu sedan
hinggakan matanya membengkak
dah menadahkan tangannya
mengutus doa yang tak putus-putus
memohon agar tidak terjadi apa-apa
menimpa sekelian makhluk
yang pada hari ini
tingkahnya lebih buruk dari semalam
dan pesan kelmarin
dalam nada bicara sayu sekali,
"renung-renungkan dan selamat beramal".

~CNM, 2/6/11, 22.15 pm~

Gamitan suara

Deburan ombak rindu
membelai pesisir pantai hatiku
desiran bayu kenangan
meniup ke pipi sukmaku
camar putih menyanyikan irama sayu
seakan memahami suratan sanubariku
alunan olak-olak sepi
membuai seluruh ragaku
dan aku digamit gemalai
bisikan suara memuji kebesaran-Mu
Allahuakbar.

~CNM, 2/6/11, 21.55 pm~

Apabila perut bernyanyi

Apabila perut bernyanyi
minda tak henti menari
mencari-cari di pentas memori
apa masakan dikepingini
lantas pensil selera mencatat senarai terkini
dipersembahkan ke meja hati
lalu peti suara berbunyi
minta isteri sediakan cekodok bilis wangi
bersulam teh kosong yang digemari
buat menutup mulut perut yang berbunyi
sambil menulis puisi tak henti-henti
dan siapa nak makan cekodok datang kemari.

~CNM, 2/6/11, 21.05 pm~

Saya pasti

Saya yakin dan pasti sekali
setiap dari kita
sering tiba di persimpangan
yang memerlukan kita mengambil keputusan
memilih antara dua
ke kiri atau ke kanan
suka atau tidak
satunya perlu dilalui
dan jika jalan yang kita putuskan itu
penuh dengan onak dan duri
tak terlambat untuk kita kembali
berpatah ke belakang
menyelusuri satu lagi jalan tadi
yang mungkin berupa jalan lurus
diredhai dah dirahmati.

~CNM, 2/6/11, 20.50 pm~

Hebatnya air

Hebatnya kelembutan air
bisa memecahkan keras batu
titisan lembut yang melekukkan
apa maknanya itu?
usaha perlu diteruskan
jangan sekali berputus asa
teruskan jua
pasti ada hasilnya.

Hebatnya kedinginan air
bisa memadamkan marak api
curahan kedinginan yang melenyapkan
apa maknanya itu?
ketenangan membawa kemenangan
padamkan kemarahan dengan kesabaran
diam tak bererti mengalah
sekadar meredakan keributan.

Jadilah seperti air
sentiasa merendah diri
dinanti-nanti seluruh alam.

~CNM, 2/6/11, 20.30 pm~

Cinta basi

Cinta yang tak suci
sukar nak dimengerti
hanya yang menempuh merasai
perihnya hati
di tusuk duri janji
yang tak pernah ditepati
hanya mainan kata yang ditaburi
satu pun tak menjadi
cinta yang dihidang tak dipeduli
sejuk dingin tak memberahi
sudahnya jadi cinta basi.

~CNM, 2/6/11, 17.45 pm~

Ingat kawan

Ingat kawan
tujuh lautan buih sekali pun
tidak bisa memadam setitik tinta noda
jika telah dicoretkan pada kain putih
itu hanya dalam kamus minda manusia
yang lupa bahawa mereka juga insan biasa.

Setelah menyedari kita tersalah tata susila
kembalilah memohon kepada yang Esa
keampunan masa ke semasa
tuhan maha kaya
lagi pengasih dan menyayangi
kepada siapa lagi kalau bukan kepada-Nya
untuk meminta.

~CNM, 2/6/11, 17.35 pm~

malas nak kata apa....

Jika kita mencari
pasti kita akan jumpa
masalahnya kita duduk tak buat apa-apa
nak salahkan siapa
jika apa yang kita damba
tak kunjung tiba
hanya air mata
mengalir jatuh ke dada
dada pun sebak hiba
adeh..!!! malas nak kata apa....

~CNM, 2/6/11, 13.30 pm~

Kita punya mata dan telinga

Kita punya sepasang mata
memandang luas alam fana
melihat yang benar juga yang dusta
tundukan pandangan jauhi dosa
kerana apa yang disaksikan akan dipertanya.

Kita punya sepasang telinga
mendengar isi alam bergema
mengambil iktibar dari himpunan Sabda
lindungi diri dan keluarga
dari tipu daya musuh yang nyata.

Kita diberi percuma
serba serbi kenikmatan di dunia
sentiasalah, mengucap syukur kepada-Nya
tanda terima kasih tak terhingga
atas kurnia yang Esa.

