Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

25 August, 2011

Laut Kasih XXIX

Tahukah dikau kasih
inginku habiskan sisa hidup ini
mencintai dan menyangi dirimu
setulus ragaku
kerana kasihmu tak ternilai
yang telah kau serahkan tanpa paksaan.

Tahukah dikau kasih
inginku terus waktu ke wakktu
memuja dan membahagiakan dirimu
sepenuh jiwaku
kerana kesetiaanmu tak pernah goyah
yang telah kau curahkan tanpa ragu.

Duhai kasih
kusyukuri anugerah kecintaan ini
yang terbentang luas saujana mata memandang
tak terjangkau akal menghitung
hebat dan tingginya darjat
cinta yang dilingkari kasih sayang laut kasihmu.

CNM, 25/8/11, 19.13 pm

No comments:

Post a Comment