Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

04 March, 2012

Syair Sepanjang Zaman VIII

arus pemodenan
menelan adat ketimuran
muda mudi berpeleseran
tanpa segan silu berduaan
di khalayak bercumbu berpelukan
hanyut dengan nafsu syaitan.

globalisasi tanpa sempadan
barat menjajah dengan kemajuan
menguasai pasaran
gadget-gadget melalaikan
muda mudi jadi sasaran
pelbagai program dijamukan.

kerajaan perlu main peranan
menyekat budaya yang kian merosakan
semai cintakan budaya ketimuran
dari peringkat rendah ke atasan
terselamat modal insan
penyambung warisan.

CNM, 2/3/12, 22.22pm
BBB

No comments:

Post a Comment