Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

15 March, 2012

Debu-debu kota

debu-debu kota
kian berterbangan
menyelubungi suci desa
adab ketimuran dicemari
budaya asing dijunjungi.

debu-debu kota

kian berserakan
menyelimuti damai desa
jenayah kian meruncing
semangat kejiranan tiada lagi.

debu-debu kota

menyesak ke dada
memenuhi rongga kehidupan
negara kian terancam
pelbagai gejala merosakkan.

CNM, 15/
3/12, 3.02pm
THMK

No comments:

Post a Comment