Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

26 August, 2011

Laut Kasih XXXI

Andai pintu hatiku
diketuk bidadari dari syurga
akan kujaga
kasih dah sayangku padamu dinda
telah ku serahkan raga ini untukmu
tanpa rasa keterpaksaan yang menekan.

Aku yakin dan pasti
dikaulah jodoh terbaik untukku
akan kujaga amanah yang Esa
mengurniakan seorang hamba yang setia
kurasakan bertuahnya diri ini
merasai limpahan laut kasihmu.

Aku bahagia kasih
dan aku ingin membahagia
akan kucuba waktu ke waktu
jadi insan yang mengerti jiwa dan ragamu
memahami dalam suka duka tawa tangis
kerana kutahu kasihmu seperti juga kasihku.

CNM, 26/8/11, 7.24 am

No comments:

Post a Comment