Kutitipkan kata dengan tinta hati hanya kerana-Nya.
Getaran rasa dijelmakan dalam bait-bait kata menyuarakan bicara tanpa suara di ruang maya.
Tiada sempadan tiada rahsia.
Semua insan diundang membaca.
Kelibat rindu berbalam mengejar kasih yang satu yang berpagar di taman kalbu entah bila akan ketemu kerana tiada tanda penentu pertemuan bisa berlaku dalam waktu memburu.
Ada ketika hati mula jemu mengharap cinta bertamu hanya air mata yang meluru jadi tanda sukma membeku pegun senyap membisu pasrah kepada ketentuan-Mu menemukan cinta padu.
No comments:
Post a Comment