Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

31 August, 2011

Laut Kasih XXXVI

Biar bibirmu tidak bersuara
melagukan ayat-ayat cinta
namun kutahu dinda
pada helaian suci hatimu
tertulis puisi-puisi cinta indah
yang engkau tuliskan untukku
dan aku bisa membacanya kasih
pada belaian manja ramah mesra
pada hangat nafasmu menyapa dedaun telinga
pada gelora asmaramu yang melingkari dalamnya laut kasihmu.

Andai aku mampu kasih
tidak sedetik pun yang berlalu pergi
kumembiarkan dirimu dalam resah
mendambakan hangat genggaman jemari
memimpinmu ke mahligai bahagia
akan daku cuba sentiasa ada
seperti adanya hela nafasmu
tak terpisah dalam jaga dalam lena
kerana kutahu dinda
diriku dan dirimu saling memerlu.

CNM, 31/8/11, 7.15 am

No comments:

Post a Comment