Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

26 August, 2011

Laut Kasih XXX

Kasih
kala aku resah
dikaulah jadi penenang
beri kekuatan
menempuh segala yang mendatang
kutahu kerana sifat kasihnya kamu.

Kasih
kala aku berduka
dikaulah jadi penghibur
beri harapan
melepasi segala cabaran
kutahu kerana sifat tenangnya kamu.

Kasih
kala aku bergembira
dikaulah jadi peneman
beri sokongan
menikmati segala keindahan
kutahu kerana sifat setianya kamu.

Kasih
kaulah memberi daku bahagia
dalam susah dalam senang
dalam sedar bawa sedar
kaulah cinta hatiku
selagi bernafas jiwaku berteman laut kasihmu.

CNM, 26/8/11, 6.26 am

No comments:

Post a Comment