Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

15 March, 2012

Hari ini Hari Khamis, Esok Hari Jumaat

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
salam harmonis,
buat teman yang dihormat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
memang sedih kalau hati terhiris,
rasa bagai disiat-siat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
jangan asyik duk menangis,
kuatkan kembali semangat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
lupakan yang tak manis,
kenangi yang memikat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
kita ada quran dan hadis,
peganglah mudahan tidak sesat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
jangan bersedih tak habis-habis,
membazir masa kecewa mengikat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
buangkan yang tragis,
bina hidup yang hebat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
garapkan kata puitis,
buat renungan sesaat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
mari kita sama-sama rintis,
laman yang ada berkat.

Hari ini hari Khamis,
esok hari Jumaat,
tak perlu cakap berlapis-lapis,
nanti mesej pembaca tak dapat.

CNM, 15/3/12, 7.54am
THMK

No comments:

Post a Comment