Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

10 March, 2012

Mencintaimu

mencintaimu kasih
satu ketentuan yang berbayar
kerana cintamu tidak pernah hambar
setiasa bersinar
memancar suria.

mencintaimu sayang
satu keputusan yang gemilang
kerana cintamu penuh kasih sayang
sentiasa merangsang
kedamaian.

mencintaimu dinda
satu perbuatan yang berharga
kerana cintaku yang kamu takhta
sentiasa setia
dalam suka duka.

CNM, 10/3/12, 10.28am
THMK

No comments:

Post a Comment