Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

16 March, 2012

anak derhaka?

aik!!! nanti dulu bapa-bapa
semak dulu hak mereka
sebelum mengata
anak itu derhaka;

i.
sudahkah dicari emak yang beragama
taat kepada yang Esa
bukan emak yang tercela
di sisi agama.

ii.
sudahkah diberi nama sebaik-baik nama
panggilan penuh mesra
bukan anak celaka
anak tak guna.

iii.
sudahkan diajar kepentingan agama
mengenal al-quran dan as-sunnah rasulnya
bukan membiar saja
anak terkapai-kapai tanpa nakhoda.

kalau dah semuanya
takkan jadi anak derhaka
kerana kupercaya yang baik diredha yang Esa
dikurniakan cahaya takwa
dalam diri mereka.

CNM, 16/3/12, 2.29pm
THMK

No comments:

Post a Comment