Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Teman
dalam keseronokan
menyambut syawal yang bakal tiba
jangan dilupa pada yang tiada
mereka juga ingin rasa bahagia
hulurkan seberapa yang ada
kurangkan beban di jiwanya.
Teman
hati ini jadi sayu
mengenangkan mereka yang tiada ayah ibu
pada siapa hendak mengadu
melainkan tetangga yang suci kalbu
hulurkan kata simpati
moga tenang hatinya.
No comments:
Post a Comment