Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Kujejaki lagi
tanah tempat kelahiran
terasa sungguh damai
kala memijak bumi bertuah
menjunjung langit yang menjadi saksi
dan aku tidak pernah lupa
dari sini asal usulku.
Walau warganya
yang kukenali satu satu pergi
selagi mampu
akan kujengok kemari
kenangan suka duka meniti dewasa
mengajar aku erti kehidupan
jangan dilupa dari mana kita datang.
No comments:
Post a Comment