Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

22 February, 2011

Bungaku

Bungaku dibakar mentari
melayu tunduk kekeringan
senja tadi kusirami dengan air pili
moga reda panas kehausan
maafkan aku kerana tidak mampu
memberikan bekalan kedinginan
kerana aku jua dibakar hangat mentari
kucuba berlindung
di bawah rimbunan rahmat Tuhan
agar mampu menjagamu
dari hangat mentari.

~CNM, 22/2/11, 20.50 pm~

No comments:

Post a Comment