Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

04 March, 2012

Tinta Hati Menitip Kata

Kutitipkan kata dari tinta hati hanya kerana-Nya
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata
Menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya
Tiada sempadan tiada rahsia
Semua insan diundang membaca.

Kularikkan suara dari tinta hati hanya kerana-Nya
Melodi jiwa dizahirkan dalam ayat-ayat berbunga
Menganyam lagu sukma merangsang minda
Jadi panduan dan pedoman sesama
Dalam perjalanan mencari redha-Nya.

CNM, 4/3/12, 18.30pm
BBB

No comments:

Post a Comment