~CNM, 2/6/11, 10.10 am~

01 June, 2011

Suci cintamu


Duhai kasih

senyummu itu

kutahu seikhlas kasihmu

tak pernah sirna

kekal terukir tak termamah masa

lengkung ulas bibirmu

seakan melekit di jiwaku

tanpamu hidupku sepi

dicengkam keperihan

moga dirimu

ditakdirkan di sisiku

ke hujung waktu

terima kasih, kasihku.

~CNM, 1/6/11, 22.50 pm~

Senyumlah

Senyumlah jika kamu mampu senyum hari ini
tak perlu disimpan-simpan
mungkin ini ruang dan peluang
yang hadir bagai kilasan kilat di dada langit
setelah pelangi pergi, esoknya
belum tentu muncul lagi warna warni
yang berlatarkan langit biru
dibimbangi awan kelabu meneduh
melenyapkan bayangan tawa
yang semalamnya terpantul
seakan lukisan di lantai perak.

~CNM, 1/6/11, 22.10 pm~

Aimran



Sejarah hidupmu Aimran
tidak semanis senyuman itu
penuh dengan kesakitan
walau kamu tak mampu ucapkan
abah tahu peritnya
hanya doa dan air mata
dapat dipanjatkan
semoga kamu dikurniakan
kesihatan yang berpanjangan
jangan ada lagi ujian
Oh!!! Tuhan
biarlah anak ini
dengan berbaki hayatnya
dapat senyum seperti mahunya ingin senyum
sesungguhnya Engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang.

~CNM, 1/6/11, 21.35 pm~

Tahukah kamu

Tahukah kamu
siang hebat dengan terang cahaya
malam hebat dengan gelap gelita
keduanya sama
punyai kehebatan yang jelas lagi nyata.

Kita pun perlu tahu
kita makhluk terhebat dicipta
jadi tidak patut kita rasa kecewa
harus bagi kita rasa istimewa
diangkat sebagai khalifah di dunia.

Syukuri apa yang kita ada
bukan mengeluh apa yang kita tiada
jika kita belajar meredha
yakin bahawa anugerah-Nya
akan tiba dari arah yang tak disangka.

Kesabaran itu tuntutan agama
amalan molek peribadi mulia
hati tenang damai sentosa
bersangka baik kepada yang Esa
pertolongan-Nya pasti ada.

~CNM, 1/6/11, 20.10 pm~

Resmi bunga



Wahai bunga
mata tertawan pada moleknya rupa
walau hanya seketika
hadirmu cukup mempesona.

Jangan kita manusia
dikatakan ada tiada tak memberi makna
tak membawa apa-apa
sia-sia.

Ikuti rasminya bunga
mengharum wangi ditangkainya
walau sedar diri akan layu jua
tak sekali layu sebelum masanya.

~CNM, 1/6/11, 18.45 pm~

ada faham?

Dalam kekalutan pertikaman lidah
sudah pasti ada yang terhiris luka
kerana tajamnya lidah
saya tidak ingin tahu berapa tajamnya lidah
saya ingin mengingatkan
pilihlah berdiam
apa bila kamu diserang
kerana selalunya yang menyerang
seringkali dilihat melakukan kesilapan
nah!!! percuma saja kamu boleh menang
ada faham?

Apa yang kamu harapkan

Apa yang kamu harapkan
dari teman-teman
sedang kamu sendiri ingin menjauh.

Jangan disalahkan hujan
jika kamu sendiri tidak bersedia dengan payung
biarkan basah dan rasakan dinginnya.

Kita hanya mampu merancang
namun ketentuan-Nya jua yang terbaik
pahit atau manis itulah bahagian kita
boleh terima?

~CNM, 1/6/11, 16.15 pm~

Kekacauan ilusi

Kamu pernah lihat bayangan purnama di permukaan kali?
sungguh indah sekali, mengasyikkan
tapi bagaimana kamu bisa gambarkan
bayangan di tasik hati
sedang kamu sendiri tercari-cari
imbasan di olak sanubari
sukarnya melakar di kanvas memori
jika ianya bukan realiti yang ditempuhi
selebihnya ia cuma kekacauan ilusi.

~CNM, 1/6/11, 16.00 pm~

Tidak ingin jadi diri

Pernahkah kamu rasa?
seperti tidak ingin jadi diri kamu
kenapa?
kecewa dengan jiwa?
dah tak sanggup nak kembara?
ahh!!! lekas sangat putus asa
ambil maklum kejayaan setia
tak pernah mengecewa
akan ditunggunya hingga tua
tinggal lagi kita
tentukan jalan ketemu dia
sabar ya
tak ada apa-apa
bolehnya!!!

~CNM, 1/6/11, 15.00 pm~