100pp: tentang esok
...bicara tentang esok yang telah tercatat di lohmahfuz. Tiada siapa
yang tahu apa yang akan berlaku. Pengharapan dan berdoalah, semoga yang
baik-baik tertakdir. Usah terlalu memikirkan tentang hari esok. Usah
menyenakkan tenang minda. Esok ini sesuatu yang belum pasti. Esok adalah
takdir. Jika hari semalam membawa luka yang dalam, jadi punca
kesedihan. Hari esok belum tentu mendung terus bergumpalan. Mentari
sentiasa ada untuk zahirkan seri pelangi. Biarkan hari esok tiba.
Tempuhi dengan redha, terima bahawa ketentuannya adalah ketetapan yang
terbaik buat kita. Sepertinya angin biarkan ia datang dan biar ia
berlalu. Apapun yang bakal berlaku, hari esok akan berlalu pergi...
CNM, 23/12/12, 10.17pm, THMK
No comments:
Post a Comment