Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
dialah yang menabur racun
dalam rasa cinta yang mula tumbuh
menyucuk bisa dalam setiap sendi rindu
membenam rasa kasih yang mula bernafas.
dialah yang menjadi penawar
menyubur rasa cinta yang layu sebelum waktu
menyuntik semangat kasih yang membara
menyala jadi unggun cinta yang menerangi derita.
dialah yang didamba
dalam benci
dalam curahan kasih sayang.
No comments:
Post a Comment