Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

12 February, 2013

Renungkan

Renungkan

telah diutuskan rasul pilihan
membawa cahaya kebenaran
menyuluh umat dalam kegelapan
menunjuk jalan pulang...

telah didoakan akan kesejahteraan
terjaga dari bencana luar jangkaan
maka diperkenan pemilik seluruh alam
hanya umat yang hilang pertimbangan...

rasul pilihan
mengingati umat akhir zaman
tidak diajarnya;
membuka aib orang,
mengkafirkan orang,
bertelagah sesama umat Islam...

dalam sejarah perjuangan
rasul membawa perpaduan
lihat umat akhir zaman
kerana kuasa perang jadi pilihan
kerana kuasa saudara seagama ditikam
menongkah pesanan perpaduan diketepikan...

tunggulah azab kehancuran
janji-janji-Nya tiada yang didustakan.

CNM, 24/1/13, THMK.

No comments:

Post a Comment