Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

15 May, 2011

Cinta bersalut dusta

Sejarahnya pasti bermula
dengan persetujuan tergesa
gagal mengenal mana intan mana kaca
hanya terpaut rupa semata
sedang hati budi belum diteroka.

Bila hati sedang berbunga
yang indah saja nampak di mata
tak sedar yang buruk di balik sana
bila cinta mengundang air mata
baru tersedar sudah terkena.

Nak berpatah malu muka
sudahnya redah saja
hati terluka jiwa merana
ruginya hidup di dunia
kerana di sana belum tentu bahagia.

Elak perangkap cinta dusta
ikuti sabda Baginda
pilihlah yang beragama
cintanya mungkin kerana-Nya
membawa bahagia ke hujung nyawa.

Berdoa kepada yang Esa
ditemukan cinta sehati sejiwa
bukan kerana rupa atau harta
cinta ikhlas untuk bersama
mencari keredhaan ke syurga.

~CNM, 15/5/11, 9.10 am~

No comments:

Post a Comment