Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

21 August, 2011

Anak



Anak-anak itu
ada hatinya yang perlu dijaga
ada perasaannya yang perlu dibaca
ada kehendaknya yang perlu ditanya
ada citarasanya yang perlu dibela
kerana mereka sebahagian dari kita
datangnya dari rasa cinta dua jiwa
dalam satu kesepaduan asmara yang suci
dengarkan
berikan mereka peluang
mengecapi rasa indah tautan cinta itu
bukan disakiti
bukan diketepi
jadi patung yang tiada hati
kita yang dewasa jadilah lebih mengerti
anak-anak anugerah tak ternilai
satu amanah
jadi harta dunia dan akhirat.

CNM, 21/8/11, 8.00 am


No comments:

Post a Comment