Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

16 March, 2012

Jangan Gelak

Adapun cerita ini adalah kisah yang berlaku di alam haiwan. Di mana sekumpulan binatang mengikut persatuan masing-masing menuntut di mahkamah tinggi haiwan berkaitan istilah yang diguna pakai oleh manusia. Semua tuntutan telah didaftarkan ke mahkamah berkenaan;

Kes 1:
Sekumpulan ayam melalui Persatuan Ayam-ayam sedunia telah menfailkan saman kepada manusia yang menggunakan telur mereka untuk membuat telur mata. Namun telur mata itu dinamakan 'telur mata kerbau'. Mereka merasakan ini suatu yang sangat tidak adil. Mereka menuntut suatu bayaran yang berpatutan kepada setiap telur yang telah digunakan.

Kes 2:
Sekumpulan ular sawa melalui Persatuan Ular Sawa Batik telah menfailkan bantahan penggunaan istilah 'pembelit macam ular sawa'. Perkataan ini terang-terangan menjatuhkan maruah ular sawa yang cantik lagi budiman. Mereka menuntut perkataan pembelit tidak dikaitkan dengan ular sawa.

Kes 3:
Sekumpulan siput babi melalui persatuan siput babi China menfailkan tuntutan ke atas penggunaan istilah 'lembab macam siput babi'. Perkataan lembab itu didapati menghina siput-siput yang memang memiliki ciri sedemikian. Perkataan lembab dimohon tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan siput babi.

Kes 4:
Sekumpulan keldai juga telah menfailkan saman melalui persatuan keldai Amerika Utara ke atas manusia yang menggunakan istilah 'bodoh macam keldai'. Menurut presiden persatuan ini, penggunaan istilah berkenaan bercanggah dengan piagam PBB yang mementingkan hak asasi.

Itulah sebahagian kes yang sempat dibaca di notis board perkarangan mahkamah tinggi haiwan di sebuah zoo di lembah safari Afrika Tengah. Walau bagaimanapun kes ini masih tertangguh kerana raja rimba masih belum lulus pengajian bahasa mahkamah manusia.

Sekian.

CNM, 16/3/12, 4.48pm
THMK

No comments:

Post a Comment