Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

14 March, 2012

Setulus Kasih Ibu

dia yang melahirkan
dia yang menyusukan
dia yang memandikan
dia yang meyuapkan
dia yang mendodoikan
dia yang mendidik
dia buat segalanya untukku
dari tapak kakiku sebesar dua jari
hingga aku boleh berdikari
tak pernah sekali berhenti
mencurah bakti.

aku sedar dan kutahu,
dia menjagaku
tak terbalas jasa ibu
kerana kasih dan cinta kepadamu,
kumohon kesejahteraan dalam setiap doa-doaku,
semoga Allah merahmati dirimu
tulus dan suci pengorbananmu
tiada yang lebih baik dari perbuatanmu
dalam hidup yang aku ketemu
selagi ada hayat ini
kusimpan kenangan indah memjadi warismu.

aku rindu kepadamu ibu.

CNM, 14/3/12, 10.32am
THMK

No comments:

Post a Comment