Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Dalam terang cahaya mentari dalam terang cahaya purnama masih kedapatan insan yang dikelubungi kegelapan gagal menyeka kelopak mata untuk tidak meraba-raba dalam kebutaan. Bukakan jendela hati bukakan pintu sukma agar cahaya kesedaran menyuluh kegelapan membawa sinar ke dalam jiwa bertunas pucuk keinsafan dalam setiap pandangan.
No comments:
Post a Comment