Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

22 August, 2011

Kata Hati

Apa yang kugarapkan
apa yang kupuisikan
apa yang kucoretkan
dalam bait-bait kata tanpa suara
terbit hari liang-liang keikhlasan hati.

Tarian jemarian ini
menuruti akal yang berfungsi
memelodikan lenggok
mengetuk papan kekunci
jadi ayat-ayat yang bererti.

Akan aku terus begini
kerana hati ini telah memberi
separuh dari inginannya
meneliti indah bait-bait puisi
teman-teman yang dikasihi.

CNM, 21/8/11, 23.42 pm

No comments:

Post a Comment