Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Aku masih berlabuh menunggu redanya ribut membadai kulihat punah alam dijejasi ditambah insan mencemari mulusnya telapak tangan selepas badai itu kukumpul segala kudrat mendayung biduk perjuangku meredah ganas gelombang kehidupan angin yang pergi membawa bersama doaku dihadapkan kepada Yang Maha Mengasihani agar menghujani perjalananku dengan titis rahmat.
No comments:
Post a Comment