Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

23 August, 2011

Laut Kasih XX

Seluruh isi laut kasihmu
biar jadi saksi
sehebat mana gelora membadai
memukul aku ke pesisiran pantai
tetap kugagahi jua
melayari lambungan ombak
kerana kuingin sampai ke labuhan laut kasihmu.

Menempuh gelombang
angkara taufan laut kasihmu
dalam terang siang yang berbahang
dalam gelita malam yang membeku
tidak bisa melemaskan sekujur kasihku
akan kuharungi jua walau tergadai nyawa
kerana cintaku ada di labuhan laut kasihmu.

CNM, 23/8/11, 17.11 pm

No comments:

Post a Comment