Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

18 May, 2011

Kejelekitan!!!

Kejelekitan!!!
hah! apa benda?
kejelekitan..
tidak pernah dengarkah?
tak pernah..
buka kamus
kamus bercetak ada
kamus elektronik ada
kamus online pun ada
sungguh tidak jelekit kamu dengan kamus
sia-sia usaha DBP.

Ni ha!!!
aku tulis banyak-banyak
ada ke yang baca?
tak jelekit kamu dengan puisi
sah-sah kamu melekit
ya, melekit dengan malas
malas nak baca
tapi aku tak rasa sia-sia
sekurangnya aku dah tulis bicara
dibaca atau tidak tak mengapa
kerana aku menulis tak minta diperharga
aku menulis untuk diredha.

~CNM, 18/5/11, 19.36 pm~

No comments:

Post a Comment