Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya. Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya. Tiada sempadan tiada rahsia. Semua insan diundang membaca.
Followers: TQ
Carian Dalam Laman ini
Group Facebook Tinta Hati Menitip Kata
15 May, 2011
Guru, Kau Umpama Mentari
Kau umpama mentari
kekal memberikan cahaya
menyuluh jalan kebenaran
menerangi kehidupan insan
melenyapkan alam kegelapan
walau engkau sendiri pernah gerhana
tidak sedikit menghalang kamu berjasa.
Guruku
melalui kamu aku mengenal tulis baca
tak terbalas dengan wang berjuta
doa dan harapan kukirimkan semoga
kesejahteraan dikurnia sepanjang masa
miliki keluarga bahagia
dipandang mulia
dirahmati yang Esa.
Terima Kasih Cikgu!!!
~CNM, 15/5/11, 20.35 pm~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment