Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

14 May, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru

Kuucapkan kepada teman seperjuangan
pada hari memperingatkan
jasa warga pendidikan
berbaktilah dengan penuh keikhlasan
curahkan segenap pengalaman
didik anak bangsa jadi modal insan
meneruskan agenda warisan
memartabatkan negara jayakan wawasan
mencapai negara maju seperti acuan
yang telah digarapkan oleh kerajaan.

Rakan-rakan sekalian
tanamkan kesungguhan
memprofesionalismekan bidang perguruan
belajar sepanjang hayat jadi pegangan
segala transformasi jadi pembaharuan
bidang ICT dipertingkatkan
tidaklah kita ketinggalan
dalam arus pemodenan
globalisasi dunia tanpa sempadan
maklumat harus dikemas kinikan.

Teman-teman budiman
jangan rasa takut dengan tomahan
janji kita tidak melakukan kesalahan
minimakan kesalahan
berikan penjelasan
ibubapa akan faham segala tindakan
anak-anak perlu disedarkan
program pendidikan
perlukan pengorbanan
demi masa depan
yang cemerlang gemilang dan terbilang.

~CNM, 14/5/11, 6.57 am~

No comments:

Post a Comment