Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

08 March, 2012

Hari Wanita

Wahai lelaki pasangan wanita
hari ini hari menghargai mereka
jangan lupa ucapkan terima kasih tak terhingga
merekalah yang setia
di sisi kita.

Wahai lelaki suami wanita
hari ini hari menghargai isteri anda
jangan lupa ucapkan rasa bangga
punya isteri cantik jelita
berkorban apa saja.

Wahai lelaki di luar sana
hargai wanita walau siapapun mereka
jangan ambil kesempatan atas kelemahannya
bantulah apa yang kamu terdaya
kerana wanita dicipta untuk melengkapkan kita.

Tahniah kepada semua yang bergelar wanita
walau di mana anda berada
semoga ceria sentiasa
diberkati dan dilindungi yang Esa
sepanjang masa.

CNM, 8/3/12, 7.26pm
THMK

No comments:

Post a Comment