Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

14 August, 2011

Hati perlu terima

Sering kali ditemui
kerana keegoan yang melampau
diri sendiri jadi mangsa kedegilan hati
merana dalam diam
memendam perasaan
yang bertelingkah dengan kemahuan.

Jadilah insan yang berjiwa matang
hal-hal yang merugikan
buang jauh jauh
ke tengah lautan keikhlasan
kecapi bahagia yang diharapkan
kerana di sana belum tentu ada bahagia.

Bukankah?
kemaafan itu dendam yang terindah
usah dijunjung kemarahan
usah dipanjangkan rajuk murahan
sesalan di awalan
pasti membuah kesejahteraan.

cuba kamu renungkan!

CNM, 14/8/11, 15.42 pm

No comments:

Post a Comment