Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Mampukah luka sedalam-dalam ditimbus hanya dengan sepatah salam mohon kemaafan sedang darah kesakitan mengalir membuak-buak menakungi segenap lurah jiwa bernanah membarah jadi api dendam yang pasti parutnya kekal ke hujung nyawa namun sepatah kata kemaafan yang terucapkan pada lenkung ulas bibir tak bermadu diyakini jadi kata dendam yang terindah.
No comments:
Post a Comment