Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

20 May, 2011

Macam-macam

Sepanjang tempuh kehidupan saya
telah saya jumpai pelbagai ragam manusia
anda mungkin jumpa yang sama.

Ada manusia yang cakap tak serupa bikin
cakap lain buat lain
suka pusing-pusing.

Ada manusia yang suka cakap tak suka buat
cakap macam hebat suruh buat lari tak cukup tempat
suka cakap besar.

Ada manusia suka komplen
banyak tak betul dari betul
orang macam ini dia yang kena diperbetul.

Ada manusia diam-diam tapi ada hasil
tak suka cakap banyak kerja yang penting
orang macam ini selalu dipermain.

Ada manusia apa pun tak mahu
suruh belajar tak mahu suruh kerja tak mahu
yang dia tahu nak makan selalu.

Kalau nak sebut semua tak cukup ruang
lain kali kita sambung karang
renung-renungkan.

~CNM, 20/5/11, 21.51 pm~

No comments:

Post a Comment