Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

16 March, 2012

jangan sesekali

jangan sesekali
kamu kuburkan penulis
kerana yang dikuburkan jasadnya
pena yang tertinggal
terus hidup melakar kisah.

jangan sesekali
kamu menghina sesama penulis
kerana yang dihina akan terguris
penanya akan menanggis
melakar kisah yang tragis.

jangan sesekali
mengulangi kesilapan yang sama
kerana kemaafan sukar untuk kali ke dua
tunggulah hingga hujung nyawa
kata-kata menjadi saksi di sana.

CNM, 15/3/12, 10.28pm
THMK

No comments:

Post a Comment