Followers: TQ

Carian Dalam Laman ini

26 May, 2011

Jadilah cikgu !

Jadilah cikgu !
jadilah cikgu !
kata itu ditanam dalam mindaku
bagai dia menanam tebu
dicacaknya sungguh-sungguh dengan kudrat kalbu
dari darjah satu sehingga pra-U
itulah dendangan halwa telingaku
diputar main tanpa rasa jemu
dan saat aku bergelar cikgu
lengkung bibir senyumannya semanis madu
terima kasih ibu
aku jadi seperti kehendakmu
kerana aku tahu
kau inginkan yang baik-baik buatku.

~CNM, 26/5/11, 16.33 pm~

No comments:

Post a Comment