Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Sejujur mana pun kata-kata jika dibisik ke telinga curiga syak wasangka tetap bersultan di jiwa hati tetap bernanah cairan buruk sangka muka mencuka sepanjang masa. Seburuk mana pun kata-kata bila dibisik ke telinga alpa kepalsuan tetap dilihat bagai bunga hati tetap menerima walaupun dihina muka bersahaja tak rasa didusta.
No comments:
Post a Comment