Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

13 February, 2011

Kerana cintaku

kerana cintaku kepada-Mu Ya Rabbi
kupanjatkan doa-doa
moga hatiku tidak terpesong
dari beriktikad;
Kaulah Tuhan Yang Satu
Rasulullah itu persuruh-Mu
syariat-Mu jalan lurus yang perlu kulalui.

kerana cintaku kepadamu Ayah-Bonda
kukirimkan doa-doa
moga kamu dirahmati Ilahi
hadir nanti bersih suci
tergolong dalam golongan diredai
ditakdirkan ke Firdausi.

kerana cintaku kepadamu Sayang
kuserahkan jiwa raga
moga kasihku takkan hilang
kekal bersemi ke hujung nyawa
mendamaikan hatimu dengan tenang
mengusir duka lara.

kerana cintaku kepadamu aimran:azahara
kukorbankan masa
melayan apa jua
moga kasih abah membahagia
kamu berdua
meniti alam dewasa.

kerana cintaku pada diri
kumengabdi kepada Ilahi
menumpang kasih kepada isteri
mencurah bakti kepada zuriat sendiri
moga nanti tiada sesalan menghantui
sepanjang usia ini.

CNM, 13/2/11, 10.30 am

No comments:

Post a Comment