Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
embun kesabaran menyelimut dingin membeku merah bara di dada malam terpadam amarah yang kau nyalakan dengan sepotong api keangkuhan meninggi diri penuh keegoaan dihiasi renda kesombongan.
dingin bertandang menghakis kepingan-kepingan harapan lalu terkubur segala kenangan yang memaksa ia dibuang ke lubuk sejarah silam menjadi tugu pelupusan.
No comments:
Post a Comment