Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Telah banyak sudah
cerita yang kudengar
kisah yang kubaca
kejadian yang kuperhatikan
ketenangan, kesabaran, kematangan
jadi aset menyelamatkan
usah terlalu mengikut kata hati dan perasaan
kerana ia bisa memusnahkan diri sendiri
jangan jadi buta
buta hati buta mata
setiap apa yang terjadi
pasti ada hikmah yang menanti
kekalutan mengundang tragedi
hati-hati.
No comments:
Post a Comment