Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

22 May, 2011

Jika saya ditertawakan

Jika saya ditertawakan
kerana menulis
saya tidak kisah
kerana mungkin saya dilahirkan untuk menulis
walau tidak sebaris dengan yang arif
saya akan tetap menulis.

Saya juga sedar
saya tidak tinggi ilmu menulis
jika saya tersalah tulis
betulkan saya jangan hanya tersengih
sesungguhnya memperbetulkan yang tidak betul
satu amanah yang sama-sama kita pikul.

~CNM, 22/5/11, 15.56 pm~

No comments:

Post a Comment